Scroll to top

Thursday, September 22, 2011

Pendidikan keselamatan jalan raya diperluas.


Satu lagi cara bagi mengurangkan kadar kematian di jalan raya, yang juga menjadi pembunuh nombor wahid ketika ini.

Kadar kematian semakin meningkat saban tahun, malah semakin tinggi semasa kempen Ops Sikap yang ke 24.

Bagus juga disemai budaya berhemah di jalan raya semasa dibangku sekolah lagi supaya modal insan yang keluar nanti telah terdidik dengan budaya positif semasa mengendalikan kenderaan di jalan raya.

Sikap sabar, berhati-hati dan berdedikasi perlu diterapkan semasa berada membawa kenderaan di samping faham bahawa kenderaan perlulah berada dalam situasi yang baik serta aspek keselamatan yang tinggi.

Pada peringkat awal ini, para pelajar bolehlah memberi nasihat kepada ibu bapa masing-masing supaya sentiasa berhati-hati dan memandu dalam keadaan yang segar.


Pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah menengah tahun depan
2011/09/21

PUTRAJAYA: Bermula tahun depan pendidikan keselamatan jalan raya akan dijadikan kurikulum di sekolah menengah selepas ia diperkenalkan di sekolah rendah sejak 2007, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dan agensi berkaitan termasuk Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) untuk mendidik masyarakat supaya lebih berhemah di jalan raya sejak di usia muda, sekali gus membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Pada April 2007, JKJR dengan kerjasama Kementerian Pelajaran memperkenalkan pendidikan keselamatan jalan raya yang diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, bermula di 1,000 sekolah rendah terpilih.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis perhimpunan 1MOT dan Mesra Aidilfitri kementerian itu di sini hari ini, Kong berkata pihaknya sentiasa mengambil berat tentang masalah keselamatan jalan raya di negara ini selepas Ops Sikap ke-24 menunjukkan peningkatan 16.6 peratus kes kemalangan iaitu kepada 19,606 kes berbanding 16,817 kes pada Aidilfitri tahun lalu.

Beliau berkata, JKJR turut memperkenalkan rancangan tindakan untuk 10 tahun bermula tahun ini hingga 2020 yang juga satu inisiatif di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.

Kong berkata, semasa mengikuti persidangan bersama menteri pengangkutan negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) baru-baru ini, beliau dimaklumkan negara lain di seluruh dunia turut mengalami kadar kemalangan dan kematian jalan raya yang tinggi.

Beliau berkata, statistik pada tahun lalu menunjukkan 60 peratus kematian jalan raya di negara ini membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal berikutan lebih daripada 45 peratus jumlah kenderaan di jalan raya adalah motosikal.
Dalam perkembangan lain Kong berkata, pihaknya masih menunggu keputusan Lembaga Pengarah Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berhubung keputusan untuk tidak membina jambatan udara (aerobridge) di Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Murah yang baru (KLIA2).

Selain menerima rayuan daripada golongan kelainan upaya, Kong berkata beliau turut menerima surat daripada Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) supaya MAHB mempertimbangkan semula keputusan itu.

"Permintaan mereka adalah munasabah. Saya sudah panjangkan surat itu kepada MAHB dan mereka perlu buat keputusan. Mengenai pendirian kerajaan, bagi kami MAHB perlu mengkaji lebih lanjut perkara itu," katanya.

Mengenai sama ada kontrak Datuk Solah Mat Hassan akan disambung semula atau tidak selepas bersara Khamis lalu sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kong berkata perkara itu di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Setakat ini kita belum dapat apa-apa maklumat lagi," katanya. 

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com