Scroll to top

Sunday, July 18, 2010

Masa beralih ke pengangkutan awam, nira nipah ganti gula

Oleh Barjoyai Bardai

LANGKAH kerajaan menyelaraskan harga petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula berkuatkuasa Jumaat lalu pada asasnya memang sudah dijangkakan oleh rakyat kerana sebelum ini pentadbiran negara sudah pun memaklumkan kepada umum mengenainya. 

Penghapusan subsidi petrol RON 97 memang sudah dijangka. Namun mungkin ramai terkejut dengan penurunan subsidi untuk petrol RON 95 dan gas. Ini di luar jangkaan. Begitu juga dengan penurunan subsidi bagi gula adalah terlalu mendadak kerana harganya meningkat sebanyak 25 sen yang dijangka memberi kesan kepada harga minuman dan makanan.

Sebenarnya dari segi penjimatan aliran tunai, kesannya agak kecil berbanding jumlah subsidi sebanyak RM40 bilion yang dibayar kerajaan. Namun, impaknya kepada masyarakat umum dijangka agak besar khususnya kesan terhadap harga makanan.


                         

No comments:

Post a Comment

Blog Archive