Scroll to top

Thursday, April 28, 2011

Memandu Sambil Berbual Di Telefon Tiada Jauh Beza Ketika Mabuk

KUALA LUMPUR, 21 Ini adalah senario biasa ketika di jalan raya. Sebuah kereta dilihat dipandu dengan kelajuan lebih kurang 50KM/J. Tiba-tiba kereta tersebut dilihat 'melelong' ke kin i dan kanan jalan. Ketika mengambil selekoh, kereta tersebut dilihat 'memakan' jalan lorong sebelah kiri hingga membahayakan pemandu kereta di lorong tersebut. 

Semasa melepasi kenderaan itu dilihat pemandunya sedang leka berbual menggunakan telefon bimbit.

Dengan kemalangan jalan raya dan yang melibatkan kematian mencatatkan jumlah yang tinggi di negara ini, dan hakikat bahawa keselamatan jalan raya masih di pandang ringan di kalangan pemandu di Malaysia, masalah penggunaan telefon semasa memandu hanya menambah burukkan lagi statistik kemalangan.

Kajian dari negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Sweeden dan Jepun mendapati mereka yang menggunakan telefon bimbit sama seperti memandu dalam keadaan mabuk dan berhadapan dengan risiko kemalangan empat hingga lima kali ganda berbanding mereka yang tidak menggunakannya.

Kajian menunjukkan sekiranya seorang yang mabuk dengan tahap alkohol dalam darah 0.08 peratus mereka berhadapan dengan peningkatan kemalangan empat kali ganda. Risiko yang sama akan berlaku sekiranya seseorang bercakap di telefon dan is akan meningkat sehingga lapan kali ganda sekiranya mereka menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS).

Peningkatan risiko kemalangan bagi mereka yang menggunakan telefon bimbit terjadi pada satu atau lima minit sebelum kemalangan dan penurunannya hanya akan hilang selepas 15 minit pemandu tersebut tidak menggunakan telefon bimbit.

MENJADI SATU BUDAYA

Adalah satu pandangan biasa ketika di jalan raya kini, melihat penunggang motosikal berbual menggunakan telefon bimbit. Sambil rnenyelitkan telefon di dalam topi keledar, tanpa rasa bersalah benbual dalam nada suara yang tinggi hingga boleh didengar oleh pengguna jalan raya lain.

Sementara itu bagi yang memandu, telefon bimbit sentiasa ada di sisi, dicelah tempat duduk, di poket baju dan seluar. Tanpa menggunakan kit bebas tangan 'hand free' ketika berbual ada jugs yang membalas Sistern Pesanan Ringkas (SMS) atau membaca SMS.

Pelbagai aplikasi terkini yang terdapat dalam telefon bimbit termasuk memuat tunan lagu, menulis blog, melayari internet dan berinteraksi melalui laman sosial facebook menyebabkan keghairahan untuk menggunakannya semakin tinggi malah menjadi satu budaya di kalangan ramai pemandu dan penunggang motosikal.

Tanpa disedari budaya tersebut umparna born jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa untuk meragut nyawa pemandu dan penumpang kenderaan malah pengguna jalan raya yang lain.

Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan raya Malaysia (MIROS), Prof Dr Ahamd Farhan Mohd Sadullah, berbual menggunakan telefon bimbit sebenamya lebih banyak mengganggu tumpuan pemandu berbanding penumpang yang gemar berbual, malah lebih membahayakan sekiranya mereka menaip, menghantar dan membaca SMS.

Risiko itu datangnya dan gangguan terhadap fokus ketika berbual kerana tidak semua orang boleh memberi pelbagai penumpuan pada satu-satu masa.

"Memandangkan perbualan telefon memerlukan penumpuan, menyebabkan pemandu menjadi alpa terhadap pemanduannya dan menfokuskan pada apa yang dibualkan ketika itu. Keadaan ini lebih membahayakan sekiranya seseorang itu membaca atau menghantar SMS kerana SMS memerlukan perbuatan yang akan menjadikan situasi lebih berisiko kerana pemandu menghalakan penglihatannya ke arah lain (pada telefon bimbit) dan tidak melihat pada sekitarnya," katanya.

Beliau berkata penggunaan kit bebas tangan juga tidak akan mengurangkan risiko kemalangan kerana elemen gangguan kepada pemandu tetap sama walau pun tangannya memegang stereng kereta.

Ini kerana tindak balas tubuh terhadap penggunaan telefon bimbit yang akan membawa kepada cara pemanduan yang berbahaya.

Kajian pakar juga mendapati tahap reaksi seseorang pemandu menjadi perlahan apabila bercakap menggunakan telefon bimbit sama ada melibatkan pemandu baru ataupun pemandu yang mahir.

Dr Ahmad Farhan berkata walau pun tiada statistik yang dikeluarkan oleh Polis Di-Raja Malaysia yang merekodkan jumlah kemalangan yang berpunca daripada penggunaan telefon bimbit namun hasil dapatan kajian lain antaranya kecuaian yang dilakukan pemandu membuktikan tentang bahaya penggunaannya.

PERSEKITARAN J ALAN RAYA TIDAK S ELAMAT

Kesedaran tentang bahaya penggunaan telefon bimbit di kalangan pengguna jalan raya negara ini masih rendah dan membimbangkan. Perkara itu diakui oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Datuk Suret Singh.

Penggunaan telefon bimbit adalah antara tingkah laku dan amalan berisiko kepada pemandu kenderaan dan penunggang motosikal yang kini semakin berleluasa dan menjadi sebahagian norma segelintir masyarakat terutama di kalangan golongan muds.

"Mereka yang berbual atau menghantar sms ketika memandu dan menunggang motosikal, tidak memberikan fokus terhadap pemanduannya yang akhimya akan menyumbang kepada risiko kemalangan," katanya.

Beliau berkata tingkah laku tersebut mengundang persekitaran tidak selamat di jalan raya bukan sahaja kepada pemandu dan penumpang didalam kenderaan atau penunggang dan pembonceng tetapi juga kepada pengguna jalan raya lain.

Mengambil contoh, sekiranya seorang pemandu kereta sedang menggunakan telefon bimbit dan penunggang motosikal dari arah bertentangan turut menggunakan telefon bimbit. Risiko berlakunya tragedi sangat tinggi kerana kedua-duanya sudah hilang tumpuan kepada pemanduan.

"Kits tidak boleh membuat andaian apabila kita menggunakan telefon bimbit ketika memandu, orang lain tidak gunakannya atau pemandu lain perlu memberi perhatian kepada pemanduan mereka kerana anda sedang menggunakan telefon bimbit ketika itu. Perkara tersebut adalah mustahil berlaku, jadi kita sendiri yang kena ubah budaya tersebut," katanya.

Bagi mengelakkan gangguan dan telefon bimbit, langkah terbaik katanya meletakkan telefon bimbit tersebut dalam 'silent mode' atau tutup sahaja sebaik memulakan pemanduan.

Ini kerana manusia sering kali gagal mengawal desakan naluri untuk segera menjawab atau menyemaktiap panggilan atau SMS yang masuk.

Ujarnya, sebagaimana menjadi satu peraturan untuk mematikan telefon bimbit ketika berada di dalam [cabal terbang, begitu jugalah yang perlu dilakukan ketika hendak memulakan pemanduan.

"Memang sukar mengubah sikap, umpama seorang perokok tegar yang sukar berhenti dari merokok, sehiggalah datang penyakit, baru nak berhenti. Jadi kita perlu sedarkan orang ramai sebelum penyakit itu datang atau tragedi itu menimpa mereka," katanya.

KEMPEN NO PHONE ZONE'

Selebriti dan pengacara bual bicara popular, Oprah Winfrey adalah antara individu yang aktif menyedarkan orang ramai tentang bahayanya penggunaan telefon bimbit ketika memandu melalui kempen No Phone Zone' yang diperkenalkan pada awal tahun lepas dalam rancangan temubualnya.

Kaji selidik secara rambang yang dilakukan melalui program bual bicaranya mendapati 71 peratus yang berumur antara 18 hingga 49 tahun mengakui mereka menggunakan telefon bimbit ketika memandu untuk menghantar SMS dan berbual.

Paparan tragedi kehilangan orang tersa yang akibat penggunaan telefon bimbit di laman webnya serta pandangan pakar yang membuat kajian membangkitkan kesedaran orang ramai dan berjaya mengumpul sokongan lebih 400,000 individu termasuk selebriti yang membuat akujanji untuk tidak menghantarSMS dan berbuaI menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Mengambil pendekatan yang sama, JKJR bersama Kolej Universiti HELP mengambil inisitif mempericenalkan kempen The No Phone Zone" bagi menanam kesedaran di kalangan pengguna jalan raya di Malaysia tentang bahaya penggunaan telefon bimbit ketika memandu atau menunggang motosikal.

Suret berkata kempen yang dilancarkan oleh Duta Global Keselamatan Jalan Raya, Datuk Michelle Yeoh pada 23 Mac lepas menfokuskan kepada golongan muda kerana mereka adalah golongan yang paling berisiko tinggi mendapat kemalangan terutama penunggang motosikal.

Selain sebagai pelayar laman sosial Facebook paling aktif, mereka juga pengguna perkhidmatan SMS yang paling tinggi.

"Kerana itu, kempen kita bermula dengan kerjasama dengan Universiti HELP bagi mendekati golongan muda yang kebanyakannya menunggang motosikal. Setiap bulan JKJR sasarkan untuk jalankan kempen di salah sebuah institut pengajian tinggi sama ada swam dan swasta bagi memastikan kempen ini berterusan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Matrikulasi Kolej Universiti HELP, Dhanesh Balakrishnan berkata sehingga kini terdapat lebih 2,000 akujanji yang dibuat oleh pelajar dan orang ramai melalui laman web yang dibina sejak kempen tersebut dilancarkan 21 Mac dan berakhir pada 29 Mac lepas.

Mengakui bukan mudah untuk mengubah sikap pemandu dan penunggang motosikal terutama dikalangan pelajar kolej tersebut, namun langkah mengadakan kempen ini sebagai titik awal bagi menanamkan kesedaran dikalangan masyarakat Malaysia.

"Ada di kalangan pelajar yang enggan menjadi hipokrit dan tidak membuat akujanji untuk tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Namun kita anggap ini sebagai satu cabaran. Perjalanan masih jauh... kita percaya usaha berterusan melalui kempen yang dilakukan akan mewujudkan kesedaran itu," katanya.

-- BERNAMA

1 comment:

  1. assalamualaikum ..
    setuju sangat2 pasal entry nie ..
    menyusahkan org betul bila driver tu x fokus bila memandu .. kdg2 pecut dan kdg2 slow .. haihhh !

    p/s : check my latest entry :) :

    5 Sebab Kenape matapelajaran sejarah membosankan !

    Gempar !! Pocong melompat di KB Mall !

    ReplyDelete

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com