Scroll to top

Monday, September 12, 2011

Kajian sains bernilai tinggi

Kerajaan galak kajian bermutu bidang sains: TPM
2011/09/12

IPOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan amat komited terhadap usaha menggalak penyelidik tempatan melakukan kajian bermutu untuk membantu negara berkembang pesat khususnya dalam bidang sains kerana ia menjadi asas dalam inovasi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia mahu semangat saintis muda dari generasi baru terus menyala dan bergiat secara berterusan bagi menghasilkan penemuan yang berguna bukan saja kepada negara tetapi kepada masyarakat sejagat.
Bidang sains perlu diberi perhatian serius oleh negara maju dan membangun. Tidak mustahil Malaysia satu hari nanti dapat melahirkan tokoh sains seperti (Albert) Einstein dan (Isaac) Newton, katanya pada merasmikan penutupan Ekspo Saintis Muda Perak 2011 di sini, semalam.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Ekspo selama tiga hari berakhir semalam bertemakan `Inovasi Sains dan Teknologi untuk Kelestarian Alam Sekitar' anjuran bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Jabatan Pelajaran Perak, Kerajaan Perak, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Zahir Khalid, mewakili Menteri Besar Perak; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim; Pengarah Pelajaran Perak, Datuk Mohd Rauhi Mohd Isa dan Pemangku Naib Canselor UPSI, Prof Dr Zakaria Kasa.

Muhyiddin berkata, kerajaan sudah lama memberi tumpuan terhadap sumbangan sains dan teknologi kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui kewujudan MOSTI dengan objektifnya untuk memperbaiki daya saing bidang sains dan teknologi negara melalui penjanaan ilmu dan penggalakkan pembangunan lestari.
Katanya, bagi penyelidik dewasa dari badan awam dan swasta seperti dari universiti dan agensi penyelidikan, MOSTI menawarkan geran penyelidikan menjalankan kajian yang dapat memberi sumbangan kepada negara melalui skim tertentu seperti Dana Sains, Dana Teknologi dan Dana IRPA.

Beliau berkata, bidang kajian yang diberi keutamaan dalam Dana Sains itu ialah sains hayat, teknologi maklumat dan komunikasi, sains pertanian, kejuruteraan pertanian, sains persekitaran, sains bahan lanjutan, sains kimia, sains fizikal dan matematik, kejuruteraan, sains perubatan dan kesihatan serta sains sosial dan kemanusiaan.

Katanya, bakal penyelidik yang layak memohon perlu membuat kertas kerja dan menghantarnya kepada MOSTI mengikut masa yang diumumkan melalui laman webnya.

sumber: Berita Harian Online

Sudah sampai masanya Malaysia ke depan di dalam bidang sains. Berdasarkan sejarah bidang ini yang telah berjaya melahirkan para saintis dari universiti tempatan dan luar negara.

Dewasa ini subjek sains telah pun kembali diajar dalam bahasa Melayu, namun ada ura-ura menegaskan yang ianya belum pasti bila mana sekolah pula diberi pilihan untuk memilih samada meneruskannya diajar dalam Inggeris atau mula menggunakan bahasa Melayu.

Sebenarnya aspek bahasa tidaklah menjadi masalah, yang utama ialah minat serta kepandaian seseorang yang memainkan peranan.

Kini kita bermegah dengan ketokohan sains silam antaranya Ibnu Sina, Ibnu Rusd, Al Kwarizmi dan lain-lain yang sehingga kini diakui tahap keilmuan mereka yang tinggi serta ciptaan yang melampaui zaman.

Di dalam al-Quran sendiri terdapat banyak ayat yang menyuruh umatnya mengkaji kejadian alam serta mengambil manafaat darinya. 

Namun kini yang mengkaji kebesaran ciptaan Tuhan ialah orang-orang barat yang mengakui akan kewujudan Tuhan tetapi akibat sikap prejudis terhadap umat Islam mereka ini telah memesongkan fakta-fakta sains yang sebenarnya boleh meneguhkan keimanan kita kepada Sang Pencipta.


sumber imej : Google


No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com