Guru kaunseling yang membawa berita ini mungkin gembira atau sebaliknya adalah bergantung kepada tahap penerimaan guru tersebut. Jika dilihat senarai tugas memang banyak, tapi persoalannya adakah guru kaunseling di sekolah tidak menjalankan tugasnya dengan sepenuhnya atau dibeban dengan tugasan lain yang tidak berkaitan.
Hakikatnya, boleh kita lihat melalui luahan hati salah seorang bekas guru kaunseling di sekolah seperti mana berikut, "Saya merupakan kaunselor berdaftar, ahli perkama dan pernah memegang jawatan setiausaha kehormat Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan sebuah daerah di Selangor. Untuk pengetahuan semua saya merupakan salah seorang kaunselor yang telah ditemuduga dan telah diberikan peluang untuk 'berhijrah' ke IPG dibawah pentadbiran bahagian Psikologi KaunselingSesungguhnya profesion kaunseling merupakan satu bidang profesional yang hanya boleh dilaksanakan oelh mereka yang berkelulusan dalam bidang kaunseling.Maknaya apa sahaja tindakan dan amalan yang dilaksanakan dalam membimbing pelajar disekolah adalah berasaskan ilmu dan pendekatan yang konkrit dan kuat asasnya.
Situasi disekoalhlebih cenderung kepada persekitaran kerja yang 'caca merba'.Kaunselor lebih bertugas sebagai 'guru tugas-tugas khas'. Mereka adalah guru ganti kelas yang setia, menjadi tukang hias bilik dan pembina lanskap. Ramai juga yang menjadi penasihat badan beruniform, persatuan dan kelab dan lebih membebankan menjadi s/u peperiksaan ataupun sebagai s/u program pembnagunan akademik secara terus. Perkara ini dibangkitkan bukan bertujuan ingin lari dari bersama memikul tanggungjawab pendidikan. Tetapi golongan selain kaunselor mesti memahami siapakah guru kaunseling sebenarnya, mengapakah kabinet mewujudkan jawatan ini dan apakah bidang tugas sebenar kaunselor dalam menjalankan tugas di sekolah.
dalam hal ini guru mesti berubah dari melihat tugas 'guru kaunseling' mestilah mengajar di dalam kelas seperti guru-guru lain kepada tugas guru kaunseling yang utama adalah menjalankan tugas klinikal didalam bilik kaunseling."
Situasi disekoalhlebih cenderung kepada persekitaran kerja yang 'caca merba'.Kaunselor lebih bertugas sebagai 'guru tugas-tugas khas'. Mereka adalah guru ganti kelas yang setia, menjadi tukang hias bilik dan pembina lanskap. Ramai juga yang menjadi penasihat badan beruniform, persatuan dan kelab dan lebih membebankan menjadi s/u peperiksaan ataupun sebagai s/u program pembnagunan akademik secara terus. Perkara ini dibangkitkan bukan bertujuan ingin lari dari bersama memikul tanggungjawab pendidikan. Tetapi golongan selain kaunselor mesti memahami siapakah guru kaunseling sebenarnya, mengapakah kabinet mewujudkan jawatan ini dan apakah bidang tugas sebenar kaunselor dalam menjalankan tugas di sekolah.
dalam hal ini guru mesti berubah dari melihat tugas 'guru kaunseling' mestilah mengajar di dalam kelas seperti guru-guru lain kepada tugas guru kaunseling yang utama adalah menjalankan tugas klinikal didalam bilik kaunseling."
Tugasan guru kaunseling di sekolah yang sepatutnya sepenuh masa telah dibebankan dengan tugasan yang berikut;
SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN SEPENUH MASA (GBKSM)
Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan di sekolah.
Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
Mengelola dan melaksana aktiviti Bimbingan kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.
Merancang, melaksana mengawalselia perkhidmatan bimbingan / kaunseling individu secara professional dan beretika.
Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPMV dan STPM.
Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi.
Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan sesiapa sahaja yang memerlukannya.
Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
Menjadi ahli jawatankusa dalam Majlis Perancang Sekolah.
Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.
Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.
Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan, Penempatan ( Kemasukan ) pelajar ke sekolah.
Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.
Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.
Jadi, tambahan tugas tersebut memang baik, tapi biarlah peranan gur kaunseling dikembalikan semula sebagai mana sepatutnya supaya objektif pendidikan kita tercapai dan anak bangsa kita menjadi insan yang seimbang dan cemerlang sahsiah, akademik dan rohani.
sy sgt setuju..penat dh buat kerja yg bukan bidang kita..lama2 boleh hilang sifat2 dan peranan yg dh diterapkan semasa belajar dahulu..sampai bila kita akan terus begini?tiadakah satu lembaga / badan/di peringkat ppd,jpn dan kpm atau pn akta yg boleh mengawal sgala tugasan yg dikerahkan oleh pentadbir sekolah ke kaunselor? pentadbir kebanyakkan xmemahami apa itu kaunseling,dan xtau batas2 tugas seorg kaunselor sedangkan kaunselor juga berada di golongan profesional...
ReplyDelete