Scroll to top

Sunday, October 18, 2015

Anak Orang Asli Hilang: Demi Satu Nyawa, 1001 Emosi Ditolak Tepi


Charanjeet (kanan) memangku Miksudiar dalam kenderaan untuk ke SM Kuala Betis baru-baru ini.

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2015 1:00 PM



Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
izra@thestar.com.my

PETALING JAYA: Demi menyelamatkan satu nyawa, mahu atau tidak, rasa takut dan gementar harus dibuang jauh.

Itulah yang yang dialami sekumpulan tiga wartawan StarTv.com yang pada awalnya ditugaskan membuat liputan misteri kehilangan murid Orang Asli di Gua Musang, Kelantan.

Namun, tanpa disangka mereka perlu berdepan saat-saat cemas apabila harus menggalas satu lagi tanggungjawab berat iaitu memastikan mangsa yang ditemui masih hidup selepas 48 hari hilang terus selamat sehingga dibawa ke hospital.

Penolong Penerbit Berita, Charanjeet Kaur; Penerbit Eksekutif Mohamed Azam Zainal Ali dan juruvideo Juliana Fauzi tidak pernah menjangka tugasan mereka kali ini menjadi tugasan penuh cabaran dan emosi.

Mereka tiba di Gua Musang pada 8 Oktober, sehari sebelum Miksudiar Aluj, 11, ditemui selamat.

Mengimbas kembali tugasan yang diberikan, mereka awal-awal lagi sedar bahawa tugasan kali ini agak luar biasa cabarannya, sama ada dari segi lokasi dan kemudahan lain seperti liputan telefon serta Internet yang tidak memberikan mereka pilihan lain kecuali menguatkan mental dan fizikal.

Charanjeet berkata, tidak mudah sebenarnya menjadi antara orang terawal mendapat tahu tentang adanya mangsa yang masih hidup selepas hilang lebih sebulan dan secara kebetulan berada dekat dengan lokasi penemuan.

“Ketika nampak stretcher, saya benar-benar tak percaya. Semua orang terkejut, situasi di situ penuh dengan emosi, antara sedih, teruja dan gembira. Satu keajaiban apabila budak yang hilang dalam hutan selama 48 hari ditemui masih bernyawa.

“Belum sempat rasa terkejut itu hilang, sekali lagi saya tergamam apabila diberitahu bahawa mangsa, yang dikenali sebagai Ima akan dibawa ke Kuala Betis menggunakan kereta yang kami naiki dan saya adalah orang yang perlu memangkunya,” katanya ketika mengimbas kembali detik-detik cemas yang dilaluinya pada tanggal 9 Oktober lalu.
Katanya, beliau harus mengakui bahawa beliau takut tetapi cepat-cepat memujuk diri sendiri supaya mengenepikan segala emosi dan menguatkan semangat demi mangsa yang sedang bertarung untuk hidup.

“Dia kurus kering, lemah dan tak bermaya, seperti mayat bernyawa. Saya takut saya yang akan mematahkan tulang-tulangnya jika tersilap langkah apatah lagi dengan keadaan jalan yang sangat teruk. Dia memegang tangan saya dan merenung saya.

Katanya, perjalanan selama lebih kurang 40 minit ke Sekolah Menengah (SM) Kuala Betis itu dirasakan begitu lama dan sepanjang perjalanan, apa yang mampu dilakukannya adalah mengesat mangsa dengan tisu basah dan membantu memastikan dirinya tidak terhentak.

SM Kuala Betis adalah tempat di mana ambulans sudah menunggu untuk membawa mangsa yang ditemui ke Hospital Gua Musang.

“Saya tak tahu tentang mangsa, juga tak tahu tentang ibu bapanya. Apa yang terkeluar daripada mulutnya adalah ‘sakit…nak makan ayam goreng, nasi goreng, telur dan buah oren tapi saya memujuknya bahawa dia tidak boleh makan sekarang’.

“Sudah tentu saya kecewa kerana tidak dapat menunaikan permintaannya itu,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Azam pula berkata, pengalaman dan pengetahuan tentang selok-belok hutan dan memandu di jalan ‘offroad’ banyak membantu dalam tugasan kali ini.

“Kenderaan pacuan empat roda yang kami naiki boleh dikatakan lengkap dengan segala keperluan. Sebab itulah apabila salah seorang pegawai di sana meminta supaya kami membawa mangsa, saya tidak berfikir panjang dan terus setuju.

“Perkara pertama yang saya fikir pada masa itu adalah, kami kena selamatkan mangsa. Kami tak mahu berlengah. Dengan keadaannya pada masa itu yang ‘rapuh’, saya ibaratkan sebagai ‘batang mancis’ , setiap minit yang dilengahkan adalah risiko.

“Saya memandu laju, tetapi sangat berhati-hati. Pada masa sama, saya percayakan Charanjeet kerana dia adalah seorang ibu, sudah tentu dia lebih tahu bagaimana untuk menenangkan mangsa dan dirinya sendiri,” katanya.

Bagi Juliana, apa yang dilaluinya dalam tugasan kali ini tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Katanya, sepanjang menjalankan tugas, hampir 95 peratus rakaman video dibuat menggunakan telefon bimbit kerana lokasi dan pergerakannya yang mencabar.

“Dua kali saya terhimpit antara emosi dan profesionalisme. Pertama ketika mendapat tahu dua mangsa ditemui selamat dan yang kedua ketika merakamkan saat-saat di mana mangsa sedang dibawa ke Kuala Betis.

“Saya tahu bahawa inilah ‘shot’ yang ditunggu-tunggu dan saya tak boleh terlepas merakamkannya.

“Tidak mudah melakukannya kerana emosi saya terganggu dan keadaan jalan yang teruk, saya bergerak di hampir setiap sudut dalam kereta, sehinggakan saya terpaksa merakam dari tempat duduk pemandu yang sedang memandu,” katanya yang pertama kali menitiskan air mata sepanjang bertugas sebagai juruvideo.

Bagaimanapun beliau bersyukur kerana dapat menyempurnakan tugasnya dan pada masa yang sama mereka berjaya membantu menyelamatkan satu nyawa.

“Paling gembira apabila saya dapat merakamkan saat-saat Ima meminta nasi dan ayam goreng. Saya rasa ia telah menyentuh hati ramai yang melihat video ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com