Perhatian, didikan agama anak diabai punca ramai remaja terjebak gejala maksiat
BANYAK resolusi dimuafakati bersama wakil dari agensi kerajaan, pertubuhan sukarela Islam dan peserta Wacana Khas Gejala Sosial: Isu Anak Tak Sah Taraf – Punca dan Penyelesaian anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), baru-baru ini.
Wacana ini dikelolakan sebagai reaksi terhadap laporan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana anak tidak sah taraf yang didaftarkan sehingga 2010 berjumlah 234,647 orang. Daripada jumlah ini, 80,979 atau 34.5 peratus adalah bayi yang ibu kandungnya beragama Islam.
Antara resolusi menarik yang perlu diketengahkan ialah seruan kepada kepentingan pembangunan kepemimpinan rumah tangga sebagai satu daripada jalan penyelesaian terhadap gejala anak tidak sah taraf yang sedang berkembang di negara kita hari ini. Tumpuan khusus dalam aspek ini ialah tuntutan untuk kita mengukuhkan kepemimpinan bapa atau golongan lelaki dalam keluarga dan masyarakat.
Aspek ini perlu dikongsikan kepada semua kerana beberapa faktor. Pertama, gejala sosial yang membabitkan generasi muda hari ini boleh dikawal sekiranya kepemimpinan ibu bapa di rumah dapat berperanan dengan baik.
Ibu bapa sebagai suri dan tonggak sesebuah keluarga mempunyai ruang yang amat luas dan keupayaan pengaruh yang tinggi dalam membentuk corak kehidupan anak atau ahli keluarga di bawah jagaan mereka.
Faktor kedua kerana institusi keluarga adalah unit sosial terpenting dalam sesebuah masyarakat dan negara. Dalam erti kata lain, institusi keluarga boleh dianggap sebagai benteng utama dalam membina ketahanan bangsa. Kualiti hidup di peringkat institusi keluarga asas kepada kehidupan berkualiti di peringkat masyarakat dan negara secara keseluruhannya.
Namun, peranan penting kepemimpinan ibu bapa hari ini nampaknya semakin menurun sekiranya dilihat dari sudut merebaknya gejala sosial dalam kalangan muda mudi terutama berhubung pertambahan jumlah anak tidak sah taraf.
Dalam satu perkongsian pada wacana itu, terdapat kes di mana ibu bapa langsung tidak menyedari perubahan fizikal anaknya yang mengandung tanpa nikah hinggalah ke hari kelahiran. Keadaan ini sungguh mendukacitakan. Ini antara petunjuk tahap perhubungan dan pemantauan kepemimpinan rumah tangga yang lemah terhadap warga keluarganya.
Mengapakah keadaan sebegini boleh terjadi? Sesetengah pendapat mengatakan faktor tekanan ekonomi banyak mempengaruhi tahap kepemimpinan ibu bapa dalam rumah tangga.
Sesetengah ibu bapa yang menghabiskan banyak masa di luar rumah kerana mencari sumber rezeki menyebabkan kualiti waktu mereka bersama anak-anak harus digadaikan. Dalam keadaan sebegini, kehidupan harian anak tidak lagi terbimbing dengan cara terbaik. Ia juga menyebabkan proses mewarisi nilai hidup mulia dari ibu bapa kepada anak terencat.
Faktor lain ialah kelemahan dari sudut pendidikan keagamaan di rumah. Faktor ini adalah disebabkan kelemahan penghayatan agama di peringkat ibu bapa sehingga gagal memberikan satu teladan yang sempurna kepada anak mereka.
Beberapa aspek agama seperti bersolat secara berjemaah, didikan akhlak terutama apabila anak berada di rumah dan di luar rumah atau pembudayaan ilmu pengajian al-Quran dan kawalan terhadap budaya berhibur secara berlebihan adalah antara aspek penting yang memerlukan penegasan dan kepemimpinan langsung daripada ibu bapa.
Sekiranya asas kerukunan kehidupan keluarga ini lemah, maka ia secara langsung akan mempengaruhi kualiti budaya dan disiplin ahli keluarga secara jangka panjang.
Oleh itu, tuntutan kepada pembangunan kepemimpinan keluarga harus menjadi keutamaan pada masa kini sebagai langkah penyelesaian terhadap isu pertambahan jumlah anak tidak sah taraf. Ibu bapa harus diberi pengupayaan semula dari segi kesedaran keibubapaan dan memahami realiti dan cabaran pendidikan keluarga di era masyarakat terbuka.
Ibu bapa harus menghayati peranan dan tugas asasinya sebagai tonggak dan suri rumah tangga yang bertanggungjawab dalam membangunkan satu generasi yang kuat untuk negara. Dalam kata lain, ibu bapa hari ini tidak harus lagi mengambil sikap lepas tangan dalam menjalankan tugas membangun dan memimpin institusi keluarga masing-masing.
Bagi tujuan itu, program pembangunan kepemimpinan rumah tangga perlu dijayakan secara berterusan. Kita tidak harus selesa dengan pandangan setiap ibu bapa yang mendirikan rumah tangga pasti mempelajari dengan sendiri ilmu kepemimpinan rumah tangga.
Kita juga tidak harus mengambil sikap mudah iaitu ibu bapa sudah memiliki ilmu kepemimpinan rumah tangga selepas mereka berjaya menamatkan kursus pra perkahwinan yang diwajibkan sebelum majlis perkahwinan berlangsung.
Ternyata, ilmu kepemimpinan rumah tangga harus dipelajari dan dibangunkan secara berterusan. Banyak isu kekeluargaan dan kemahiran keibubapaan yang berkembang yang perlu ditekuni oleh ibu bapa secara sistematik.
Sewajarnya, dengan pelbagai cabaran yang sedang menghambat masyarakat hari ini, satu program pendidikan keibubapaan selepas berkahwin harus disertai oleh seluruh ibu bapa. Pertubuhan sukarela Islam, agensi keagamaan atau institusi masjid harus membuat inisiatif mengelolakan kursus dan seminar keibubapaan dengan lebih kerap menggunakan modul yang lebih menarik dan interaktif.
Penulis ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Tuesday, April 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Berita Pendidikan
(135)
Berita Pilihan MPKB 90/93
(47)
Artikel Pilihan
(35)
Makluman Terkini
(35)
Petikan Akhbar
(35)
Berita Dalam Negara
(34)
Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online
(31)
Artikel Islam
(29)
Berita Guru
(28)
Artikel Ilmuan Islam
(26)
Berita Sosial
(23)
Artikel Pendidikan
(19)
Artikel Ibadat
(18)
Ulasan Berita
(18)
Gambar Menarik
(15)
Artikel Pedoman
(14)
Berita Piala Dunia
(14)
Semak Tawaran/Permohonan
(14)
Berita Ekonomi
(13)
Berita Luar Negara
(13)
Berita MH370
(13)
Petikan Akhbar dari Astro Awani
(13)
Petikan Akhbar dari UTUSAN Online
(13)
Permohonan Akademik
(12)
Berita Politik
(11)
Berita Semasa
(11)
Petikan Akhbar dari BH Online
(10)
Berita Agama
(9)
Berita Permotoran
(7)
Catatan Peribadi
(7)
Artikel dari UTUSAN Online
(6)
Berita Kemalangan
(6)
Berita Pekerja
(6)
Petikan Akhbar dari mStar Online
(6)
Artikel Ekonomi
(5)
Artikel IT
(5)
Berita Ibadah Haji
(5)
Huraian Hadis
(5)
Rencana Akhbar Online Pilihan
(5)
Artikel dari Kosmo! Online
(4)
Artikel dari Penulis Popular
(4)
Artikel dari myMetro
(4)
Berita Pemimpin Negara
(4)
Berita Perkhidmatan Awam
(4)
Berita Sukan
(4)
Pendapat
(4)
Petikan Akhbar dari Kosmo! Online
(4)
Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider
(4)
Berita Artis
(3)
Berita Konflik Negara Islam
(3)
Berita Pelaksanaan Hudud
(3)
Berita Perundangan
(3)
Berita Teknologi Baru
(3)
Hari Raya
(3)
Petikan Akhbar dari Harakahdaily
(3)
Petikan Akhbar dari Malaysiakini
(3)
Artikel Bahasa
(2)
Artikel Dekorasi
(2)
Artikel Penulis Terkenal
(2)
Artikel Seni Islam
(2)
Artikel Teknologi
(2)
Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan
(2)
Berita Alam Sekitar
(2)
Berita Bajet Negara
(2)
Berita Cuaca
(2)
Berita Halalnya Produk
(2)
Berita Institusi Raja
(2)
Berita Jenayah
(2)
Berita Pemimpin Luar Negara
(2)
Berita Penderitaan Rakyat Palestin
(2)
Berita Roda
(2)
Berita Sensiviti Agama Islam
(2)
Churp Churp
(2)
Dasar / Konsep
(2)
Keputusan Peperiksaan Awam
(2)
Lagu Motivasi
(2)
Maulidur Rasul SAW
(2)
Mutiara Kata
(2)
Permotoran
(2)
Petikan Akhbar Online
(2)
Petikan Akhbar dari myMetro
(2)
Rencana Pendidikan
(2)
Rencana Penulis Terkenal
(2)
Software Piala Dunia 2010
(2)
Takwim
(2)
Tema
(2)
Abdul Nasser b. Abdul Majeed
(1)
Ahmad Mohzir Abu Bakar
(1)
Aktiviti Luar PM 3
(1)
Amin dan Gambar2 drpd Pesisir
(1)
Artikel Berkaitan MH370
(1)
Artikel Budaya Masakini
(1)
Artikel Dunia Siber
(1)
Artikel Kerjaya
(1)
Artikel Kesihatan
(1)
Artikel Pelaksanaan Hudud
(1)
Artikel Pemakanan Sihat
(1)
Artikel Perjuangan Rakyat Palestin
(1)
Artikel Perundangan
(1)
Artikel Sarjana Tempatan
(1)
Artikel Sastera
(1)
Artikel Sukan
(1)
Artikel Ulama Tanahair
(1)
Artikel dari Buletinonline.net
(1)
Artikel dari Harakah
(1)
Artikel dari MyIbrah.com
(1)
Artikel dari Sinar Harian Online
(1)
Artikel dari Warga Kampus
(1)
Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan
(1)
Azmi bin Sulaiman
(1)
Berita Bola Sepak
(1)
Berita Bukan Islam Biadab
(1)
Berita Dunia Siber
(1)
Berita Ibadah Puasa
(1)
Berita Insan Istimewa
(1)
Berita Institusi Pondok
(1)
Berita Kampus
(1)
Berita Kejadian Mengejut
(1)
Berita Keluarga Malang
(1)
Berita Kesan Negatif Internet
(1)
Berita Keselamatan Kanak-Kanak
(1)
Berita Pelajar Cemerlang
(1)
Berita Pelaksanaan GST
(1)
Berita Pelik
(1)
Berita Perubatan
(1)
Berita Sambutan Kemerdekaan Negara
(1)
Berita Sultan Perak
(1)
Berita Tanah Haram
(1)
Berita dari BERNAMA
(1)
Bersama Aminuddin dan Keluarga
(1)
Di Rumah Khishamuddin
(1)
Di Rumah Nasser Mamak
(1)
Festival Hari Guru 2010
(1)
Forum
(1)
Free Viral
(1)
Gambar Pilihan
(1)
Jadual Gaji
(1)
Jadual peperiksaan awam
(1)
Jalaluddin Ayai
(1)
Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz
(1)
Kempen Anti Israel
(1)
Keratan Akhbar
(1)
Keratan Akhbar Online
(1)
Khutbah Jumaat
(1)
Lawatan En Khishamudin ke MPKB
(1)
MPKB ke IPGMKKB
(1)
Manan Md Zain
(1)
Masjid Pilihan
(1)
Nasser dan Khishamudin
(1)
Nostalgia Khishamudin
(1)
PBSM Dalam Kenangan
(1)
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025
(1)
PM3 Dlm Kenangan
(1)
PRK DUN Balingian
(1)
PRK DUN Kajang
(1)
Pedoman
(1)
Pendapat dan Teori Penulis Hebat
(1)
Petikan Akhbar Sukan Star TV
(1)
Petikan Akhbar dari Indahnya Islam
(1)
Petikan Akhbar dari islamedia
(1)
Program Perguruan
(1)
Promosi Pendidikan
(1)
Puan Azlina Haron
(1)
Rencana Kesihatan
(1)
Rencana Tentang Guru
(1)
Rencana Tentang MH370
(1)
Rencana dari Harakahdaily
(1)
Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati
(1)
Rohana binti Jusoh
(1)
Segmen Blogger
(1)
Selamat Hari Raya
(1)
Siti Norbaya Abd Majid
(1)
Soal Jawab Agama
(1)
Sumbangan Ikhlas
(1)
Surat Siaran / Pekeliling
(1)
Suriani binti Ariffin
(1)
Tokoh
(1)
Ucapan Hari Guru
(1)
Ucapan Raya
(1)
Video Tazkirah
(1)
Video Tema Piala Dunia 2010
(1)
XPDC PM 1 1992
(1)
Zainal b. Nordin
(1)
a
(1)
Blog Archive
-
▼
2011
(200)
-
▼
April
(16)
- Gambar Masjidil Haram dan Nabawi
- NERAKA UNTUK 7 ANGGOTA
- Memandu Sambil Berbual Di Telefon Tiada Jauh Beza ...
- 'Banyak kerja perlu dibuat atasi masalah obesiti p...
- KONSEP PERUBATAN ISLAM
- Perkara Melibatkan Bidang Kejuruteraan di dalam Re...
- Dekati Hyundai Tucson
- Kereta dua alam yang menakjubkan
- Hargai air
- Gambar-gambar indah dari National Geographic
- Gambar aksi hidupan liar yang mengagumkan
- Suasana pagi yang nyaman
- Gambar corak yang tersendiri
- Pendidikan diiktiraf dunia
- Kualiti kepemimpinan ibu bapa makin merosot
- Tafsir Ayat: Persepsi berbeza penerima kematian ba...
-
▼
April
(16)
Informasi Pendidikan
Pekeliling / Garis Panduan Perkhidmatan / Sidang Akhbar
- Surat Pekeliling Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap II Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2014
- Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita Dan Enrolmen Murid
- Kadar-Kadar Keraian Rasmi - Pindaan Surat Pekeliling
- KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
- GARIS PANDUAN PEMAKAIAN BAJU KORPORAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
- GARIS PANDUAN PENGGUNAAN LOGO KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
- SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 12 TAHUN 2011 PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
- SPP BIL 2 TAHUN 2010-GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 9 TAHUN 2010 : PERMOHONAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM AKTIVITI POLITIK PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 HINGGA DG48 YANG BERTUGAS DI INSTITUSI PENDIDIKAN
- TATACARA PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN BERDASARKAN PERATURAN 27(3) PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2005
No comments:
Post a Comment