Scroll to top

Monday, August 11, 2014

Guru berperanan laksanakan dasar-dasar pendidikan


Gambar dari UTUSAN Online

UTUSAN Online memuatkan berita pendidikan mengenai guru yang memainkan peranan utama dalam melaksanakan dasar pendidikan yang digariskan oleh kerajaan selaras dengan usaha menaik taraf sistem sedia ada, khususnya bermula dari peringkat rendah.

Pengetua Sekolah Menengah Sri KDU, Datin Ong Guan Siew (gambar) berkata, guru perlu bergerak bersama murid-murid dalam sesi pembelajaran dengan menumpukan kepada kemahiran berfikir ke arah meningkatkan daya kefahaman dan kebolehan berinteraksi di dalam kelas secara berkumpulan ataupun individu, sejajar dengan 6 Aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 .

Fokus pembelajaran lebih kepada bagaimana para pelajar boleh lulus cemerlang dalam peperiksaan, tetapi anjakan perlu dibuat yang mana guru harus melakukan lebih daripada sekadar mengajar dengan meningkatkan kemahiran berfikir termasuk aspek pembangunan kendiri murid-murid.

Seharusnya guru akan menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran tetapi sekiranya mereka ketinggalan atau sukar memahami sesuatu topik, guru akan membimbing mereka untuk melalui proses pemikiran bagi mencari jawapan yang betul," katanya di sini baru-baru ini.

Beliau yang juga ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) berkata, penglibatan guru-guru bersama murid-murid untuk memberi bimbingan di dalam kelas mampu meningkatkan keberhasilan proses pembelajaran.

Murid-murid akan dapat berfikir dan berinteraksi bersama guru semasa belajar, hasil pembelajaran akan bertambah di samping itu murid berjaya mendapatkan jawapan sendiri berdasarkan kefahamannya, mereka akan dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih baik serta berkebolehan mengingat dengan lebih lama.

Kaedah ini yang lebih efektif berbanding mereka diajar di dalam kelas secara menyalin nota, menghafal dan seterusnya menduduki peperiksaan.

Sementara itu beliau berkata, daripada segi konteks sukatan pembelajaran, perubahan besar tidak semestinya perlu dilakukan tetapi lebih memfokuskan kaedah pengajaran dan pendekatan antara guru dan murid-murid di dalam kelas.

Apa yang diajar di seluruh dunia sedikit sahaja perbezaannya. Kita belajar topik yang sama di negara-negara lain misalnya Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom, tetapi yang membezakannya adalah cara pelajar belajar topik tersebut dan ini yang perlu kita tekankan.

Oleh itu, perubahan dalam kurikulum pembelajaran mungkin tidak diperlukan namun sekiranya perlu, perkara itu tidak melibatkan perubahan yang besar.

Tambahnya, kemampuan berfikir yang tinggi secara tidak langsung membolehkan pelajar mendapat pencapaian akademik cemerlang sekali gus mempertingkatkan tahap sistem pendidikan negara walaupun perubahan tidak semestinya dapat dilihat dalam tempoh sekejap selain memakan masa yang lama.

Jika kita sudah menetapkan standard sendiri di peringkat nasional, kita tidak perlu bimbang tentang piawaian antarabangsa kerana sekiranya kita mampu mencapai standard tersebut, taraf pendidikan dalam negara juga ditingkatkan.

Jadi tahap prestasi murid perlu ditetapkan dan ditingkatkan dari semasa ke semasa supaya kita bersedia untuk bersaing ke peringkat seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com