Scroll to top

Saturday, August 6, 2011

Hapus boros sepanjang Ramadan

Hari ini genap lima hari kita berpuasa. Pada bulan mulia ini ramai yang mengambil kesempatan meningkatkan amal ibadat seperti menghadiri majlis tazkirah, solat berjemaah di surau dan masjid, membaca al-Quran dan sebagainya. Di sebelah malamnya pula, jemaah mengimarahkan rumah Allah dengan solat tarawih dan tadarus al-Quran.

Sewaktu berada pada bulan Ramadan al-Mubarak, semestinya kita berhadapan pelbagai dugaan yang terpaksa dihadapi dengan penuh ketenangan. Jika ditanya pada orang ramai berkaitan dugaan, pasti ada antaranya berkata kewujudan banyak bazar-bazar Ramadan yang menyajikan pelbagai macam kuih muih seperti tahi itik, jala mas, nekbat, labu sira dan banyak lagi adalah ujian besar saat kita menahan lapar dan dahaga dalam menunaikan salah satu rukun Islam kelima itu. 



Ujian besar yang dimaksudkan umat Islam mungkin disebabkan kesukaran membuat pilihan berkaitan menu yang harus dibeli sebagai persiapan berbuka puasa. Akibatnya, banyak juadah yang dibeli sehinggakan mengundang persoalan dalam diri sendiri 'dapatkan aku habiskan makanan ini sedangkan hanya aku dan suami sahaja yang menikmatinya."

Dalam soal ini, kita tidak seharusnya lalai dan leka sehinggakan melanggar peraturan berbelanja yang dianjurkan Islam. Penulis akui, oleh kerana terlalu gembira kadangkala menyebabkan ada antara kita tidak menyedari atau lupa bahawa kita telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan Islam iaitu boros dalam perbelanjaan. Allah berfirman yang bermaksud...

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah al-Isra’ ayat 27).


Tetap boros walau barang naik

Pemborosan bererti mengeluarkan wang ringgit atau menggunakan barang-barang secara berlebih-lebihan dengan cara yang membazir. Misalnya, membeli makanan yang berlebih-lebihan untuk berbuka puasa sehinggakan tidak mampu dihabiskan.

Felo Rancangan Latihan Kakitangan Akademik, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam, Mohd Shukri Hanapi berkata, tibanya Ramadan, isu pemborosan dapat dilihat pada aspek makanan dan minuman, terutama ketika membuat persiapan berbuka puasa.

"Bila tiba waktu berbuka, perkara utama dapat dilihat kepelbagaian makanan melebihi keperluan terhidang di atas meja.

"Memang berbelanja itu menjadi hak seseorang, tetapi pada hakikatnya Islam memandang perkara ini sebagai pemborosan melampau yang membawa kepada pembaziran, bahkan ia melebihi had kecukupan atau keperluan seseorang.

"Keghairahan membeli berbagai-bagai juadah kadangkala agak keterlaluan dan melampaui batas. Bagaimana ruang perut manusia yang begitu sempit dapat dimasukkan semua jenis makanan yang dibeli itu sekali gus. Pastinya, lebihan makanan dan minuman akan dibuang sebab tidak terdaya dimakan dan itulah yang dikatakan pembaziran," katanya yang kini bertugas di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Beliau berkata, walaupun kenaikan harga barang semakin tinggi dan memungkinkan masyarakat mengehadkan pembelian juadah-juadah tertentu, namun ia sedikit pun tidak memberi kesan mendalam pada orang ramai agar berjimat cermat dan tidak berboros.

"Setakat ini sudah berapa kali harga barang naik, namun perbelanjaan dan penggunaan masih belum berubah-ubah.

"Sebenarnya hal ini bergantung kepada nafsu yang menguasai jiwa mereka. Selagi dipengaruhi nafsu amarah, lawwamah atau mulhamah, yakni nafsu-nafsu mendorong sifat-sifat mazmumah (terkeji), kemahuan mereka menjadi tidak terhad dan sukar dikawal. Apabila kemahuan tidak terhad, maka tanpa rasa bersalah mereka berbelanja secara boros," katanya sambil memberitahu untuk mengawal diri dari bersikap boros, kemahuan tidak terhad itu perlu dihadkan.

"Caranya, menghapuskan nafsu-nafsu jahat dan menggantikannya dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah), seperti nafsu mutmainnah, radhiyah, mardhiyah dan kamilah. Hal ini boleh dilakukan dengan membersihkan hati," katanya.



Boros babitkan semua gender


Sukar dinyatakan secara tepat gender yang paling boros. Mungkin penulis boleh katakan, boros berlaku tanpa batas gender dan status hidup seseorang. Kadangkala masing-masing berboros dengan gaya tersendiri. Selagi nafsu jahat menguasai diri, selama itulah mereka mudah boros dalam berbelanja.

Kita seharusnya membelanjakan harta kekayaan dan wang ringgit dengan berhemah tanpa dicemari unsur-unsur pemborosan yang membawa kepada pembaziran.Perkara ini dijelaskan Rasulullah dalam hadisnya bermaksud,

“Diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar r.a katanya: Rasulullah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali pada dua perkara, iaitu terhadap seseorang yang dianugerahkan al-Quran dan dia membacanya siang dan malam. Juga terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan lalu dia membelanjakannya dengan baik pada waktu malam dan juga pada waktu siang” (Riwayat al-Bukhari).

Berpandukan nas al-Quran dan hadis Rasulullah ini, Islam tidak melarang umatnya berbelanja, tetapi, Islam hanya melarang umatnya berbelanja sehingga berlakunya pembaziran.


Hapus boros sepanjang Ramadan

"Pandangan saya, salah satu cara berkesan menghapuskan sikap boros dalam diri seseorang sama ada ketika berbelanja di bulan Ramadan atau ketika persiapan menyambut Aidilfitri adalah dengan mengenangkan nasib saudara seagama yang berbuka puasa atau menyambut hari raya dalam keadaan serba kedaifan.

"Mereka sebenarnya mahu menjamah makanan lazat dan pakaian baru seperti orang lain. Namun, kedaifan memaksa mereka berbuka dan beraya ala kadar.

"Oleh itu, alangkah baiknya jika kita menghapuskan amalan pemborosan yang keji itu dengan menggalakkan amalan kebajikan seperti bersedekah. Sedikit bantuan di hulurkan, Allah menyediakan ganjaran pahala berlipat kali ganda kepada kita," ujarnya.

Sementara itu, penulis bertanyakan Shukri tentang bentuk pemborosan dilakukan umat Islam pabila menjelangnya Syawal.

"Jika Ramadan, sikap boros kalangan umat Islam berlaku ketika membeli juadah di bazar. Berbeza bentuk pemborosan menjelang Syawal, saya ingin nyatakan ia boleh dibahagikan tiga aspek. Pertama, aspek pakaian. Maksudnya membeli atau menempah pakaian berlebih-lebihan sehinggakan disediakan sepasang baju untuk dipakai pagi raya, sepasang petang raya dan sepasang lagi untuk keesokan harinya. Seterusnya disediakan berpasang-pasang baju lagi bagi menghadiri rumah terbuka sepanjang Syawal. Meskipun hak masing-masing, tetapi pada hakikatnya Islam memandang sebagai suatu pemborosan melampau yang membawa pembaziran," katanya.

Yang kedua, pemborosan berlaku dari aspek pembelian peralatan dan perhiasan rumah seperti langsir dan perabot.

"Tidak salah jika ingin menjadikan Aidilfitri masa menukar segala perhiasan rumah, tetapi tidak perlulah dilakukan setiap tahun kerana Aidilfitri masa mengeratkan hubungan silaturahim dan paling penting layan mesra sewaktu menerima para tamu.

"Aspek terakhir, soal menceriakan perasaan anak-anak. Segelintir ibu bapa sanggup melaburkan wang untuk membeli mercun demi menggembirakan mereka pada malam Aidilfitri. Selain mendatangkan bahaya dan kemudaratan kepada anak-anak, ia juga satu pembaziran," katanya.

Kesimpulannya, seseorang Muslim bertanggungjawab melaksanakan ibadah puasa dan memelihara kesucian Ramadan. Ramadan bulan Allah dan Dia telah memberi peluang kepada kita selama sebelas bulan untuk bersenang lenang, iaitu makan, minum dan sebagainya. Jadi berhati-hatilah ketika berada di bulan Ramadan iaitu bulan ibadah, bulan yang mulia dan lebih utama daripada bulan yang lain. Lantaran itu, Ramadan perlu diutamakan, disambut dengan persediaan dan dihayati.


sumber: SH Online

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com