Scroll to top

Thursday, September 3, 2015

Gen2 BMW X6 M lebih dinamik


BMW X6 lebih maskulin dengan talaan M.



BMW Group Malaysia memperkenalkan kedatangan generasi kedua model Sports Activity Coupe (SAC), BMW X6 M ke pasaran Malaysia. Kehadiran model tersebut sekali lagi akan menetapkan tanda aras baharu dalam segmennya menerusi reka bentuk emotif, kuasa yang unggul dan prestasi dinamik serta kecekapan cemerlang.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata, lima tahun yang lalu, pengenalan generasi pertama BMW X6 M menandakan satu lagi kejayaan buat BMW daripada segi kecemerlangan dinamik, reka bentuk M dan kecekapan terbaik.

"Dengan reka bentuk revolusioner yang menggabungkan ketangkasan dan reka bentuk olahraga BMW Coupé bersama keupayaan prestasi tulen khas ciptaan jabatan BMW M membolehkan BMW X6 M menyampaikan pengalaman premium dan juga membuktikan keupayaan BMW untuk terus merealisasikan kenderaan konsepnya ke tahap yang lebih tinggi," katanya.


Watak yang berbeza

Generasi kedua kali ini menampilkan ciri-ciri khusus M. Bahagian hadapannya didominasi gril double-bridged kidney M yang lebar dan tiga jeriji bahagian udara yang besar di bawahnya membentuk penampilan tersendiri kenderaan.

Watak dinamik pula diserlahkan menerusi rekaan ala coupe yang menggabungkan garisan bumbung yang rendah dan bersama skirting tepi M. Garis bahu yang berotot dan spoiler belakang menarik perhatian pengguna lain dan penggunaan ekzos daripada lencana M yang dibesarkan sebanyak 10 milimeter melengkapkan penampilan luaran X6.

Selain itu, ciri motosport (M) BMW turut dilihat pada lengan berkembar cermin luar dengan penunjuk arah bersepadu, insang di belakang roda hadapan, dan rim aloi 21 inci yang ringan.

Ciri motosport bukan hanya sekadar pada bahagian kosmetik sahaja. Pihak BMW turut menala bahagian casis yang memberikan pengendalian kelas pertama. BMW X6 M kini tinggi badannya diturunkan sebanyak 10 milimeter. Bahkan pengubahsuaian casis M sport turut melibatkan spring yang lebih keras dengan kerjasama sistem anti olengan Pemanduan Dinamik aktif. Hasilnya BMW X6 M menerima pengurangan ketara daripada segi kecondongan sisi dan olengan badan ketika melalui selekoh pada kelajuan tinggi.

Dengan bantuan Kawalan Prestasi Dinamik dapat mengurangkan gejala understeer sekali gus menjadikan pengambilan selekoh jauh lebih menyeronokkan. BMW X6 M juga dilengkapi dengan suspensi belakang pneumatik sebagai standard.

Kesemua peningkatan berkenaan dan Dynamic Damper Control dengan pelarasan redaman secara elektronik bagi mod pemanduan COMFORT, SPORT dan SPORT + memastikan keseimbangan yang sempurna antara pemanduan dinamik dan keselesaan.

Bahagian gandar X6 juga direka bentuk baharu yang dibangunkan khas bagi tayar tidak bocor dan sistem pacuan semua roda xDrive talaan M. BMW X6 M juga memastikan cengkaman tarikan di atas jalan raya dan mengagihkan kuasa yang sempurna di antara gandar depan dan belakang yang membolehkan daya tarikan optimum dalam semua keadaan.

Sementara itu, sokongan tambahan daripada M Servotronic iaitu sistem stereng rak-dan-pinan dengan kelajuan elektrik bergantung kepada pelarasan stereng kuasa elektrik. Pemandu juga boleh menyesuaikan parameter berat stereng dengan adanya butang Driving Dynamic yang boleh memilih karakteristik stereng mengikut pilihan pemandu.

Menyentuh soal mekanikal, BMW X6 M dilengkapi enjin 4.4 liter V8 M TwinPower Turbo yang mampu menyampaikan kuasa 575hp iaitu tambahan 20hp berbanding sebelumnya dan tork 750Nm dengan peningkatan 10 peratus.

Menerusi kuasa berkenaan membolehkan BMW X6 M memecut dari sifar sehingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 4.2 saat. Penggunaan bahan api dan pelepasan emisi juga telah dikurangkan lebih daripada 20 peratus masing-masing kepada hanya 11.1l / 100km dan 258g / km.

Penghantaran kuasa ke roda dibantu dengan transmisi M Steptronic 8-kelajuan baharu dengan Drivelogic. Dengan adanya Drivelogic membolehkan perubahan peningkatan kuasa luar biasa halus antara gear dan pertukaran pesat yang memudahkan penghantaran kuasa optimum pada semua kelajuan.

Dibangunkan untuk prestasi sukan yang terkenal, kokpit BMW X6 M datang dengan struktur yang jelas, ergonomik berkualiti tinggi dan pandangan yang tiada tandingan.

Ciri-ciri sporty kereta dipertingkatkan dengan stereng tiga jejari kemasan kulit M dengan pedal shifter. Lencana M juga boleh dilihat pada bahagian kerusi.

BMW X6 M juga dilengkapi dengan ciri-ciri instrumen kelompok M dengan paparan sistem dinamik khusus-M dan Menu M Drive pada Kawalan Paparan untuk menyesuaikan karakteristik pemanduan melalui butang M Drive pada stereng.

BMW X6 M juga tiba dengan BMW ConnectedDrive yang merangkumi Navigation System Professional terkini yang dipertingkatkan dengan grafik yang lebih baik dan paparan peta 3D.

Lain-lain ciri-ciri tambahan untuk BMW X6 M termasuk Paparan Head-Up dengan pilihan pandangan khusus M untuk memaparkan gear dan barisan rev dengan lampu Shift.

Bagi pemandu yang ingin analisis yang mendalam mengenai cara pemanduan mereka, aplikasi catatan masa pusingan untuk telefon pintar juga boleh diakses melalui iDrive Controller. Harga jualan BMW X6 M ialah RM1,238 800.

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Artikel Islam (28) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (25) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari Astro Awani (9) Petikan Akhbar dari BH Online (9) Berita Agama (8) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Ibadah Haji (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Artikel dari Penulis Popular (3) Berita Artis (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Pemimpin Negara (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perkhidmatan Awam (1) Berita Perubatan (1) Berita Roda (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Internet Sumber Pendapatan Tambahan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com