Scroll to top

Saturday, September 3, 2011

Membentuk minda lebih terbuka, kritis

Oleh Mohd Azizuddin Mohd Sani
2011/09/03

Pelajar baru pikul tanggungjawab besar merencana budaya keintelektualan 

SEPTEMBER ini bukan saja menyaksikan seluruh umat Islam menyambut Aidilfitri dan rakyat Malaysia umumnya menyambut Hari Malaysia, malah ia juga hari penting kepada pelajar baru untuk mendaftar di universiti masing-masing.

Buat kali pertamanya di Malaysia, pendaftaran kemasukan pelajar dimulakan pada September, berbanding pada Jun atau Julai seperti sebelumnya. Kementerian Pengajian Tinggi berhasrat menyamatarakan pendaftaran pelajar di Malaysia dengan sesi kemasukan di negara lain seperti di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Yang pasti, pelajar yang mula mendaftar akan menempuh cabaran baru dalam kehidupan kampus, terutama menimba pelbagai cabang ilmu.

Sebagai pelajar baru, saat memasuki universiti adalah yang ditunggu-tunggu. Di universitilah tempat transformasi atau anjakan paradigma bagi pelajar berlaku kerana mereka akan terdedah dengan suasana pembelajaran dan ilmu pengetahuan tinggi yang belum pernah mereka rasai sebelum ini seperti ketika di bangku sekolah.

Oleh itu, persediaan awal adalah penting bagi setiap pelajar baru bagi menghadapi cabaran ilmu dan kehidupan ketika di alam universiti kelak. Sebagai persediaan, suka dijelaskan di sini bahawa di universiti pelajar akan didedahkan dan juga terdedah kepada beberapa perkara.

Pertama, matlamat pelajar memasuki universiti perlu jelas. Ada ramai pelajar baru yang kecewa kerana tidak mendapat kursus diingini dan dihasratkan oleh ibu bapa dan keluarga. Matlamat universiti bukan hanya membentuk graduan yang berkemahiran di dalam sesuatu ilmu pengetahuan yang seterusnya boleh dimanfaatkan untuk pembangunan negara.

Malah universiti juga bermatlamat melahirkan pelajar dan graduan yang berminda terbuka dan kritis. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pernah menjelaskan bahawa kualiti pelajar dan graduan yang ingin dibentuk ialah berdasarkan ukuran 4C iaitu Critical Thinking and Problem Solving (Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah), Effective Communication (Komunikasi yang efektif), Collaboration and Team Building (Kolaborasi dan Gerak Kerja Berkumpulan) dan Creativity and Innovation (Kreativiti dan Inovasi). 

Belajar ilmu fizik tidak semestinya menjadi seseorang itu ahli fizik. Begitu juga belajar ilmu politik, tidak semestinya seseorang itu menjadi ahli politik. Jadi pelajar yang tidak mendapat kursus diingini tidaklah perlu risau dan kecewa kerana kecemerlangan di universiti akan dapat menjadikan mereka matang dan terbuka serta dapat bersedia memasuki alam pekerjaan pilihan mereka nanti.

Kedua, pelajar harus berniat untuk menimba ilmu sebanyak mungkin dan tiada tempat yang terbaik untuk melakukannya selain di universiti. Di sekolah, sistem persekolahan tidak menyediakan ruang untuk murid menyoal ilmu yang dipelajari daripada buku teks dan guru yang dipertanggungjawab menyampaikan ilmu berkenaan. Ini menjadikan pelajar lebih mengejar gred dan berorientasikan peperiksaan. Di universiti, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan malah tiada buku teks yang dikhususkan pada sesuatu kursus.

Sistem pembelajaran di universiti banyak dilaksanakan di dalam bahasa Inggeris dan kehadiran ramai pensyarah dan pelajar asing dari serata dunia akan membantu pelajar kita terdedah kepada interaksi serta pembelajaran dan pengajaran yang global sifatnya. Malah menerusi interaksi itu juga, bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu dapat dipelajari secara meluas oleh warga kampus khususnya oleh pensyarah dan pelajar asing tadi.

Ketiga, pelajar baru juga perlulah berazam dan beriltizam untuk aktif dan beridealisme. Melalui Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008, kerajaan juga lebih terbuka dan menyediakan platform kepada pelajar untuk bergiat secara aktif di dalam bukan saja pembelajaran malah melalui kegiatan berpersatuan.

Khaled menjelaskan bahawa pelajar dibenarkan bersuara dalam hal berkaitan akademik dan dibenarkan memberi pendapat dalam seminar dan simposium dengan syarat majlis tidak dianjurkan atau diberi peruntukan kewangan oleh parti politik, pertubuhan menyalahi undang-undang serta pertubuhan, badan atau kumpulan yang dikenal pasti oleh menteri sebagai tidak sesuai.

Universiti Sains Malaysia membuka jalan dengan memperkenalkan projek rintis Parlimen Pelajar dan universiti awam yang lain juga digalakkan supaya mengikuti jejak langkah yang sama. Ia bersesuaian dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan modal insan atau graduan yang berkualiti.

Akhir sekali, pelajar juga perlu mengambil kesempatan dalam mewujudkan budaya keintelektualan di universiti. Budaya keintelektualan tidak akan dapat dibentuk tanpa kehadiran dan pembabitan pelajar yang merencanakannya. Wacana ilmu perlulah dimanfaatkan pelajar. Malah mereka juga boleh menjadi juara kepada wacana ilmu ini.

Pemikiran yang analitikal dan kritis amat diperlukan untuk menjadikan universiti tempatan setanding universiti ternama dunia. Oleh itu, peranan pelajar sangat penting dalam merencanakan kelangsungan budaya keintelektualan dan kecemerlangan universiti.

Penulis ialah Karyawan Tamu Kementerian Pengajian Tinggi

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com