Scroll to top

Sunday, October 18, 2015

Lima sebab menarik kenapa anda perlu menonton Pencetus Ummah 2015


Pelbagai penambahbaikan dari segi format dan persembahan telah dilakukan bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan penyampaian oleh para peserta untuk disajikan penonton. - Gambar Astro GEMPAK
Astro Gempak |  Oktober 17, 2015 12:00 MYT

Minggu pertama Mimbar Pencetus Ummah telah pun berlangsung pada malam Khamis lalu dengan menyaksikan 12 orang peserta tampil mempersembahkan dakwah mereka kepada penonton.

Bagi anda yang telah menonton, pastinya anda akan sedar tentang kelainan dan keunikan yang ditampilkan oleh pihak produksi Pencetus Ummah untuk musim ketiga ini.

Pelbagai penambahbaikan dari segi format dan persembahan telah dilakukan bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan penyampaian oleh para peserta untuk disajikan penonton.

Di bawah ini, Astro Gempak telah menyenaraikan lima sebab menarik kenapa anda perlu menontonPencetus Ummah 2015 yang akan berlangsung untuk minggu seterusnya.



1) Hadirnya Kak Ogy atau Fauziah Dato` Ahmad Daud Sebagai Guru Persembahan

Bagi anda yang pernah menonton program realiti Akademi Fantasia, pastinya anda akan ingat betapa garang dan lantangnya Fauziah Dato` Ahmad Daud atau Kak Ogy sebagai pengkritik.

Saban minggu ada sahaja yang tak kena pada persembahan pelajar yang sering dijadikan `point` oleh Kak Ogy untuk `menghentam` pelajar-pelajar tersebut.

Justeru untuk Pencetus Ummah 2015 ini, Kak Ogy telah ditampilkan sebagai Guru Persembahan di mana tugasnya adalah untuk mendidik 12 orang pendakwah muda ini untuk beraksi dengan mantap di atas pentas.

Bagaimanakah gaya penyampaian dan elemen apakah yang akan disuntik oleh Kak Ogy untuk anak-anak didiknya kali ini? Berjayakah Kak Ogy menampilkan seorang pendakwah yang mampu memberi impak di atas pentas?

Itulah yang kita perlu tonton dalam Pencetus Ummah 2015.



2) Penampilan Pelawak Shamsul Ghau Ghau Sebagai Hos.

Lama kita tidak lihat aksi pelawak kita ini di atas pentas. Pernah menganggotai kumpulan lawak yang amat popular satu ketika dahulu, abang Shamsul kita ini bagaimana pun kini sudah berhijrah dan bergelar Haji.

Untuk Pencetus Ummah 2015, pemilik nama sebenar Shamsul Azahar Aliddin ini telah digandingkan dengan Ustaz Zulkefli Hamat sebagai hos.

Memang agak kontra penampilan mereka, Ustaz Zulkefli seperti mana yang kita ketahui agak lebih ortodoks dan rileks.

Manakala abang Shamsul pula lebih kecoh atau kepoh dan menyuntik elemen-elemen lucu dalam gaya pengacaraaannya.

Minggu pertama Pencetus Ummah 2015 Khamis lalu telah menyaksikan mereka digandingkan buat julung kalinya.

Mungkin keserasian mereka akan bertambah apabila masuk ke minggu-minggu seterusnya.



3) Datuk Ustaz Kazim Elias Sebagai Mudir/Pengetua

Pendakwah tersohor negara, Datuk Ustaz Kazim Elias telah diperkenalkan sebagai Mudir ataupun Pengetua untuk Pencetus Ummah 2015.

Bagi anda pengikut setia program Kalau Dah Jodoh…, pastinya tahu betapa bersahajanya Ustaz Kazim Elias tampil memberikan ceramah.

Untuk itu, tanggungjawab berat untuk memantau kelas-kelas yang dijalankan serta perkembangan setiap peserta dari minggu ke minggu telah diberikan kepada Ustaz Kazim.

Sejauh manakah peserta-peserta ini akan menggunakan manfaat sebagai anak didik Ustaz Kazim dalam membantu mereka menjadi pendakwah yang hebat?

Jawapannya dapat kita ketahui dalam Mimbar Pencetus Ummah dari minggu ke minggu.



4) IM Ashraf, PU Hafiz dan PU Azman Dilantik Sebagai Mualim

Satu kejutan telah dilakukan di penghujung program Mimbar Pencetus Ummah 2015 yang pertama, Khamis lalu.

Juara Imam Muda musim pertama iaitu IM Ashraf, juara Pencetus Ummah musim pertama iaitu PU Hafiz dan juara Pencetus Ummah musim kedua iaitu PU Azman telah diperkenalkan sebagai Mualim.

Untuk format baru, setiap seorang dari mereka bertiga akan dipertanggungjawabkan mendidik 4 orang peserta Pencetus Ummah 2015 ini.

Boleh dikatakan mereka bertiga akan `bersaing` sesama sendiri untuk melahirkan pendakwah terbaik dari kalangan 12 orang peserta Pencetus Ummah 2015.

Sejauh manakah kehebatan `persaingan` tiga tokoh Mujahid ini?

Inilah yang kita ingin tonton dalam Pencetus Ummah 2015.



5) Variasi dan pelbagai `warna` dikalangan 12 Orang Peserta Pencetus Ummah 2015

Sebab terakhir kenapa anda perlu menonton Pencetus Ummah 2015? Tentulah kerana peserta-pesertanya. Rasanya selepas Mimbar Pencetus Ummah yang pertama ditayangkan, anda penonton sudah pun mempunyai peserta favourite sendiri.

Kesemua 12 orang peserta ini datang dari pelbagai latar belakang unik.

PU Taha contohnya boleh bertutur dalam 5 bahasa iaitu Inggeris, Hindi, Punjabi, Arab dan Rusia.

Bintang Youtube, Allen Castello pula yang dulu popular dengan lagu She’s Gone nyanyiannya, kini bakal berdepan cabaran baru apabila dikenali dengan PU Alen.

Oh ye kita juga ada Juara program Generasi Muaz iaitu rancangan seakan Pencetus Ummah yang bersiaran di Singapura iaitu PU Adek. Mampukah pengalamannya sebagai juara di Singapura memberi kelebihan untuk bersaing dalam Pencetus Ummah? Sama-sama kita nantikan.

Begitulah antara 5 sebab menarik untuk anda tonton Pencetus Ummah 2015.

Pencetus Ummah 2015 telah dibawakan oleh Prudential BSN Takaful selaku penaja utama rancangan.

Juara Pencetus Ummah 2015 bakal membawa pulang wang tunai RM100,000 dan sebuah trofi. Manakala tempat kedua, ketiga dan keempat akan meraih RM10,000 dan sebuah trofi setiap seorang.

1 comment:

  1. Top No Deposit Bonus Casinos for December 2021
    No deposit bonus is a popular way to attract new players 라스 벳 and increase their 해외배당흐름 chances of winning and 온라인 슬롯 머신 spending on the casino w88 login games. It 먹튀검증 can be very exciting to discover 🎲 Minimum deposit: $5🎰 Maximum bonus: $10

    ReplyDelete

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com