Scroll to top

Sunday, June 4, 2017

Proton dapat capai skala ekonomi dengan Geely




4 Jun 2017

KUALA LUMPUR - Faktor skala ekonomi yang tidak dapat dilaksanakan oleh pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd bagi jangka masa yang lama, kini dapat dicapai melalui pemeteraian perjanjian pakatan strategik baru-baru ini dengan Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd (Geely Holding) yang berpangkalan di China, menurut pengarah institut penyelidikan hari ini.

Dr Irwan Shah Zainal Abidin, Pengarah Institut Penyelidikan Perbankan dan Kewangan Asia di Universiti Utara Malaysia, berkata dengan perjanjian itu, rakyat Malaysia juga boleh menjangka penurunan harga kereta secara berperingkat pada masa akan datang, matlamat utama Dasar Automotif Nasional (NAP).

"Saya melihat kerjasama itu sebagai peluang besar bagi Geely melalui Proton untuk mengakses pasaran ASEAN yang mempunyai 600 juta penduduk. Bagi Proton, ia merupakan peluang untuk menembusi pasaran China yang luas," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, transformasi Volvo dalam tempoh kurang daripada lima tahun selepas diambil alih oleh pengeluar kereta dari China itu akan dilaksanakan di Proton juga, berikutan Geely adalah entiti yang dipacu pasaran.

Rekod prestasi syarikat itu menunjukkan ia telah memulihkan beberapa pengeluar kereta yang bermasalah. Melalui pembelian 49.9 peratus pegangan dalam Proton, pengasasnya, Li Shufu, sudah pasti yakin untuk meletakkan syarikat Malaysia itu kembali di landasan yang betul.

"Li Shufu ialah seorang usahawan dan usahawan yang bukan sahaja akan membeli sesuatu atas dasar pengambilalihan. Beliau telah mengkaji risiko dan daya maju, untuk jangka masa panjang dan pendek, dan dengan kapasiti pengeluaran Proton sebanyak 400,000 kereta yang kini kurang dimanfaatkan.

"Geely baru sahaja membuka kilang di London Taxi, khusus untuk mengusahakan model kereta elektrik dan hibrid, dan ini akan memberi impak yang positif kepada pengeluaran di Proton pada masa depan," kata Irwan Shah.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, minggu lepas yang sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Geely akan menyuntik platform kenderaan utiliti sukan (SUV) kepada Proton dan menawarkan SUV yang paling laris.

Langkah ini akan membolehkan Proton memasuki segmen baharu yang telah berkembang pesat sejak beberapa tahun lalu.

Syed Faisal juga berkata Geely menjadi rakan kongsi terbaik Proton susulan ia bersetuju untuk mengekalkan plat nama pengeluar kereta itu dan menyasarkan untuk mendapatkan kembali kedudukan nombor satu di negara ini.

Irwan Shah berkata sesetengah rakyat Malaysia, yang ragu-ragu terhadap kerjasama itu, adalah mereka yang masih percaya dengan cara lama dalam industri automotif dan tidak sedar kepada perubahan dalam trend dan model perniagaan.

Kerjasama terbaru ini merupakan satu daripada kebanyakan yang berlaku di seluruh dunia berikutan keuntungan industri adalah pengeluaran kereta yang berkualiti yang dapat bersaing dalam pasaran global dan terbuka. - Bernama

1 comment:

  1. Wynn Casino | Complaints - Dr.MCD
    I recently purchased 남원 출장마사지 a Wynn Resorts account 군포 출장안마 for $14.99 수원 출장안마 for $15.00 and got another 춘천 출장안마 $20.99 for that same amount with 부산광역 출장샵 the same deposit!

    ReplyDelete

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com