Scroll to top

Monday, June 5, 2017

Perkhidmatan awam Malaysia antara terbaik di dunia


Rahman Dahlan

5 Jun 2017

PUTRAJAYA - Kejayaan Malaysia pada hari ini tidak akan dicapai tanpa perkhidmatan awam yang cemerlang dan antara terbaik di dunia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Katanya, beliau telah pergi ke banyak negara lain yang memperoleh kemerdekaan dalam tempoh hampir sama seperti Malaysia, tetapi tidak dapat mencapai tahap pembangunan yang dikecapi Malaysia seperti hari ini.

"Negara kita dikelilingi oleh pelbagai konflik (di negara lain) di utara, timur dan sebagainya, tetapi mengapa Malaysia dapat bertahan dan mungkin berada di hadapan kerana kita mempunyai salah satu perkhidmatan awam yang terbaik di dunia.


Ahli politik seperti saya datang dan pergi... tetapi Malaysia efektif kerana perkhidmatan awam. Terutamanya pada mesyuarat kabinet, saya sangat kagum apabila dokumen, kertas kerja, statistik terkini dan sebagainya semua ada di atas meja. Saya tidak tahu bagaimana mereka melakukannya" katanya.

Abdul Rahman berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Sekalung Budi Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff yang menamatkan perkhidmatannya hari ini.

Rahamat Bivi akan digantikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) EPU Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, berkuatkuasa Rabu ini.

Turut hadir pada majlis yang diadakan di EPU, di sini, ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S.K. Devamany dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Dalam pada itu, Rahamat Bivi dalam ucapannya, menyampaikan penghargaan kepada kerajaan kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menerajui EPU sejak 19 Okt 2011.

"Selama menerajui EPU saya mengaku saya memang garang, tetapi itu adalah untuk kebaikan bersama. Bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan kepada saya selama ini," kata Rahamat Bivi. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com