Scroll to top

Wednesday, September 16, 2015

Penutupan sekolah libatkan 1.523 juta pelajar


Mahdzir Khalid

15 SEPTEMBER 2015

KUALA LUMPUR - Sekolah di tiga buah negeri dan dua kawasan Wilayah Persekutuan yang ditutup hari ini akibat keadaan jerebu yang semakin teruk hanya akan dibuka semula setelah Indeks Pencemaran Udara (IPU) menurun kepada 150.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penutupan sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka itu terpaksa dilakukan demi kesihatan murid dan pelajar setelah indeks IPU meningkat daripada tahap tidak sihat kepada sangat tidak sihat malam tadi.

katanya sebanyak 2,045 sekolah melibatkan 1.523 juta pelajar terbabit dalam penutupan hari ini.

"Penutupan sekolah-sekolah terpaksa dibuat lewat malam tadi kerana kita dapati indeks IPU meningkat kepada 195 dan ia dijangka akan meningkat lagi," katanya kepada pemberita di Institut Pendidikan Guru Malaysia di sini, hari ini.

Lewat malam tadi, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan mengumumkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup hari ini berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk.

Sementara itu, Mahdzir berkata pihaknya juga sedang memantau secara dekat keadaan jerebu melibatkan negeri Perak, Pahang dan Terengganu kerana ia juga didapati semakin teruk.

IPU antara 0 dan 50 dikategori baik, 51 hingga 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 adalah tidak sihat, 201 hingga 300 adalah sangat tidak sihat dan 300 ke atas adalah berbahaya.

Mengikut prosedur, sekolah hanya akan ditutup apabila IPU mencecah 200 mengikut penetapan Jabatan Kesihatan serta Jabatan Alam Sekitar.

Pagi ini, keadaan jerebu masih berterusan dengan IPU di 34 kawasan di seluruh negara masih pada tahap tidak sihat.

Masalah jerebu turut semakin teruk di negara jiran dengan Indonesia hari ini mengisytiharkan Riau sebagai kawasan darurat kerana jerebu berada di tahap sangat berbahaya, manakala keadaan berjerebu masih berterusan di Singapura dengan kualiti udara kekal pada tahap tidak sihat.

Mahdzir berkata kementeriannya dan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan memantau dan memaklumkan masa yang sesuai untuk sekolah dibuka semula.

Beliau menegaskan walaupun sekolah ditutup tetapi guru masih perlu hadir bertugas ke sekolah kerana itu adalah peraturan yang ditetapkan.

Katanya pihaknya juga masih berbincang sama ada untuk menggantikan hari persekolahan yang ditutup itu akibat masalah jerebu.

Ditanya sama ada pihaknya akan membuat kajian semula terhadap tahap IPU penutupan bagi sekolah, Mahdzir berkata pihak akan mengadakan kajian dengan pelbagai pihak termasuk pakar-pakar bersama Jabatan Meteorologi dan Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata setakat ini indeks IPU itu masih kekal dan jika keadaan jerebu berada pada tahap 150, semua aktiviti luar kelas tidak dibenarkan dijalankan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Artikel Islam (28) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (25) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari Astro Awani (9) Petikan Akhbar dari BH Online (9) Berita Agama (8) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Ibadah Haji (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Artikel dari Penulis Popular (3) Berita Artis (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Pemimpin Negara (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perkhidmatan Awam (1) Berita Perubatan (1) Berita Roda (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Internet Sumber Pendapatan Tambahan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com