Scroll to top

Monday, August 18, 2014

Mengawal jumlah siswazah perubatan baharu bagi mengelakkan berlakunya kebanjiran doktor


KAMALANATHAN: Kita mengambil keputusan ini setelah berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) - Foto Astro AWANI

Kerajaan menawarkan tempat kepada hanya 418 pelajar yang benar-benar layak untuk mengikuti jurusan perubatan (Ijazah Pertama) ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pengambilan tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan berkata tawaran tempat yang terhad itu adalah bagi mengawal jumlah siswazah perubatan baharu dan mengelakkan berlakunya kebanjiran doktor baharu di pasaran kerja.

Sebanyak 1,163 pelajar yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 telah memohon untuk jurusan perubatan tetapi hanya 418 tempat sahaja ditawarkan dan pengambilan pelajar juga bergantung pada sesi temuduga.

Kerajaan mengambil keputusan ini setelah berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Beliau berkata baki pelajar yang tidak dapat tempat dalam bidang perubatan telah ditawarkan kursus lain yang masih relevan dan berkaitan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas aduan mengenai pelajar-pelajar yang mempunyai keputusan 4.0 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matrikulasi tetapi gagal mendapat tawaran jurusan perubatan di IPTA.

Kamalanathan bagaimanapun menyeru semua pelajar yang tidak mendapat tempat di IPTA supaya membuat rayuan kepada Kementerian Pendidikan melalui laman sesawang rasmi kemasukan di upu.moe.gov.my sebelum 23 Ogos ini.

Keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA selepas pendaftaran pelajar baharu.

Terdapat sejumlah 37,467 telah mendapat tawaran di IPTA, mungkin ada pelajar yang tidak selesa dengan kursus mereka. Saya syorkan mereka terima kursus berkenaan dan daftar dulu. Kemudian tulis surat rayuan terus kepada universiti berkenaan.

Katanya, kementerian pendidikan juga memastikan semua pelajar yang mempunyai PNGK 4.00 mendapat tawaran di IPTA bagi sesi Akademik 2014/2015.

Kamalanathan berkata dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA adalah berdasarkan prinsip meritokrasi termasuk 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum tanpa mengira agama, bangsa, keturunan dan negeri.

Beliau berkata terdapat banyak bidang lain termasuk bidang perundangan, kejuruteraan dan komunikasi yang masih boleh diceburi oleh pelajar serta kesemua bidang ini mampu memberi masa depan yang cerah.

Pelajar yang mendapat tempat di IPTA harus bersyukur kerana terdapat 29,821 calon yang layak tidak mendapat sebarang tawaran, katanya.

Seramai 37,467 daripada 74,071 iaitu 55.6 peratus calon telah berjaya mendapat tawaran di 20 IPTA bagi sesi akademik 2014/2015.

Daripada jumlah itu, seramai 21,800 calon (58.2 peratus) adalah daripada aliran Sains manakala 15,667 (41.8 peratus) daripada Sastera.

Mengikut jantina pula, sebanyak 26,030 atau 69.6 peratus adalah pelajar wanita manakala 11,437 atau 30.5 peratus adalah lelaki.

2 comments:

  1. Bagaimana dengan Kebanjiran Doktor lulusan luar Negara? Terdapat pelajar SPM Gred 3 aliran sastera diterima menjadi doktor di Universiti Luar Negara. Seterusnya akan menjadi doktor tidak berkualiti apabila bertugas nanti. Sebaliknya pelajar dengan Gred CGPA 4 akan menjadi doktor SANGAT berkualiti. KENAPA KUALITI DOKTOR LULUSAN LUAR NEGARA (RUSSIA INDIA PAKISTAN BANGLADESH) DAN LULULAN IPTS TIDAK DIPANTAU? KENAPA HANYA IPTA MENJADI MANGSA?

    ReplyDelete
  2. Ketahuilah bahawasanya pelajar perubatan di India, Pakistan Bangladesh tidak perlu CGPA 4 untuk menjadi Doktor!!! Cukup dengan wang di bawah meja dalam kuantiti yang banyak sudah boleh enroll masuk ke dlm Medical School di India dan negara yang seumpamanya walaupun budak itu SPM nya gred 2 atau Gred 3 Aliran Sastera!!! Budak ini akan gagal berulang ulang kali hingga ada yg gagal lebih 20 kali Exam!! Namun, pihak kolej swasta di sana masih terima budak ini belajar sebab ibu bapa mereka kaya sanggup bayar Cap Money (Yuran Pengajian) yg tinggi!!! Semuanya Money Oriented !!! Kualiti jadi hampeh. Akhirnya budak Medic tak berkualiti ini akan Graduates juga masa umurnya 40an baru dia nak jadi Housemen... Wahai Saudaraku ketahuilah nasib sebenar yang menimpa kamu sekarang!!! Itu sebab banyak Doktor tak ada kualiti sekarang. Sangat sayang dan sangat rugi kerana students yang benar benar berkualiti dan benar benar layak jadi doktor diketepikan hak mereka mentah mentah!!! Apa nak jadi dah dengan Malaysia ini!!!

    ReplyDelete

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com