Besok bermula hari yang penting bagi semua calon PMR 2012. Setelah belajar selama tiga tahun bermula dari tingkatan satu sehingga ke tingkatan tiga pada tahun ini merupakan satu jangkamasa yang panjang jika masa tersebut dimanafaatkan sepenuhnya dengan melakukan persediaan mental, fizikal dan rohani sudah pastilah esok saat yang ditunggu-tunggu dengan penuh debaran dan persediaan.
Pelbagai program yang disusun oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG untuk membantu para pelajar ini membuat persediaan yang secukupnya. Program seperti kelas tambahan, ceramah kesedaran, program motivasi dan kem-kem menjawab soalan dan kem kecemerlangan. Tidak cukup dengan itu ibu bapa turut menghantar anak ke kelas-kelas tuisyen bagi subjek-subjek yang penting seperti matematik, sains, bahasa Inggeris dan geografi atau sejarah.
Di samping persediaan mental dan fizikal, persediaan spiritual juga penting terutama menjaga solat lima waktu dan ditambah dengan solat sunat hajat, solat dhuha dan qiamulail. Selain secara individu, bacaan surah Yasin secara mingguan iaitu pada setiap hari Jumaat diadakan pihak sekolah dan juga solat hajat dan bacaan Yasin Perdana sewaktu peperiksaan hampir menjelang.
Ibu bapa juga boleh melakukan beberapa amalan sunat semasa anak-anak sedang menghadapi peperiksaan seperti membaca surah Yasin, solat hajat, solat dhuha dan juga berpuasa sunat sepanjang peperiksaan berlangsung. Untuk memudahkan ibu bapa melakukan amalan spriritual tersebut di sini saya serta pautan jadual peperiksaan tersebut di bawah,
Semoga semua yang anak-anak kita usahakan dan lakukan semasa belajar di sekolah mahupun di luar sekolah berjaya dan diberkati Allah SWT. Secara khusus saya juga berdoa agar anak saya, Nur Solehah yang juga akan menghadapi peperiksaan itu esok dapat bersedia dengan jayanya, tenang menghadapi peperiksaan dan menjawab segala soalan dengan bijaksana dan juga sihat sepanjang peperiksaan. Amin ya Rabbal alamin.
No comments:
Post a Comment