Scroll to top

Friday, March 14, 2014

Mutu guru ditingkatkan


Tangani segera isu mutu guru: TPM
2014/03/14 - 05:32:24 AM 
Oleh Ridzuan Yop dan Faizatul Farhana Farush Khan

Tanjung Malim: Kualiti guru adalah isu yang harus ditangani segera sekiranya matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 meletakkan negara dalam kelompok satu pertiga teratas antara sistem pendidikan terbaik dunia mahu dicapai.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kajian Kementerian Pendidikan dan UNESCO serta pakar pendidikan lain membuktikan bahawa kualiti guru adalah faktor yang signifikan dalam menentukan keberhasilan murid

kerana mutu sesuatu sistem pendidikan itu tidak boleh melangkaui kualiti guru. Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, cabaran mendidik pada abad ke-21 berbeza berbanding beberapa dekad lalu kerana murid kini mempunyai ases kepada


pengetahuan di hujung jari mereka dengan perkembangan pesat teknologi maklumat.

“Selaras dengan aspirasi murid dalam PPPM antaranya menerapkan kemahiran berfikir dan kemahiran memimpin, pembelajaran berpusat murid perlu menjadi teras pendekatan pedogogi guru masa kini.

Lulus peruntukan RM5j

“Bagi menyokong hasrat itu, Kementerian Pendidikan telah meluluskan peruntukan RM5 juta kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di bawa Skim Geran Penyelidikan bertajuk ‘Pembangunan Model Pendidikan Untuk Penyediaan Guru Berkualiti Pada Masa Depan.’
“Justeru, UPSI perlu menampilkan suatu model yang benar-benar dapat dijadikan rujukan bagi melahirkan guru berkualiti untuk masa depan negara,” katanya berucap merasmikan Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) Ke-14, di UPSI di sini, semalam.

Konvensyen bertemakan ‘Merealisasikan Impak Pelaksanaan Transformasi Pendidikan Negara’ selama tiga hari bermula semalam dihadiri lebih 1000 peserta dianjurkan bersama UPSI, Kementerian Pendidikan dan Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB).

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Pro Canselor UPSI, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad; Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa dan Presiden PASB, Datuk Ahmad Burak.

KONPEN adalah forum bagi PASB membincangkan pelbagai perkara berkaitan dengan pendidikan di negara ini serta bertujuan memperteguhkan kefahaman warga pendidik peringkat akar umbi terhadap program transformasi pendidikan negara khususnya PPPM 2013-2025 dan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSTPN).

Perlu beri komitmen tinggi

Muhyiddin berkata, bagi menentukan masa depan pendidikan negara yang lebih gemilang, warga pendidik perlu memberikan komitmen tinggi terhadap perkara yang diterapkan dalam PPPM terutama membabitkan 11 anjakan digariskan dalam pelan berkenaan.

“Perjalanan kita untuk merealisasikan kejayaan PPPM masih panjang. Pelbagai cabaran sedia menanti dan kita semua perlu berada dalam keadaan siap siaga untuk menempuh dan melaksanakannya. Tranformasi yang dilakukan bersifat menyeluruh.

“Kunci kejayaan PPPM terletak di atas bahu kita sendiri. Semua pihak perlu bersatu dan berganding bahu menjayakan PPPM. Selaku Menteri Pendidikan, saya amat faham dan sentiasa bersikap responsif terhadap keluhan, kritikan dan kegelisahan ditimbulkan warga pendidik terhadap pelaksanaan program transformasi ini,” katanya.

sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tanganisegeraisumutuguru_TPM/Article

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com