Scroll to top

Tuesday, October 2, 2012

15, 000 pelajar Kolej Vokasional ikuti SLDN pada 2013


Pelajar Kolej Vokasional Ikuti SLDN Dijangka 15,000 Tahun Depan

KAJANG, 2 Okt (Bernama) -- Enrolmen pelajar kolej-kolej Vokasional yang mengikuti Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), yang menekankan kepada bentuk latihan 70 peratus secara langsung di tempat kerja dan 30 peratus lagi di pusat latihan bertauliah; dijangka menjangkau 15,000 orang tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia selaras dengan kerjasama antara Kementerian Pelajaran (KPM) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang dimeterai pada Selasa, bagi melatih pelajar berkenaan sehingga ke peringkat diploma dalam 53 jenis bidang termasuk pengajian pertanian, pelancongan dan penerbangan.

Katanya dengan pendekatan latihan sebegini pelajar atau perantis akan dapat menjalani latihan dengan lebih berkesan kerana mendapat tunjuk ajar daripada pengajar yang berpengetahuan dengan kompeten dalam bidang berkaitan, di samping dapat dapat melaksanakan latihan menggunakan teknologi terkini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata antara tempoh 2006 sehingga tahun lepas, 31,968 perantis berjaya dilatih menerusi SLDN, yang melibatkan penyertaan 1,381 syarikat.

"Jabatan Pembangunan Kemahiran menetapkan sasaran 27,500 perantis lagi akan dilatih, bagi tempoh 2011 sehingga 2015, dengan pembabitan 967 syarikat. Jumlah ini dijangka bertambah sekali ganda dengan penyertaan Kolej Vokasional KPM dalam program SLDN ini," katanya semasa berucap pada 'Majlis Pelancaran SLDN di Kolej Vokasional KPM' dan 'Majlis Menandatangani Pernyataan Kerjasama KPM-KSM' di Dewan Seri Gemilang Sekolah Vokasional Kajang di sini.

SLDN diperkenalkan pada 2005 dengan menampilkan pendekatan baharu latihan kemahiran, yang membangunkan kecekapan pekerja berkemahiran berorientasikan industri dalam usaha melahirkan pekerja berpengetahuan (k-workers) bagi keperluan industri negara menjelang 2020.

Muhyiddin berkata ketika ini menerusi projek perintis, program SLDN sudahpun dilaksanakan di Sekolah Menengah Kajang dan Sekolah Menengah Vokasional Sungai Buloh, membabitkan bidang juruteknik kenderaan motor, juruteknik penyejukbekuan dan penyaman udara, serta bidang pengurusan ekuestrian; dengan kerjasama pihak industri seperti Perusahaan Otomobil Nasional (Proton), Majlis Ekuin Malaysia, dan Keretapi Tanah Melayu.

Beliau berkata pendidikan teknikal dan latihan vokasional harus dilihat sebagai menyediakan laluan utama ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dan seterusnya menjadi penyumbang utama kepada ekonomi berpendapatan tinggi negara.

Katanya kerajaan sedang menyediakan peluang yang lebih luas kepada lepasan latihan kemahiran, dengan memberi laluan kepada peningkatan kemahiran tahap lebih tinggi setara dengan kelayakan ijazah, bahkan jika boleh sehingga ke peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD).

"Amalan baik dari negara maju seperti Australia dan Jerman boleh dijadikan sebagai rujukan oleh Malaysia dalam merancang peluang latihan ke tahap lebih tinggi," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com