Seorang Guru Bernama RD Naidu Dan Sebuah Sekolah Bernama HSBM...
Anak tangga menghala ke Blok C. Ia dibina semula menggunakan kepinga granit dan warna merah dipilih bagi memadankannya dengan beranda yang diperbuat daripada jubin Terracotta. - Foto www.hsbmalumni.org.myBOLEH dikatakan sebahagian besar daripada hidup kita dihabiskan bersama guru. Hampir tidak ada seorang manusia pun di muka bumi ini yang berjaya tanpa bantuan guru malah guru sekalipun semuanya pernah berguru dengan seseorang.
Guru Besar penulis di High School Bukit Mertajam (HSBM), Pulau Pinang, Dr R.D. Naidu (kini mendiang) adalah seorang insan yang digeruni, dihormati malah dibenci dan disayangi (kemudian hari apabila semua murid tamat belajar dan telah bekerja) kerana di tangannyalah kami dirotan dan digunting rambut (bagi mereka yang berambut panjang dan gagal dalam pelajaran) dan di tangannya jugalah sekolah kami mencapai kejayaan dan kemajuan yang gemilang. Beliau menjadi guru besar dari tahun 1973 hingga 1987.
Permandangan Blok C ketika seseorang itu pergi ke blok tersebut dari asrama perempuan.baca selanjutnya

No comments:
Post a Comment