SEPANJANG bulan Julai dan Ogos ini, kita akan menyaksikan penghijrahan besar-besaran golongan lepasan SPM yang mana kebanyakan mereka akan, sedang atau sudahpun mendaftarkan diri untuk memasuki institusi-institusi pengajian tinggi di negara kita.
Tentunya, setelah sekian lama belajar di peringkat menengah, perubahan lanskap sosial anak-anak ini ke institusi-institusi pengajian tinggi, sama ada di dalam atau luar negara merupakan suatu pengalaman baru yang bakal membentuk, mempengaruhi dan memberi kesan yang besar terhadap pembudayaan, jatidiri serta keterampilan para belia kita.
Gugurlah sudah istilah pelajar sekolah bagi diri mereka, kerana apabila mendaftar sahaja sebagai pelajar di IPT, mereka ini secara automatisnya bergelar mahasiswa.
Bagi mahasiswa yang telah mendaftar di IPTA, tentunya ketika ini sedang menjalani proses orientasi bagi membiasakan diri dengan persekitaran, budaya dan juga ekologi sosial di kampus-kampus yang bakal menjadi tempat tinggal mereka selama 3 atau 4 tahun lagi. Sebagaimana kebiasaan, kehadiran mahasiswa baru disambut dengan baik dan meriah oleh kakitangan dan juga pelajar-pelajar senior.
No comments:
Post a Comment