Scroll to top

Monday, November 28, 2011

Tokoh Maal Hijrah



Mufti negeri Melaka Tokoh Maal Hijrah
2011/11/27
MELAKA TENGAH: Mufti Negeri Melaka, Datuk Wira Rashid Redza Md Saleh dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri yang diadakan di Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini, malam semalam.

Rashid Redza, 61 yang berasal dari Ayer Molek, di sini dan berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Pengajian Islam dan pernah menerajui jabatan bagi pusat pendidikan, penyelidikan, dakwah dan ilmu falak.

Penganugerahan itu menyaksikan beliau membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, plak, sijil dan hadiah iringan daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob.

sumber : Berita Harian Online

88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
................................................................................................................................................................



Menteri Haji Arab Saudi dianugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa
2011/11/27


PUTRAJAYA: Menteri Haji Arab Saudi, Dr Fouad Abdul Salam dianugerah Tokoh Maal Hijrah antarabangsa manakala Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin sebagai Tokoh Maal Hijrah kebangsaan tahun ini.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berangkat menyampaikan wang tunai RM100,000, sumbangan Yayasan Ubadi sebanyak RM10,000, pingat tokoh Maal Hijrah, plak cenderamata sijil penghargaan kepada Dr Abdul Shokur di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Dr Fouad, 65, yang tidak dapat menghadiri majlis itu akan menerima penghormatan itu pada satu majlis khas nanti.
Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dr Abdul Shukor, 69, yang juga Timbalan Pengerusi Akademi Fiqh Sedunia (OIC) dan Ahli Lembaga International Shariah Research for Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia, memanjangkan penghargaan terhadap penghormataan dan pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh kerajaan Malaysia.

Dr Abdul Shukur meminta setiap umat berpegang kuat kepada amalan mulia yang membina perwatakan baik dan dihormati.
"Sebagai umat Islam kita perlu meneruskan tradisi yang baik bagi terus maju dengan mengenepikan idea dan provokasi yang berunsur negatif. Kita juga perlu bersatu padu sebagai rakyat negara ini walaupun berbeza dari segi politik," katanya ketika berucap pada majlis itu.

Sambutan Maal Hijrah 1433H peringkat kebangsaan yang bertemakan 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah', adalah selaras dengan usaha kerajaan yang mahukan rakyat bersatu padu, bekerjasama serta saling memahami dan menerima antara satu sama lain atas dasar akidah supaya matlamat negara maju menjelang 2020 dapat direalisasi.

Sebanyak 122 kontinjen daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta menyertai perhimpunan itu yang membabitkan hampir 5,000 penyertaan. 

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com