Scroll to top

Wednesday, March 19, 2014

Keputusan SPM dan STPM 2013


Keputusan STPM diumum hari ini, SPM esok

Kuala Lumpur: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 akan dikeluarkan hari ini manakala Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula akan diumumkan esok.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan medianya semalam, menjelaskan calon STPM boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing pada tarikh berkenaan mulai jam 12 tengah hari manakala calon SPM boleh berbuat demikian selepas jam 10 pagi.

“Calon STPM juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas dengan menaip STPM RESULT dan menghantar ke 15888 atau secara dalam talian dengan melayari www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari, hari ini.

Kementerian turut menyediakan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS 15888 dengan menaip SPM jarak taip angka giliran dan hantar ke 15888 yang akan diaktifkan bermula jam 10 pagi esok dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 26 Mac ini.

sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KeputusanSTPMdiumumhariini_SPMesok/Article/index_html

No comments:

Post a Comment

Blog Archive