Scroll to top

Wednesday, November 19, 2014

Azmin tidak mahu cenderamata waktu turun padang


Surat pekeliling bertarikh 13 November itu dikeluarkan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan diedarkan kepada semua ketua jabatan/agensi, pegawai daerah, yang dipertua majlis perbandaran dan datuk bandar serta semua yang mengetuai pentadbiran negeri.

"Dimaklumkan yang menteri besar mengarahkan tiada sebarang pemberian cenderamata kepada beliau oleh jabatan/agensi kerajaan semasa program turun padang dilaksanakan.




"Sehubungan itu, bagi memastikan arahan tersebut dilaksanakan, maka jabatan/agensi kerajaan tidak dibenarkan memberi cenderamata kecuali yang berbentuk buku laporan atau seumpama dengannya," memetik daripada surat pekeliling SUK bilangan 4 tahun 2014.



Arahan itu dibuat ketika perbelanjaan kerajaan negeri menjadi tumpuan susulan bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membayar RM2.6 juta pampasan atau “golden handshake” kepada beberapa pembantu beliau sebelum meletak jawatan pada September.

Dalam dokumen yang dilihat The Malaysian Insider, RM2.27 juta dibayar sebagai pampasan, berserta RM376,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan dikatakan dibayar kepada 8 pembantu Khalid.

Dokumen tersebut menunjukkan jumlah terbesar bayaran tersebut diberi kepada Faekah Husin, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat milik kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI). Beliau didakwa menerima RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.

Setiausaha akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz didakwa dibayar RM358,000 pampasan dan RM55,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan sementara setiausaha politiknya Mustapa Mohd Talib didakwa dibayar RM265,000.

Pada Ahad, Azmin mengakui terdapat elemen salah laku dalam isu itu dan mengatakan MBI akan membincangkan perkara tersebut minggu ini bagi langkah seterusnya.

Satu sumber memberitahu The Malaysian Insider, penyiasatan awal Jabatan Audit Kerajaan Negeri Selangor mendapati prosedur yang betul tidak diikuti dan bayaran tersebut dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.

Jabatan tersebut masih lagi melihat aspek lain seperti terma pampasan dan sekiranya ahli lembaga pengarah MBI sedar bayaran yang begitu besar dilakukan.

Azmin dilihat ingin membawa perubahan dalam pentadbirannya sejak mengangkap sumpah pada 23 September.

Difahamkan, antara janjinya, beliau mahu menjadi pemimpin negeri yang lebih kerap turun padang bertemu rakyat daripada berada di pejabat dan mahu dilihat lebih kerap berpakaian biasa daripada memakai tali leher dan kot.

Awal bulan lepas, beliau melakukan terjahan ke pusat pelupusan sampah di Sungai Kertas dan menyerbu lori tanpa permit yang sesuka hati membuang sampah di sana.

Dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Beruntung hujung bulan lepas, Azmin sekali lagi melakukan terjahan ke kawasan itu bagi melihat sendiri apa yang berlaku dan mengumumkan peruntukan segera RM500,000.

Awal bulan ini pula, beliau mendedahkan nombor telefon bimbitnya di media sosial, menggesa rakyat Selangor memaklumkan kepadanya sekiranya melihat sampah yang belum dikutip.

Azmin juga mengakui program turun padang yang dilaksanakannya setiap minggu merupakan inspirasi daripada Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) yang mengangkat sumpah bulan lepas.

Katanya, beliau akan mengaplikasikan dalam corak pentadbirannya cara Jokowi ketika bertugas sebagai Gabenor Jakarta, di mana majoriti tugasnya bersama rakyat berbanding di pejabat.

“Saya kenal Bapak Jokowi dan pernah mengunjunginya tahun lalu, Jokowi kata kepada saya… Azmin, masa saya hanya 20% di pejabat, selebihnya di lapangan bersama rakyat.

“Ya, saya mahu tiru cara dia, kerana itu, saya komited untuk sentiasa bersama rakyat dan mendengar keluhan hati mereka,” katanya pada satu pertemuan dengan penjawat awam daerah Sabak Bernam. – 19 November 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/azmin-tidak-mahu-cenderamata-waktu-turun-padang#sthash.qqsVNsoT.dpuf

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)
www.e-referrer.com