Scroll to top

Sunday, March 23, 2014

Takuti bala Allah SWT


Bala apabila kita leka
TOK PERAK
23 Mac 2014

*SETAKAT Jumaat semuanya masih dalam teka-teki. Tetapi sudah ada harapan bahawa pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, mungkin dikesan dan ditemui dalam masa terdekat ini.

Seperti dilaporkan seluruh dunia, imej satelit dari Australia berjaya mengesan dua objek terapung di selatan perairan Lautan Hindi, dipercayai mempunyai kaitan dengan pesawat MAS yang ghaib itu.

Menurut Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, imej yang dirakam satelit tersebut merupakan satu petunjuk yang paling boleh dipercayai berbanding petunjuk-petunjuk lain yang diperoleh sebelum ini.

Imej satelit tersebut mengesan pesawat dengan 239 penumpang itu tenggelam di laut dalam pada kedudukan 2,500 kilometer dari barat daya Perth.

Biarpun (setakat Jumaat) maklumat mengenai penemuan objek tersebut belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak, penemuan terbaharu itu seolah-olah memberi kelegaan kepada semua orang yang menunggu lebih dua minggu.

Teruslah berdoa semoga petanda terbaharu itu dapat merungkai misteri MH370.

*SERENTAK dengan terungkainya misteri MH370, hujan pun mula turun di beberapa kawasan seluruh negara, termasuk di Lembah Klang. Ada yang bermain hujan di luar rumah dan di taman awam, bagaikan melepas rindu terhadap air dari langit itu.

Beribu-ribu penduduk yang keluh kesah dan sengsara akibat catuan air, kini berasa lega sebab paip di rumah mereka yang selama ini kering sudah berair. Tidur malam pun tidak lagi kepanasan.

Tidak sahaja manusia, haiwan yang kepanasan selama ini pun mula segar disimbah hujan. Hatta tumbuhan dan rumput yang selama ini kuning kekeringan pun dapat menikmati hujan. Sama seperti manusia, seluruh isi alam bertasbih untuk kesejahteraan.

Ada orang berkata turunnya hujan sehari dua ini adalah kejayaan Jabatan Meteorologi memproses hujan tiruan dalam operasi pembenihan awan. Daripada pemantauan imej radar, hujan mula turun di kawasan Gombak dan Hulu Langat, Selangor.

Memang usaha menggunakan teknologi moden telah memungkinkan hujan turun. Tetapi, jangan lupa – dan jangan angkuh! – sebab betapa canggih pun teknologi, semuanya tidak akan menjadi sekiranya tanpa kehendak Yang Maha Berkuasa.

Ingatlah sama ada hujan tiruan atau hujan asli semuanya adalah ciptaan ALLAH.

*MESKI yang hilang telah ditemui, dan yang kekeringan telah dibasahi, kita tidak boleh terus bersantai seolah-olah bala telah pergi. Ujian daripada ALLAH boleh datang tanpa amaran, pada bila-bila masa.

Apabila manusia mula lupa diri dan membuang hukum-hakam agama, bersedialah untuk menerima bala yang lebih teruk. Tanda-tanda semakin jelas bahawa kita semakin mengabaikan apa dituntut, dan melakukan apa yang ditegah.

Contoh, sesama ulama bertelagah – sesetengahnya kerana politik – menyebabkan perpecahan ummah. Ada puak menolak hadis, ada yang mencipta mazhab baharu, malah ada mengaku diri sebagai tuhan.

Contoh lagi, semakin ramai memungkiri amanah. Sana-sini rasuah melata, sesetengahnya jelas di hadapan mata. Penyalahgunaan kuasa sudah bagaikan budaya. Banyak yang tidak kena tetapi tidak diperbaiki. Kita telah melihat banyak negara musnah
apabila penyelewengan tidak dibendung.

Contoh lagi, sebahagian kita leka dan khayal dengan hiburan. Konsert gila-gila dari barat dibawa ke sini – terkini ‘Future Music Festival Asia 2014’ yang menyaksikan 6 maut akibat mengambil dadah berlebihan.

Semua tahu hiburan yang keterlaluan adalah memudaratkan, tetapi kerajaan Islam kita terus menyokong, bersekongkol dan merestui hiburan yang bebas pergaulan, bebas apa sahaja.

Sekiranya kita mengingkari ALLAH, pasti kita akan ditimpa bala. Ini sudah dibuktikan, dan diulangi sejak awal kejadian dan tamadun manusia. Insaflah!

*AKHIR kalam, mungkin kerana tidak tegas dan rasuah pihak berkuasa, negara kita menjadi tempat berlindung pendatang asing. Masuk menggunakan Visa pelajar atau Visa pelancong, tetapi melakukan jenayah dan maksiat.

Seperti diberitahu di Parlimen sebanyak 5,217 kes tinggal lebih masa dan sebanyak 57 kes salah guna pas telah dikendalikan Jabatan Imigresen bagi tempoh 2010 hingga 2013. Jumlah Pati pun beratus ribu orang. Ada yang jadi GRO. Tangkap hari ini, esok muncul semula. Maksiat lagi!

- TOK PERAK

sumber : http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/bala-apabila-kita-leka-1.262981

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com