Antara Dua Jantung
DALAM artikel lepas, saya telah bahaskan tentang qalb atau jantung hati dalam bahasa Melayu dan heart dalam bahasa Inggeris. Dalam kesihatan tubuh kita mesti memiliki jantung yang sihat atau healthy heart. Perkataan jantung yang sejahtera atau healthy heartdisebut dalam bahasa Arab qalb salim.
Bukan sahaja untuk menjaga kesihatan tubuh kita memerlukan kesihatan jantung, menjaga kesihatan ruh atau nilai-nilai spiritual dalaman juga memerlukan qalb salim atauhealthy heart atau jantung yang sihat sejahtera. Walaupun maksud jantung spiritual dalam al-Quran dan Sunnah itu agak simbolik, namun kaitan dengan jantung fizikal menunjuk kepada tempat berfungsi dan peranan kerohanian yang dimainkan.
Firman Allah: (maksudnya) “Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi (mengambil iktibar) supaya maka mereka menjadi orang-orang yang ada jantung hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka tidak mengambil iktibar) maka itu bukanlah mata mereka yang buta, tetapi buta jantung hati yang berada dalam dada.” (Surah al-Hajj: 66).
Yang selamat al-Quran menyebut: “Hari (Kiamat) yang tidak bermanfaat harta benda dan anak-pinak. Kecuali sesiapa yang datang kepada Allah dengan jantung yang sejahtera”. (Surah al-Syu’ara’: 88-89).
No comments:
Post a Comment