Scroll to top

Wednesday, August 10, 2011

Motosikal Aprilia baru masuk pasaran


Tuono, Dorsoduro 1200 masuki pasaran Asia
Aprilia Tuono V4 APRC
PENGEDAR rasmi motosikal Aprilia di Malaysia, Naza Premira Sdn Bhd terus mengembangkan sayapnya dengan memperkenalkan dua buah model Aprilia terbaru, Tuono V4 APRC dan Dorsoduro 1200 yang dijangka bakal memikat penggemar motorsikal berkuasa tinggi.
Dengan penambahan dua varian baru ini bermakna kini terdapat sebanyak lapan buah model keseluruhan di pasaran Malaysia, malah turut menjadi negara pertama Asia melancarkan dua model terbaru ini.
Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin berkata, pihaknya bersetuju menjadi pengedar utama Aprilia kerana yakin dengan jenama ini dan bersedia menerima setiap cabaran.
“Dalam tempoh kurang setahun, saya percaya kami telah berjaya dalam memperkenalkan semula jenama ini kepada pengguna Malaysia, lebih-lebih lagi kepada penggemar motosikal berkuasa tinggi. Sehingga Jun tahun ini, sebanyak 130 unit Aprilia telah ditempah berbanding 110 unit sebelum ini dalam tempoh dua tahun.
“Selain itu, Naza Premira turut menyediakan pusat servis (3S) serta membekalkan alat ganti jentera Aprilia yang sedia ada di pasaran bagi memudahkan pelanggan.
“Malah mekanik disediakan adalah terlatih dan mendapat latihan khusus daripada Aprilia Itali,” katanya ketika majlis pelancaran dan juga perasmian bilik pameran Aprilia di Kampung Baru, Kuala Lumpur minggu lalu.
Beliau berkata, setakat ini, lapan unit Tuono dan empat unit Dorsudoro telah dijual oleh Naza sebelum pelancaran berkenaan dan anggaran harga bagi Tuono dan Dorsudoro masing-masing berjumlah RM93,000 and RM79,000 (tidak termasuk insurans).
Sementara itu, bagi waranti pula, Naza Premira menawarkan dua tahun waranti atau 30,000 kilometer (km) yang mana terdahulu, dan sudah pasti sasaran utama adalah pelanggan muda berusia dalam lingkungan 30-an hingga 40-an sebagai pembeli.
Selain dua model berkenaan, enam model lain yang telah pun sedia ada di pasaran, iaitu RS125R, Shiver 750, Mana 850, Dorsoduro 750, RSV4R dan RSV4 Factory.Tuono V4 APRC
Model ini merupakan versi naked bike RSV 4 Factory dan jentera yang dinantikan oleh penggemar varian superbike. Tuono dihasilkann dengan ‘Kawalan Prestasi Tunggangan Aprilia’ (APRC) dan memiliki kawalan terbaik hasil daripada barisan casis RSV4 kelas dunia.
Satu-satunya superbike yang dikuasakan enjin 65 darjah V4 ia dipasang dalam casis ultra kompak menghasilkan kuasa 167.3hp pada 11,500rpm dan kuasa kilas maksimum 111.5Nm pada 9,500rpm. Kuasa yang dihasilkan adalah 41hp lebih laju berbanding sebelumnya.
Mengekalkan imejnya sebagai juara perlumbaan, rekaan penutup pelindung depan yang aerodinamik memberikan sentuhan agresif pada jentera kali ini. Sementara lampu hadapan polyelliptical dan lampu penunjuk LED di bahagian bawah pada kedua-dua sisi berbentuk tajam melengkapkan lagi imej sebuah superbike.
Melihat dari bahagian penutup pelindung belakang terus ke tempat duduk, tangki minyak dan panel sebelah, rekaan yang dibina merupakan salah satu contoh terbaik reka bentuk motosikal Itali dari dekad yang lalu untuk keseimbangan yang sempurna antara keindahan dan fungsi.
Aprilia Dorsoduro 1200 (kiri) dan Tuono V4 APRC.
Rekaan asli tempat duduk yang dibuat khusus untuk keselesan merupakan campuran sempurna dengan rekaan penutup pelindung tepi dan penutup pelindung belakang.
Dari sudut pandangan baik melalui tempat duduk dan kedudukan handle dalam genggaman, mendapati bahawa versi APRC cepat mengakses dan menyelaraskan fungsi kawalan generasi kedua elektronik dinamik yang dibangunkan oleh Aprilia untuk membiarkan penunggang meneroka had fizikal tunggangan.
Dorsoduro 1200
Jentera kedua yang dilancarkan ini lebih fokus kepada prestasi di mana pembinaan motard silinder kembar eksklusif ini direka untuk memenuhi kepuasan penunggang yang mahukan motosikal terbaik. Ia turut dilengkapi dengan Aprilia Traction Control (ATC) yang memberikan keselamatan optimum.
Dorsoduro 1200 menjadi penanda aras baru dalam kelas motard maxi. Menggunakan powerplant silinder berkembar, jentera 1200cc itu menghasilkan kuasa 130hp pada 8700rpm dan kuasa kilas 115Nm pada 7200rpm.
Jentera ini menggabungkan kuasa dan ketangkasan, kesukanan dan sifat asas yang menyatukan aspek-aspek terbaik pemotoran jalanan dan genre Supermoto menggunakan enjin 1200cc V2 90 darjah V-twin enjin, yang dilengkapi teknologi termaju dalam segmennya.
Sementara itu. kemasan dan perincian menetapkan standard baru yang eksklusif, dengan perincian seperti pelindung belakang yang dicat, kerangka dua ton warna dan dua ekzos dengan perisai haba hitam memberikan kelainan.
Kelebihan model ini juga tertumpu pada pemesong angin dan pelindung tangan (hand guards) yang disediakan bagi mempertingkatkan perlindungan angin di atas motosikal yang bukan hanya memberi kelincahan ketika mengambil selekoh, tetapi juga mampu mengawasi pada kelajuan yang ketara.
Kerana itulah semua bahagian jentera dipotong rendah secukupnya, seperti mesin perlumbaan yang sebenar. Tanpa alat tambahan, bagi motosikal yang lebih gemar meletakkan mekanikal superlatif, semua perincian dikurangkan dan memberi tumpuan kepada fungsi yang tulen, seperti pengawal tangan yang baru dan panel nombor perlumbaan gaya motard. Ia mampu menghalang angin pada kelajuan yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com