Scroll to top

Sunday, April 24, 2011

'Banyak kerja perlu dibuat atasi masalah obesiti pelajar'

Kurikulum sekolah pentingkan akademik, abai kesihatan 

SEMINGGU dua ini, kecoh dengan isu murid di negara kita terlebih gemuk atau dalam bahasa ilmiahnya, obesiti. Jari menuding ke banyak arah; kantin, nasi lemak dan makanan ringan antara yang dipersalah. Tidak terkecuali peniaga kecil di luar sekolah. Rentetannya, pelbagai pendapat dan cadangan diluah supaya kegemukan murid tidak berterusan jadi masalah. Wartawan Berita Minggu, ROHANIZA IDRIS dan HAZIRAH CHE SAB menemu bual Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO), Prof Dr Ismail Mohd Noor yang juga profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr MohamadAli Hassan untuk berkongsi pandangan mereka. Ismail Mohd Noor


SESUAI dengan nama persatuan ini, apakah MASO pernah membuat kajian mengenai masalah obesiti murid? 

MASO secara umumnya tidak terbabit secara langsung dalam penyelidikan, tetapi ahli kami yang berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kerap menyumbang data kajian mereka kepada MASO. Contohnya, kajian UKM dan Nestle yang saya buat menunjukkan trend obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun meningkat di antara 2001/2002 hingga 2007/2008. Mengikut kajian itu, pada 2001/2002, sebanyak 11 peratus murid sekolah rendah mengalami masalah berat berlebihan, manakala 9.7 peratus dikategorikan obesiti. Keseluruhan kajian mendapati 20.7 peratus atau seorang daripada lima murid mengalami berlebihan berat badan. Kajian pada 2007/2008 (di kawasan sama selepas enam hingga tujuh tahun) menunjukkan masalah berat badan berlebihan meningkat kepada 12.8 peratus dan obesiti meningkat 13.7 peratus atau kepada 26.5 peratus atau seorang daripada empat murid mengalami masalah berlebihan berat badan. Kajian antarabangsa pada 2001/2002 menunjukkan berat badan berlebihan di kalangan murid di Malaysia adalah 16 peratus termasuk dalam kategori tinggi berbanding kebanyakan negara di rantau Pasifik. 

Apakah punca obesiti dan jika dipecahkan mengikut bangsa, siapakah paling ramai mengalami masalah ini? 
Obesiti berpunca daripada pelbagai faktor termasuk genetik. Secara umum ia membabitkan pengambilan makanan berlebihan dan aktiviti fizikal yang rendah atau kurang. Faktor persekitaran juga mempengaruhi keseimbangan tenaga (kalori). Ia dapat dilihat melalui pilihan dan jumlah makanan yang diambil. Malaysia mewah dengan makanan dan banyak pilihan termasuk makanan segera, makanan ringan dengan harga murah tetapi mengandungi kalori, lemak dan gula tinggi selain pelbagai saiz hidangan daripada kecil hingga besar. Pilihan dan jumlah aktiviti fizikal kanak-kanak turut mempengaruhi, tempat riadah tidak cukup malah kebanyakan kanak-kanak kini bergerak guna kenderaan. Menonton televisyen atau komputer pula antara dua hingga empat jam, selain didedahkan pelbagai alat elektronik yang menjimatkan tenaga. Perbandingan data 2002 dan 2008 mengikut etnik mendapati kanak-kanak India peningkatan paling tinggi obesiti tetapi secara keseluruhan Cina dan Melayu lebih tinggi daripada India. Murid Melayu obes meningkat daripada 19.1 peratus pada 2002 kepada 26.1 peratus enam tahun kemudian, peningkatan 7.1 peratus; Cina pula daripada 25.6 peratus kepada 27.6 peratus, manakala murid India daripada 16.9 peratus kepada 26.1 peratus. Jelas jumlah murid India obes meningkat lebih besar berbanding Melayu, manakala kadar obesiti murid Cina hanya dua peratus, membuktikan mereka melakukan sesuatu yang betul dalam aspek pemakanan. Tiada data perbandingan kadar obesiti di kalangan kanak-kanak mengikut taraf kehidupan keluarga tetapi perbandingan kawasan bandar dan luar bandar dalam kajian sama mendapati wujud peningkatan. Di bandar, berat badan berlebihan bertambah daripada 22.4 peratus kepada 28.1 peratus, manakala di luar bandar meningkat daripada 17.6 peratus kepada 24.2 peratus. Kesimpulannya kedua-dua kawasan menunjukkan peningkatan, namun kadar peningkatan di luar bandar lebih tinggi. 

Boleh dikatakan masalah ini disebabkan gaya pemakanan sejak kecil, sikap ibu bapa yang ikut kemahuan anak, pengaruh iklan atau mudahnya makanan ringan diperoleh? 

Bergantung kepada keadaan, banyak faktor peningkatan kadar obesiti kanak-kanak di negara ini. Ibu bapa dan penjaga perlu bertanggungjawab kepada pengambilan makanan anak kerana ia berkait rapat dengan tahap kesihatan dan pembesaran mereka. Namun perubahan persekitaran sosial termasuk faktor kesibukan ibu bapa bekerja yang tidak memantau pemakanan anak menyebabkan masalah kesihatan dan berat berlebihan. Kita tidak boleh menyalahkan ibu bapa saja kerana ini tidak menyelesaikan masalah. Kita juga harus melihat perspektif lebih luas termasuk industri makanan yang menjadikan kanak-kanak sasaran pemasaran dengan menampilkan iklan serta label makanan yang menarik golongan itu. Pengaruh iklan kepada kanak-kanak sudah banyak dikaji dan banyak negara mengharamkan kempen atau pengiklanan pemasaran makanan untuk mereka. Di Malaysia pula, kadar pertumbuhan dan pembukaan cawangan baru restoran makanan segera tumbuh seperti cendawan lepas hujan dan harga makanan terendah di dunia. Lebih hebat kini ada pula sistem pesanan dan penghantaran makanan terus ke pintu rumah. Aspek pemakanan kanak-kanak perlu diberi perhatian sejak mereka dalam kandungan lagi. Kajian mendapati pertambahan berat badan sebelum dan ketika ibu mengandung dua faktor penting menentukan obesiti kanak-kanak begitu juga berat badan bayi ketika dilahirkan. Kajian antarabangsa juga mendapati kadar obesiti kanak-kanak yang diberi susu ibu kurang 22 peratus berbanding bayi diberi susu formula. Ada juga kajian di negara membangun mendapati masalah obesiti membabitkan bayi bawah satu tahun, namun tidak dapat dipastikan sama ada ada kajian itu turut membabitkan Malaysia. 

Kajian terhadap kanak-kanak lima hingga enam tahun yang dipilih secara rawak dari 72 tadika persendirian di Lembah Klang mendapati purata masalah berat badan berlebihan kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah 9.7 peratus dan 9.2 peratus. Makanan sebenarnya sangat penting untuk proses pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak. Jadi, kita perlu lihat tingkah laku dan tanda menyebabkan mereka mengambil makanan berlebihan, kita juga perlu melihat saiz hidangan, minat mereka terhadap makanan berlemak dan minuman manis, makanan ringan dan tabiat makan sambil menonton televisyen. Corak aktiviti seharian kanak-kanak juga perlu dilihat. Peringkat prasekolah atau tadika adalah tahun penting mencegah obesiti kerana ia tempoh pembangunan jaringan lemak yang biasanya dari usia tiga hingga tujuh tahun. Jika peningkatan indeks jisim badan (BMI) bermula sebelum usia empat hingga enam tahun, kajian menunjukkan mereka berisiko tinggi obes apabila dewasa. Kajian juga menunjukkan tabiat menonton televisyen di kalangan kanak-kanak berisiko menyebabkan peningkatan berat badan, namun bergantung kepada faktor sosiodemografi kanak-kanak itu. 

Apakah perlu program atau subjek khusus di sekolah bagi mengatasi masalah ini? 

Kurikulum sekolah hanya menitikberatkan pencapaian akademik, tidak peka keadaan kesihatan kanak-kanak. Kurikulum aspek pemakanan perlu dimulakan pada peringkat prasekolah atau tadika lagi untuk membimbing mereka mengenai jenis makanan yang sesuai bagi setiap peringkat umur. Penentuan BMI untuk murid baru diperkenalkan di negara kita, sedangkan di Amerika Syarikat (AS) mula pada umur dua tahun lagi. Panduan yang sesuai untuk kanak-kanak adalah memasukkan kegiatan fizikal dalam aktiviti harian mengikut umur. Tiada masa tidak harus jadi alasan. Berjalan atau berbasikal ke sekolah, menjalankan aktiviti fizikal pada waktu rehat di sekolah, naik tangga daripada naik eskalator atau lif, menyertai aktiviti sukan adalah panduan sesuai untuk kanak-kanak. Sekolah juga perlu mengadakan program untuk semua dan tekanan perlu diberi kepada keseronokan daripada persaingan atau kemenangan. 

Kerajaan sudah melarang jualan makanan ringan dan minuman bergas, manakala nasi lemak dihadkan di sekolah. Adakah ia dapat mencegah obesiti murid? 

Masalah kualiti makanan di kantin sekolah sudah dititikberatkan dan perlu sokongan semua pihak termasuk ibu bapa. Obesiti disebabkan pelbagai punca, sukar hendak menuding jari kepada satu-satu jenis makanan. Kita mesti ada pilihan sesuai dan kanak-kanak perlu dididik memilih makanan berkhasiat. Cara sesuai ialah membuat label makanan mengikut kandungan nutrien atau khasiatnya. Seperti lampu isyarat juga iaitu merah – perlu dihindarkan, jingga – kurangkan dan hijau – disarankan. Bagi larangan jualan minuman bergas dan bergula seperti sirap, ia langkah baik namun sekolah mesti ada mesin air sebagai alternatif. Pada pendapat saya, langkah diambil sekarang adalah permulaan baik tetapi realitinya masih banyak perlu dibuat jika kerajaan mahu menangani masalah ini. 

Mohamad Ali Hassan 

SEBAGAI persatuan mewakili ibu bapa dan guru, apakah cara yang paling bernas pada pandangan Datuk untuk mengatasi obesiti murid sekolah ini? 

Satu pendekatan menyeluruh perlu diambil, tidak boleh hanya bertumpu kepada satu pihak kerana ia memerlukan semua pihak mengambil tindakan seiring. Dalam hal ini, perlu juga kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama sekolah, ibu bapa, pengetua atau guru besar, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat. Golongan ini perlu menyambut baik usaha menangani masalah kesihatan terutama obesiti pelajar. Satu lagi perkara yang perlu diperhatikan ialah pelaksanaan peraturan dan undang-undang. Tidak cukup mengeluarkan panduan yang perlu diikuti pengusaha kantin, tetapi pelaksanaannya tidak dijalankan. Kita dapat melihat keberkesanan peraturan itu apabila pelaksanaannya diambil berat oleh pihak bertanggungjawab yang mengawasi dan memantau keadaan supaya ia tidak hanya tinggal panduan. 

Kerajaan perlu tegas dengan pengusaha kantin dan senarai hitam mereka yang tidak mematuhi panduan makanan menyihatkan. Pastikan juga pengusaha kantin beroperasi di satu sekolah kerana aduan diterima menunjukkan ada pengusaha beroperasi di dua atau tiga sekolah menyebabkan mereka tidak dapat menyediakan makanan sihat kerana operasi yang besar. Bagi saya nasi lemak bukan isunya, tetapi jumlah dan kualiti nasi lemak itu sendiri. Jika diambil sedikit dan diseimbangkan dengan pengambilan sayur dan protein, ia tidak mengapa. 

Mungkin Datuk mempunyai pendapat lain bagi memastikan apa juga yang mahu dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini mencapai tujuannya? 

Satu lagi perkara yang perlu diperhalusi dan difikirkan sedalam-dalamnya ialah merekodkan BMI (Indeks Jisim Tubuh) murid. Satu perbincangan meja bulat perlu diadakan untuk tujuan ini. Perkara pertama harus dilihat adakah guru bersedia dengan tugas itu sedangkan ia membebankan tugas sedia ada. Kerajaan juga perlu mengambil kira sama ada guru, pelajar, ibu bapa serta penjaga faham dengan konsep BMI kerana jika tidak, ia tiada maknanya. Perlu juga melihat keperluan tindakan susulan jika rekod BMI pelajar menunjukkan peningkatan dan apakah tindakan susulan kepada masalah ini. Paling saya bimbang unsur ini disalah guna dan memberi kesan kepada pelajar apabila mereka memasuki bidang pekerjaan. Jika rekod menunjukkan peningkatan BMI secara konsisten, industri selalunya keberatan mengambil golongan itu bekerja kerana masalah kesihatan yang dikaitkan dengan obesiti. 

Untuk menjayakan program ini, pastikan pengusaha kantin memahami konsep menjual makanan dan minuman menyihatkan serta yang lebih penting, halal untuk pelajar Islam. Tinjauan mengejutkan wajar kerap dibuat di kantin, luar sekolah dan terhadap bas atau van yang menjual makanan ringan kepada pelajar. Tindakan seperti menggantung lesen boleh diambil terhadap yang ingkar. Saya pasti matlamat menyediakan makanan menyihatkan kepada pelajar boleh dicapai jika kementerian membuat penilaian dan mengkategorikan makanan dijual dengan tiga, dua atau satu bintang. 

Ibu bapa dan guru perlu kerap datang dan merasa makanan yang dijual kepada pelajar, beri teguran membina kepada pengusaha kantin untuk lebih bertanggungjawab dalam penyediaan makanan. Saya rasa enam bulan sekali lakukan tinjauan mengejut ke kantin adalah memadai. Kerajaan boleh meniru sekolah swasta yang bekerjasama dengan pakar pemakanan menyediakan menu harian. 

Apakah lagi peranan yang boleh dimainkan ibu bapa dan PIBG dalam menangani isu ini? 

Ingin saya tegaskan ibu bapa tidak boleh lepas tangan dalam isu ini. Mereka perlu memastikan khasiat pemakanan anak. Ibu bapa wajar bertanyakan anak apakah yang dimakan di kantin. Pengambilan makanan seimbang disertai senaman membantu kecerdasan otak. Jadi pantau pemakanan anak dan galakkan mereka sertai pergerakan fizikal. Saya juga syorkan ibu bapa mendidik anak mengambil makanan mengikut piramid makanan. PIBG boleh melanggan majalah kesihatan mengenai pemakanan sihat dan letakkannya di sekolah. PIBG juga perlu memasukkan aspek keselamatan makanan dan kesihatan fizikal sebagai agenda mesyuarat yang dibentangkan setiap kali mesyuarat serta memikirkan tindakan bersesuaian dengan semua masalah berbangkit mengenai isu pemakanan pelajar. 

Jika perlu wujudkan jawatankuasa tetap dan bekerjasama dengan wakil tiga kementerian tadi untuk pantau dan buat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa. Menjadi tanggungjawab PIBG untuk membawa chef terkenal berceramah di sekolah bagi mempromosi dan menghebahkan kepentingan makanan seimbang khususnya makanan tempatan. Kita perlu ada kesedaran buah-buahan tempatan lebih baik berbanding import. Boleh juga jemput pakar pemakanan membincangkan cara terbaik menyediakan makanan. 

Bagaimana dengan PIBGN, apakah sudah ada langkah diambil berhubung isu sama? 

PIBGN sudah membuat panduan mengenai program pemakanan sihat dan akan mengadakan siri jelajah dengan kerjasama hak kementerian untuk mempromosikannya. Kita khuatir jika langkah segera tidak diambil, generasi akan datang berdepan fobia empat G iaitu Gemuk, Gedempol, Gendut dan Gondol yang berpunca daripada makanan. Soal sudah terlambat untuk kerajaan bertindak dalam isu ini tidak timbul kerana apa yang lebih penting apabila timbul kesedaran, teruskan program. 

Dalam sibuk berbicara mengenai obesiti, mungkin ada masalah lain berkaitan pemakanan di kalangan pelajar yang perlu juga diberi perhatian? 

Isu penting lain yang turut menuntut perhatian ialah kecenderungan pelajar perempuan di sekolah menengah tidak mengambil makanan. Program diet tidak seimbang untuk menguruskan badan menyebabkan masalah anoreksia menular. Ia juga keadaan yang membahayakan kesihatan. Saya sarankan ibu bapa duduk makan dengan anak perempuan dan pastikan mereka makan kerana ada kalanya mereka sekadar bermain dengan makanan. Kita bukan saja hendak pastikan obesiti dapat diatasi tetapi juga anoreksia kerana kedua-duanya tidak menyihatkan generasi muda kita. 

sumber : Berita Harian Online

1 comment:

  1. saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan
















    saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan
















    ReplyDelete

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com