Scroll to top

Tuesday, August 26, 2014

Persediaan menghadapi UPSR 2014


PESERTA Program Kecemerlangan Pelajar UPSR 2014 anjuran Kumpulan UMW

UTUSAN Online menyiarkan berita Program Kecemerlangan Pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 anjuran Kumpulan UMW amat membantu sekolah dalam meningkatkan prestasi akademik murid, kata Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Banting, Mohd. Fadzil Hamdan.

Tuesday, August 19, 2014

Pugsom akan dibantu


Gambar dari mStar Online

Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan Universiti Perdana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pelajar-pelajar di Sekolah Graduan Perubatan Universiti Perdana (Pugsom).

Sebuah portal dalam talian pada Isnin malaporkan Sekolah Perubatan Universiti Johns Hopkins yang berpangkalan di Amerika Syarikat telah menamatkan kontrak dengan Pugsom bulan lepas.

Kibarkan Jalur Gemilang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan Konvoi Merdeka Jalur Gemilang pada majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang. 
Gambar dari Astro Awani Online

Seperti tahun-tahun lepas pada Bulan Kemerdekaan, Jalur Gemilang juga harus dikibarkan setinggi, sebanyak dan semegah mungkin pada tahun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Monday, August 18, 2014

Mengawal jumlah siswazah perubatan baharu bagi mengelakkan berlakunya kebanjiran doktor


KAMALANATHAN: Kita mengambil keputusan ini setelah berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) - Foto Astro AWANI

Kerajaan menawarkan tempat kepada hanya 418 pelajar yang benar-benar layak untuk mengikuti jurusan perubatan (Ijazah Pertama) ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pengambilan tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan berkata tawaran tempat yang terhad itu adalah bagi mengawal jumlah siswazah perubatan baharu dan mengelakkan berlakunya kebanjiran doktor baharu di pasaran kerja.

Sunday, August 17, 2014

Khalid tunggu titah Sultan pada 27 Ogos

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
Gambar dari Sinar Harian Online

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung jawatan menteri besar sehingga baginda kembali ke tanah air pada 27 Ogos ini.

Saturday, August 16, 2014

Neelofa bukan mudah didekati


Gambar dari Sinar Harian Online

SEJAK menjuarai Dewi Remaja dan mula berkecimpung dalam industri sekitar empat tahun lalu, nama Noor Neelofa Mohd Noor sering menjadi perhatian ramai.

Jika diselak lembaran diari anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini, pelbagai onak ranjau sudah dilalui meskipun tempoh perjalanan tersebut masih belum jauh.

Cinta Allah mengatasi segalanya


Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

ALHAMDULILLAH, dalam kehidupan kita sentiasa diuji sementelah lagi dunia ini sebagai tempat ujian terutama pautan dunia dan harta benda. Dengan semangat menginsafi akan hakikat kita sebagai khalifah Allah di muka bumi, sewajarnya kita memahami tugasan kita sebagai pendakwah dalam meninggikan syiar agama-Nya.

Friday, August 15, 2014

Kesempurnaan solat berjemaah


Susunan HASHNAN ABDULLAH

SOLAT berjemaah bukan sahaja mengukuhkan hubungan sesama individu yang bersolat, malah melaksanakannya seseorang itu akan mendapat gandaan pahala berbanding solat yang dilakukan secara bersendirian. Antaranya, terlepas daripada belenggu munafik dan seksaan neraka.

Palestin Akan Menjadi Bumi Jihad Sehingga Akhir Zaman



Mu’awiyah bin Abi Sufyan berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda,” Akan sentiasa ada sekelompok umatku yang menegakkan agama Allah, orang-orang yang memusuhi mereka dan tidak mahu menyokong mereka sama sekali tidak akan mampu menimpakan bahaya terhadap mereka. Demikianlah keadaannya hingga akhirnya datang urusan Allah.

Tuesday, August 12, 2014

Puasa enam Syawal

Imej dari Google

Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD

SETELAH sebulan menghadapi cabaran Ramadan, sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan kemuncak kepada kegembiraan bagi umat Islam setelah tamat melakukan kewajipan yang disyariat dalam rukun Islam ketiga itu.

Monday, August 11, 2014

Guru berperanan laksanakan dasar-dasar pendidikan


Gambar dari UTUSAN Online

UTUSAN Online memuatkan berita pendidikan mengenai guru yang memainkan peranan utama dalam melaksanakan dasar pendidikan yang digariskan oleh kerajaan selaras dengan usaha menaik taraf sistem sedia ada, khususnya bermula dari peringkat rendah.

Pengetua Sekolah Menengah Sri KDU, Datin Ong Guan Siew (gambar) berkata, guru perlu bergerak bersama murid-murid dalam sesi pembelajaran dengan menumpukan kepada kemahiran berfikir ke arah meningkatkan daya kefahaman dan kebolehan berinteraksi di dalam kelas secara berkumpulan ataupun individu, sejajar dengan 6 Aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 .

Sunday, August 10, 2014

SK dan SMK setanding dengan kualiti antarabangsa


Idris Jusoh (kiri) melihat demonstrasi persolekan semasa menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.
Gambar dari UTUSAN Online

UTUSAN Online memaparkan berita tentang transformasi bidang pendidikan yang turut memfokuskan kepada sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK) berjalan lancar dan kini berada di landasan tepat menjadikan sistem pendidikan awal yang ditawarkan di negara ini setanding dengan kualiti antarabangsa.

Saturday, August 9, 2014

MPPK menyarankan KPM melaksanakan 10 perkara


Dr. Abdul Rahman Arshad Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK)
(gambar dari UTUSAN Online)

Utusan Online menyiarkan berita berkenaan isu pendidikan di negara kita di mana ia perlulah seiring dengan inisiatif kerajaan memacu tahap pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi, Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK), Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad menyarankan Kementerian Pendidikan melaksanakan 10 perkara yang perlu diberi keutamaan.

Blog Archive