SESIAPA yang membaca akhbar The Star minggu lalu pasti sesak dada dengan salah satu laporan beritanya. Menurut statistik terkini, lebih 39,600 orang kini berada dalam ‘lubuk hutang’ yang amat dalam dan terpaksa mendapatkan kaunseling daripada agensi kaunseling kredit Bank Negara iaitu Credit Counseling and Debt Management Agency.
Tidak cukup dengan angka itu, diberitakan juga bahawa lebih 50 peratus pemegang kad kredit yang sudah dikenakan tindakan muflis itu terdiri dari kalangan mereka yang berusia kurang daripada 30 tahun. Difahamkan juga, data ini meningkat setiap detik, waktu dan ketika.
Tahukah anda apakah musibahnya jika seseorang itu diisytiharkan muflis? Jika kita seorang peniaga, perusahaan kita akan ditutup. Andainya makan gaji dengan kerajaan, juga akan disingkirkan dari sektor perkhidmatan awam. Segala harta benda, termasuk yang mudah alih (movable) atau yang tidak alih (immovable) semuanya akan dibekukan. Memang mengerikan bukan? Memikirkannya saja pun sudah cukup meremangkan bulu roma, apatah lagi menerima surat berdaftar yang jelas menerangkan maksudnya!
No comments:
Post a Comment