Scroll to top

Sunday, March 23, 2014

Panas siang malam


Panas siang, panas malam
TOK PERAK
23 Februari 2014

*RUMPUT sudah kuning kekeringan. Padang dan taman awam yang dulu hijau, kini bagaikan hamparan tidak bermaya. Pokok-pokok pun banyak layu dengan daun-daun mula berguguran.

Banyak tanah dan kawasan pertanian, terutama sawah padi, gersang dan merkah kekeringan. Jangankan tumbuhan pertanian, semut dan lipas pun tidak berani hinggap di atasnya.

Hatta manusia pun berasa amat tidak selesa. Malam tidak lena tidur, gelisah kepanasan. Buka kipas tidak dapat membantu. Buka alat pendingin udara pun masih panas lagi. Buka baju panas, buka seluar lagi panas!

Demikianlah, sejak sebulan lalu sana-sini orang kepanasan. Cuaca membahang siang dan malam, dan Jabatan Meteorologi meramalkan tidak akan ada hujan untuk beberapa hari lagi. Addusss, dapatkah kita bertahan sekiranya berterusan tanpa hujan?

*ADA yang lebih membimbangkan. Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), cuaca panas dan kering menyebabkan takungan air di hampir kesemua empangan utama di seluruh negara semakin menyusut. Setakat Jumaat, 14 daripada 15 empangan mencatat penurunan kadar takungan.

Empangan Langat dari paras normal 220.96 meter (m) kepada 217.10m; Empangan Genting Klang (94.m kepada 90.26m); Empangan Sungai Selangor (220m kepada 199.65) dan Empangan Timah Tasoh, Perlis (29.10m kepada 27.69m).

Catuan air telah pun dilakukan di beberapa kawasan Lembah Klang. Paip tidak berair, bilik mandi dan tandas kering-kontang. Sudahlah sepanjang siang dan malam panas kekeringan, tidak ada air pula untuk mandi-manda. Tanpa air banyak kegiatan siang – juga malam – tergendala. Kalau boleh buat pilihan, biar tiada elektrik, jangan tiada air!

*DI Selangor, penduduk kawasan Balakong yang tidak puas hati dengan catuan air telah mengadakan tunjuk perasaan kerana menentang apa yang dikatakan pembahagian air tidak adil. Ada dapat lebih, ada yang tidak dapat.

Seperti dilaporkan media, mereka menuntut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memberikan perkhidmatan air sepatutnya setelah 10 hari terputus bekalan.

Mereka – mewakili kira-kira 20,000 penduduk di Balakong, terutama di Taman Impian Ehsan, Taman Impian Indah dan Kampung Kenangan Indah – akan berdemonstrasi setiap petang, sehingga krisis air di kawasan mereka diselesaikan.

Di Seremban, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan krisis air berikutan tujuh empangan utama di negeri itu melepasi paras kritikal. Catuan air telah dilakukan.

Kalau keadaan panas dan kering seperti ini berpanjangan, tentu catuan air akan dilaksanakan di banyak lagi kawasan seluruh negara. Terasa benar keperitan hidup tanpa air. Sebab itu bila ada air jangan bazirkan.

*PANAS di mana-mana! Selain panas dan resah sebab tidak hujan, kita juga dipanaskan dengan pelbagai isu agama yang meluap-luap sejak akhir-akhir ini. Isu kalimah ALLAH belum selesai.

Ada pihak kata kalimah ALLAH hanya eksklusif untuk orang Islam. Ada juga pihak kata siapa-siapa pun boleh guna kalimah tersebut. Kerajaan kata kalimah itu hanya untuk Islam, Kristian tidak boleh guna. Tetapi di Sabah dan Sarawak boleh guna. Orang
jadi keliru, dan keadaan makin hangat.

Ada pula isu Syiah dan Wahabi yang juga terus dihangatkan setiap hari. Terkini tercetus pula isu anti-hadis. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyeru umat Islam supaya tidak mudah terpengaruh terhadap ideologi yang secara terang-terangan bercanggah dengan asas ajaran Islam termasuk golongan menolak hadis.

Menurutnya, umat Islam yang menolak hadis dan al-Quran hukumnya boleh murtad kerana ajaran serta undang-undang Islam berdasarkan kepada dua asas tersebut. Katanya, hadis juga tidak boleh ditafsirkan mengikut fikiran sendiri.

Hal-hal agama perlu dibincangkan oleh para ulama, secara ilmiah, bukan mengikut emosi. Cari jalan penyelesaian, bukan untuk menunjuk siapa lebih hebat. Peranan ulama mesti memberi pencerahan, bukan menambahkan kekeliruan!

*AKHIR kalam, terhangat antara yang hangat ialah PRK Kajang. Setakat ini Datuk Seri Anwar yang nampak ghairah dan beria benar berceramah sana-sini. Parti-parti lain, termasuk BN, masih senyap.

Sana-sini orang sudah bercakap apakah betul Anwar akan jadi MB Selangor? Mengundi dulu, tengok siapa menang, baharu cakap siapa akan jadi MB.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/panas-siang-panas-malam-1.253675

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com