Tablet Windows 8 terbaru
2012/10/27
Oleh Alzahrin Alias
Tablet Windows 8 dengan rekaan kekunci nampaknya kini sudah menjadi ikutan di kalangan penggemar telefon. Kini ikutan tersebut turut diikuti oleh LG Mobile yang baru saja memperkenalkan LG H160.
Tablet ini memiliki kekunci slide yang mirip dengan rekaan Asus Eee Pad Slider.
Bezanya, untuk mengeluarkan kekunci QWERTY, anda hanya perlu menekan satu tombol khusus yang tersemat pada layar untuk membolehkan kekunci itu muncul.
Ia mempunyai rekaan yang nipis iaitu 16 milimeter dan mempunyai berat sekitar 1.04 kilogram. Secara luarannya tablet ini tidak mempunyai banyak perbezaan dengan tablet android lain di pasaran.
Layar skrinnya agak besar 11.6 inci dengan resolusi 1366x768 piksel. Manakala untuk prosesor, LG menggunakan prosesor Intel Clover Trail.
Pihak LG mengatakan bahawa bateri tablet ini mampu bertahan hingga 10 jam. Buat masa ini LG hanya bercadang untuk menjual produk terbaru mereka ini.

sumber : BH
Saya nak ulas perkara di atas memanglah tak reti sangat. Yang pasti perkembangan teknologi IT ini begitu cepat dan tidak sempat kita hendak ikut kesemuanya.
Teknologi dunia tanpa sempadan ini akan menghimpit kita jika kita tidak tahu tipu helahnya. Yang penting kita kena terus belajar dan peka dengan perubahan teknologi semasa.
Sekarang ini perkara asas yang perlu ada di rumah kita adalah akses internet, komputer peribadi, dan pencetak. Jika tiada memang kita akan ketinggalan jauh dan akan jadi buta IT. Perkara-perkara di atas mungkin tidak berapa penting kecuali para pencinta gajet terkini.
No comments:
Post a Comment