Cabaran ini patut disahut oleh para guru dan ibu bapa dengan membuat persediaan yang sepatutnya bagi bersedia apabila sudah sampai masanya nanti.
Dari peringkat sekolah rendah lagi usaha memantapkan pembelajaran bahasa Inggeris perlu dititikberatkan dengan mengujudkan program-program dan aktiviti-aktiviti dalam bahasa Inggeris supaya ianya dapat menarik minat murid-murid menggunakannya sebagai bahasa yang penting.
Ibu bapa pula perlu mendidik anak-anak mempraktikkan bahasa`Inggeris sebagai bahasa perbualan di rumah. Jika tidak mampu anak-anak perlulah dihantar ke kelas-kelas tuisyen bahasa`Inggeris yang berkaliber.
Masalah pengusaan bahasa Inggeris di kawasan pedalaman terutama di kalangan Orang Asli dan bumiputera Sabah dan Sarawak perlulah segera diatasi dengan menganjurkan program-program kesedaran tentang kepentingan bahasa ini kepada masa depan bangsa mereka kepada ibu bapa golongan ini.
Kemudahan ICT perlu segera disalurkan ke sekolah-sekolah luar bandar bagi satu usaha pendedahan yang menyeluruh kepada akses bahasa Inggeris di kalangan warga tersebut.
Guru-guru yang terlatih dalam subjek ini perlulah bijak menggunakan segala kemudahan yang berdaya saing dan menarik minat dalam pengajaran dan pembelajaran supaya ianya menyeronokkan dan mudah memahamkan.
Wajib lulus BI
Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my
2011/09/14
Wajib lulus BI
Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my
2011/09/14
Dilaksana apabila guru bahasa Inggeris untuk peringkat SPM mencukupi
KUALA LUMPUR: Mata pelajaran Bahasa Inggeris akan dijadikan syarat baru wajib lulus bagi melayakkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima sijil penuh tidak lama lagi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
sumber: Berita Harian Online
KUALA LUMPUR: Mata pelajaran Bahasa Inggeris akan dijadikan syarat baru wajib lulus bagi melayakkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima sijil penuh tidak lama lagi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
sumber: Berita Harian Online
imej : Google
No comments:
Post a Comment