Scroll to top

Thursday, September 10, 2015

Cipta rekod demi dakwah



Oleh MOHD. AFIQ ZULKIFLI

IMPIAN dan usaha Sirajudeen Kamal Batcha, 28, untuk mendapat pengiktirafan The Malaysia Book Of Records dengan mencipta ukiran cermin terpanjang bukanlah bertujuan untuk meraih populariti.

Sebaliknya, beliau mahu memperkenalkan kepada umum tentang seni ukiran cermin dan khat kufi yang selama ini hanya dipelopori golongan berumur.

Atas landasan itulah Sirajudeen meletakkan harapannya untuk melakar rekod individu pertama mencipta ukiran cermin terpanjang di Malaysia melalui ukiran nama-nama Allah (Asma Ul Husna) serta Allah dan Muhammad.

"Melalui projek ini, saya mahu kongsikan kepada masyarakat ukiran cermin yang masih kurang mendapat tempat dalam kalangan generasi muda kini. Pada masa yang sama, mesej yang lebih besar adalah untuk berdakwah.

"Jika pada masa kini, seni visual biasanya didominasi oleh lukisan, arca dan seramik, namun ukiran cermin ini juga merupakan salah satu cabangnya.

"Oleh itu, saya berhasrat menjadi perintis dalam penghasilan ukiran cermin ini. Saya berharap dapat mengubah persepsi masyarakat supaya ia dapat diterima dengan lebih luas suatu masa nanti," kata Sirajudeen.

Menurut Sirajudeen, ukiran cermin yang dihasilkan itu adalah melalui kaedah mengukir di belakang bahagian cermin secara songsang dengan membuang selaput aluminium perak. Seterusnya ia digosok dengan bahan kimia tertentu untuk membentuk sesuatu imej yang dikehendaki.


ANTARA koleksi ukiran cermin milik Sirajudeen yang dipamerkan di Galeri Pelita Hati, Bangsar, Kuala Lumpur sempena Pameran Urban Show tahun lalu.

"Keseluruhan proses ukiran tersebut adalah seratus peratus menggunakan kemahiran kerja tangan yang halus. Ia memerlukan ketelitian dan kesabaran bagi menghasilkan ukiran cermin yang berkualiti," katanya.

Pada ukiran cermin terpanjang yang sedang dalam perancangannya, Sirajudeen mahu mengukir setiap satu khat kufi di atas sekeping cermin dan melibatkan 102 keping cermin. Jumlah panjang ukiran cermin yang akan diukir ialah 62.18 meter iaitu selebar dua kaki (0.61 meter) setiap satu.

Kata Sirajudeen: "Jika projek ini berjaya, The Malaysia Book Of Records akan mengiktirafnya sebagai ukiran cermin terpanjang oleh individu dalam kategori Manusia dan Pencapaian.

Selain itu, sepanjang projek berkenaan dijalankan, orang ramai berpeluang untuk melihat lebih dekat proses ukiran cermin dihasilkan sehingga ia siap sepenuhnya.

Sokongan penuh

Projek ukiran cermin terpanjang tersebut dijadualkan bermula pada pertengahan Februari sehingga 21 Mei nanti.

Sehingga kini, secara teknikalnya Sirajudeen telah bersedia untuk melakukan percubaan tersebut dan sudahpun mendapat sokongan penuh daripada beberapa badan tertentu.

Sebagai contoh, Sirajudeen telah mendapat pelepasan daripada pihak rumah kreatif bagi pakar kaligrafi Islam, Karya Kufi, untuk menggunakan semula khat kufi asal Asma Ul-Husna manakala Seni Galeri Shah Alam pula memberi keizinan menjadi lokasi percubaan ukiran cermin yang akan dilakukan nanti.


SIRAJUDEEN menunjukkan antara karya menarik ukiran cermin yang dihasikannya sebelum ini.

Namun demikian, bagi merealisasikan projek tersebut, Sirajudeen memerlukan dana sebanyak RM154,000 untuk menampung kos keseluruhannya.

Justeru, beliau berharap akan ada individu atau pihak tertentu yang berminat menghulurkan sumbangan sekali gus menjayakan hasratnya itu.

"Jika ada individu yang mahu membantu saya, ukiran cermin Asma Ul-Husna serta Allah dan Muhammad ini akan menjadi miliknya.

"Pada masa sama, saya juga bercadang supaya ukiran cermin ini dipasang di Masjid Tuanku Mizan Zainal, Putrajaya kerana ia mampu menambah daya tarikan dan menjadi warisan seni kepada negara, namun itu semua bergantung kepada persetujuan pendermanya," kata Sirajudeen.

Tertarik hati

Berkongsi cerita tentang jejak beliau dalam dunia seni tersebut, Sirajudeen berkata, idea berkenaan tercetus pada tahun 2009 setelah beliau tertarik melihat seorang kawannya yang mahir membuat khat dengan menggunakan cermin sebagai hadiah perkahwinan.

"Disebabkan ukiran cermin ini masih baharu dan tidak ramai yang mahir menghasilkannya, saya membuat keputusan untuk belajar dengan secara serius.

"Mengukir di atas cermin bukanlah sesuatu yang mudah, kita perlu berhati-hati kerana ia mudah patah dan pecah," katanya yang mengambil masa dua tahun untuk memahirkan dirinya.

Tambah Sirajudeen, beliau memilih cermin kerana ia tahan lama dan kekal berbanding dengan seni ukiran lain yang cepat rosak.




"Meskipun menghadapi kesukaran pada awalnya, berkat kesungguhan dan latihan tanpa jemu, perkara ini akan menjadi mudah," katanya yang sebelum ini melibatkan diri dalam seni lukisan.

Menurut Sirajudeen, ukiran cermin yang diukirnya mempunyai maksud tertentu bergantung kepada gambar yang diambil.

"Sebagai contoh, ukiran cermin Mahkamah Besar Pulau Pinang membawa erti dalam sebuah kehidupan keadilan menjadi matlamat utama.

"Ukiran jalan di hadapan bangunan mahkamah tersebut pula memberi makna hidup mesti diteruskan walaupun setiap manusia mempunyai cabaran.

"Laluan yang berbeza pula diterjemahkan melalui mod pengangkutan iaitu ada yang berbasikal, berkereta ataupun bermotosikal," ulas Sirajudeen berfalsafah.

Selain itu, Sirajudeen menjelaskan cermin juga sangat unik untuk dijadikan ukiran kerana ia begitu sinonim dan dekat dalam kehidupan harian.

"Kita sering mendengar istilah dalam bahasa Melayu iaitu 'cermin diri'. Ia merujuk sebagai medium untuk kita kembali menilai diri sendiri dengan melakukan muhasabah supaya kita kembali ingat kepada Tuhan," katanya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Urban&pg=ur_01.htm#ixzz3lKUXd1kA

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Artikel Islam (28) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (25) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari Astro Awani (9) Petikan Akhbar dari BH Online (9) Berita Agama (8) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Ibadah Haji (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Artikel dari Penulis Popular (3) Berita Artis (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Pemimpin Negara (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perkhidmatan Awam (1) Berita Perubatan (1) Berita Roda (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Internet Sumber Pendapatan Tambahan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com