Toshiba sasar nombor tiga pasaran laptop
NIPIS...Portege Series Z830 antara tiga produk terbaru Toshiba.
TELE Dyanmics Sdn Bhd (Toshiba) mengunjurkan menguasai pasaran sehingga 18 peratus dalam segmen komputer riba tahun depan selepas mencatatkan penguasaan 15 peratus dalam rekod kewangan semasanya sehingga akhir tahun ini.
Pengurus Besar Bahagian Komputer Peribadinya, Roy C K Hew berkata, sasaran disandarkan kepada pengenalan produk baru, Portege Series Z830 yang dijangka menarik ramai pembeli di pasaran Malaysia.
“Toshiba menyasar menduduki tempat ketiga di pasaran menjelang tahun depan.
“Siri komputer baru ini mempunyai reka bentuk nipis (15.9 milimeter) dan ringan (1.12 kilogram) sesuai mengikut kehendak pengguna masa kini. Selain itu, produk berkenaan ditawarkan dengan harga RM3,999 seunit,” katanya pada majlis pelancaran rangkaian tiga produk terbarunya di Kuala Lumpur, semalam.
Tiga produk berkenaan ialah komputer riba (Portege Series Z830), tablet (7-inci & 10-inci Regza) dan desktop semua dalam satu (Qosmio DX730).

sumber: myMetro Online
No comments:
Post a Comment