Oleh SURYATI MOHD NOR
PELANCARAN rangkaian model saga baru, Saga FLX SE mampu memberi pilihan maksimum kepada pengguna, khasnya bagi golongan muda yang mementingkan gaya menarik dan selesa.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Saga FLX SE yang dilancarkan oleh Proton Holdings Bhd baru-baru ini dianggap sebagai kereta pilihan kerana kemampuan yang luar biasa dan nilai wang yang termasuklah penjimatan bahan bakar yang lebih baik, prestasi yang hebat dan pemanduan dan pengemudian yang cemerlang.
“Kombinasi enjin 1.6-liter Campro IAFM dengan transmisi automatik transmisi boleh laras berterusan (CVT) memberikan antaranya pengurangan penggunaan bahan bakar dengan tambahan empat peratus berbanding dengan Saga 1.6 liter pada masa ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Proton turut meletakkan sasaran menjual kira-kira 78,752 unit Saga dalam tahun kewangan semasanya yang berakhir 31 Mac, 2012, di mana ia menjangkakan Saga FLX SE yang baru ini akan dijual sebanyak 500 unit sebulan.
Selain tertumpu kepada harga mampu milik, ia juga turut menjadi perhatian kerana tahap ekonomi bahan api yang lebih baik dan sistem pengendalian yang luar biasa pada model itu pula akan memberikan lebih keseronokan pemanduan kepada setiap pemiliknya.
Manakala enjin CamPro pada model Saga FLX SE sebelumnya dapat dilihat pada model seperti Persona Elegance dan Saga FL 1.6, terbukti berkuasa apabila menghasilkan 108hp pada 5,750rpm dan 150Nm tork maksimum pada 4,000rpm.
Kombinasi enjin CamPro IAFM 1.6 liter dengan transmisi automatik CVT menghasilkan tork yang lebih baik, empat peratus pecutan lebih pantas, dan mengurangkan penggunaan bahan api pada kadar 4 peratus berbanding Saga FL 1.6 liter.
Walaupun harganya RM2,900 lebih tinggi daripada Saga FL automatik 1.6 liter pada masa ini, Saga FLX SE tampil memberi perubahan lapan hiasan luaran dan tiga hiasan dalaman. Kini harga yang ditawarkan adalah RM49,449.
Bahagian kabinnya pula, menyaksikan kusyen diperkemaskan dengan balutan kulit dan jahitan benang berwarna merah yang turut melibatkan roda stereng, kemasan panel pintu, brek parking dan tuil penukar gear.
Ia turut dipasangkan rim aloi 15 inci, kit badan lengkap dari kilang, lampu kabus dan kemasan lampu combi belakang dengan kesan ‘smoked’.
Saga FLX SE didatangkan dalam dua warna pilihan, Putih (Solid White) dan Merah (Fire Red) serta jaminan tiga tahun atau 100,000km, yang mana terdahulu.
Malah paling istimewa pengguna yang menempah Saga dan masih menantikan penghantaran boleh memilih untuk menukar tempahan mereka untuk mendapatkan Saga FLX SE.
sumber: mStar Online
No comments:
Post a Comment