Gambar di atas diambil di salah sebuah premis menjual arak di Johor Baharu
Di kalangan artis bagaimana ? Adakah mereka bebas melakukan apa saja?
Perkara seumpama di atas sebenarnya bukanlah asing lagi pada zaman serba canggih ini. Justeru itu budaya tegur-menegur terhadap perlakuan yang sumbang di dalam masyarakat semakin terhakis. Kadang kala perkara yang melanggar batas-batas akhlak yang berlaku di depan mata, kita buat tidak tahu sahaja atau istilah sekarang 'malas nak ambik port'.
Sekarang ini, penjualan minuman keras ada di mana-mana malah di pasar mini yang berstatus antarabangsa yang dibuka 24 jam juga tidak ketinggalan menjual arak secara terbuka dan bercampur tempat penyimpanan sejuk dengan minuman yang halal. Ini belum kedai-kedai runcit yang bukan dimiliki oleh orang bukan Islam, sudah tentulah ianya lebih mudah lagi untuk sesiapa sahaja untuk membelinya.
Pihak berkuasa tempatan perlulah mengambil perhatian serius perkara ini, kerana ianya melibatkan masa depan anak bangsa dan agama Islam itu sendiri. Namun yang paling penting ialah peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Anak-anak perlulah diberi pendidikan agama yang secukupnya yang meliputi iman, amal dan ihsan. Pendidikan yang bersepadu itu akan membentuk seseorang insan menjadi berbudi bahasa dan kualiti keimanan yang mantap.
Pelanggaran hukum Islam nampaknya sudah menjadi fenomena biasa di mata masyarakat. Selain, meminum minuman keras, berjudi, meninggalkan solat, tidak puasa di bulan Ramadhan juga semakin hari semakin meningkat. Oleh itu marilah sama-sama kita menggembeleng tenaga dan juga buah fikiran untuk menentukan pelanggaran hukum Islam oleh umat Islam sendiri tidak berlaku lagi demi memastikan rahmat dan kasih sayang Allah SWT sentiasa melimpah ruah di bumi yang kita cintai ini.
No comments:
Post a Comment