Kalau hendak, seribu daya. Itulah pepatah yang sesuai diberikan kepada Ab Hamid Yunos, graduan USM paling tua pada Konvokesyen USM ke-44 baru-baru ini.
Menuntut ilmu biarlah sampai ke liang lahat. Ilmu anugerah Allah SWT kepada manusia tidak akan habis, ibarat air di lautan.
Kesungguhan Pak Cik Hamid patut dicontohi oleh kita semua, biarpun bertaraf warga emas namun tidak menghalang hasratnya untuk mendapatkan segulung ijazah, malah mahu meneruskan pula ke peringkat Sarjana.
Tahniah, buat USM kerana membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang cukup syarat tanpa mengira usia boleh menuntut ilmu di institusi pengajiannya!
Lepas ini, mungkin ramai lagi akan terdorong dengan keazaman yang ditunjukkan oleh Pak Cik Hamid ini bagi merealisasikan impian yang mungkin tidak kesampaian sebelum ini atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan mengambil peluang keemasan yang ditawarkan oleh USM.
Ab Hamid Yunos (tengah), berasal dari Jasin, Melaka, mendaftar di USM
Genggam ijazah usia 74 tahun
2011/09/24
Ab Hamid Yunos (tengah), berasal dari Jasin, Melaka dan kini menetap di Kubang Kerian, Kelantan, menamatkan pengajian dengan gred purata kumulatif (CGPA) 2.50, sekali gus muncul graduan tertua pada Upacara Konvokesyen USM Ke-44.
Ab Hamid yang juga bekas Pegawai Waran I Markas Empat Briged Garison, Kuantan, Pahang, amat mencintai ilmu dan sering mencari peluang mendalami lebih banyak pengetahuan serta meningkatkan pencapaian akademik.
Saya tidak pernah jemu menuntut ilmu dan paling suka ketika peperiksaan saya berpeluang menguji kemampuan diri.
Saya akan terus menuntut ilmu malah sudah memohon melanjutkan pengajian di Universiti Malaya. Saya bercadang mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang hadis dan Islam pula di institusi itu, katanya pada Majlis Konvokesyen USM Ke-44, semalam.
Ab Hamid bersara pada 1980 mendirikan rumah tangga dengan Fatimah Leily, 64, dan dikurniakan dua anak serta lima cucu.
Saya tidak berasa janggal sepanjang di USM. Saya tahu bagaimana hendak bersosial dengan mereka yang lebih muda berdasarkan pengalaman menjadi askar yang memerlukan saya melatih orang muda, katanya.
Masalahnya dari segi bahasa Malaysia yang digunakan berbeza dengan apa dipelajari dulu, begitu juga bahasa Inggeris, katanya.
sumber: Berita Harian Online
imej: Google
No comments:
Post a Comment