Scroll to top

Sunday, October 18, 2015

Universiti disaran jana pendapatan sendiri - Sultan Nazrin


SULTAN NAZRIN: Universiti hendaklah memajukan aset-aset yang ada untuk dilabur atau dimajukan secara lebih produktif untuk memberikan dividen dan pulangan yang optimum. - Gambar fail

Israr Khalid, Astro Awani |  Oktober 17, 2015 10:50 MYT

KUALA LUMPUR: Universiti disaran menjana pendapatan sendiri berbanding bergantung kepada peruntukan kerajaan sebagai dana pembiayaan pengurusan institusi.

Titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sudah tiba masanya universiti memikirkan usaha mempelbagaikan sumber pendapatan secara agresif.

"Usaha menambah dan memperkukuhkan dana hendaklah dijadikan agenda utama dengan merekayasa semula tata cara pengurusan kewangan yang lebih mengutamakan komponen pelaburan dari sekadar pengawalan perbelanjaan," titah baginda ketika membuka Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya 2015, di sini hari ini.

"Universiti hendaklah memajukan aset-aset yang ada untuk dilabur atau dimajukan secara lebih produktif untuk memberikan dividen dan pulangan yang optimum," tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive