Paparan penuh...

SILA GUNAKAN GOOGLE CHROME DAN MOZILLA 3 KE ATAS SAHAJA. PAPARAN BEBERAPA WIDGET MUNGKIN TIDAK SESUAI JIKA MENGGUNAKAN IE8, SAFARI DAN OPERA.

Walit Stevia dan Walit Ginseng

Wednesday, August 25, 2010

Formula Bijak Sifir kaedah mengira secara cepat, mudah

Oleh Hazwan Faisal Mohamad


KAEDAH bijak sifir tidak memaksa murid menghafal, sebaliknya pendekatan itu membimbing mereka kepada teknik mudah menguasai sifir dan kebiasaannya masing-masing boleh berbuat demikian dalam tempoh dua hari. 

Formula yang dibangunkan selama tujuh tahun itu kata penulis buku Bijak Sifir, Muhamad Tajudin Mustafa, dilengkapi kaedah berkesan menguasai sifir satu hingga 12 secara sistematik.

Beliau yang juga graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris, berkata proses menguasai sifir itu dilaksanakan menerusi sesi bengkel yang menyasarkan murid Tahun Satu hingga Enam selain mempelawa mereka berminat menyertainya.

Katanya, setakat ini, peserta bengkel memberi maklum balas positif dan mereka hanya menguasai sifir menerusi teknik pembelajaran berkesan. Kaedah Bijak Sifir itu membantu mereka memahami konsep pengiraan secara mudah dan cepat. 

“Syarat asas peserta bengkel adalah dalam kalangan murid sekurang-kurangnya mengenali nombor dan mahir dalam operasi penambahan,” katanya. 

”Sejak dilancarkan dua bulan lalu, tujuh sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Coronation Park, SK Sumpitan, SK Temelong, SK Convent Aulong, SK St Francis, SK Banggol Belimbing dan SK Parit dari Perak menyertai program berkenaan,” katanya kepada Berita Harian, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Muhamad Tajudin, berkata idea menghasilkan formula itu tercetus berikutan fenomena pelajar lemah dalam mata pelajaran matematik sering dikaitkan dengan kegagalan mereka menguasai sifir dengan baik. 
Beliau berkata, kaedah konvensional yang dilaksanakan tidak berkesan hingga mendatangkan tekanan kepada mereka. 

Katanya, kaedah sedia ada juga memaksa murid menyanyi dan menjatuhkan hukuman jika gagal berbuat demikian. Keterangan lanjut teknik menguasai sifir boleh layar laman web, www.bijaksifir.com.my. 

sumber : Berita Harian

                                                         

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (93) Artikel Pilihan (34) Berita Dalam Negara (34) Makluman Terkini (34) Petikan Akhbar (32) Artikel Ilmuan Islam (23) Artikel Islam (23) Berita Guru (19) Berita Sosial (19) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Artikel Ibadat (13) Artikel Pendidikan (13) Berita Pilihan MPKB 90/93 (13) Berita Piala Dunia (12) Permohonan Akademik (12) Ulasan Berita (12) Berita Luar Negara (11) Berita Ekonomi (10) Berita MH370 (9) Berita Semasa (8) Berita Agama (7) Berita Kemalangan (6) Catatan Peribadi (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Politik (5) Huraian Hadis (5) Berita Permotoran (4) Pendapat (4) Berita Sukan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Teknologi (2) Berita Alam Sekitar (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Penulis Terkenal (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Artis (1) Berita Pekerja (1) Berita Pelik (1) Berita Perundangan (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Internet Sumber Pendapatan Tambahan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Akhbar Online Pilihan (1) Rencana Kesihatan (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com