Scroll to top

Thursday, December 13, 2012

Bantuan USM di Gaza

Sekadar gambar hiasan. (Imej : Google)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa hampir 40,000 kanak-kanak Palestin di Gaza tidak mempunyai sekolah untuk belajar. Ini berpunca daripada sekatan yang dikenakan Isreal yang kini memasuki tahun keenam, yang menerusi tindakan ketenteraan mereka di Gaza mulai akhir Disember 2008, kira-kira 88 peratus sekolah agensi bantuan dan kerja menyelamat PBB

82 peratus sekolah kerajaan terpaksa beroperasi dalam dua sesi persekolahan bagi menampung jumlah pelajar yang begitu banyak.Kanak-kanak yang masih hidup tetapi kehilangan ahli keluarga dan rumah tempat berteduh, mereka ini masih lagi trauma dan memerlukan rawatan psikologi bagi meningkatkan prestasi pembelajaran mereka yang merosot ekoran penderitaan hidup dan persekitaran pendidikan yang tidak mengizinkan.

Menurut laporan Bank Dunia, 80 peratus pelajar Palestin di Gaza gagal dalam pelajaran Matematik sementara sejumah 40 peratus gagal dalam mata pelajaran bahasa ibunda mereka sendiri iaitu bahasa Arab.

Terdapat 604 sekolah di Semenanjung Gaza, namun sejumlah besar daripadanya musnah dalam serangan Israel termasuk 18 buah yang musnah teruk. Sehingga kini, hampir tiada lagi sekolah yang dibina ekoran sekatan yang dikenakan.

Israel tidak membenarkan bahan binaan seperti simen dan keluli dibawa masuk ke Gaza atas alasan ia boleh digunakan oleh puak Hamas untuk membina terowong.

Keperluan membina lebih 100 sekolah baru tahun lepas bagi menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah sehingga  menyebabkan sesi ketiga persekolahan diadakan iaitu di sebelah malam.
Lebih teruk lagi di utara Semenanjung Gaza yang musnah semasa peperangan, mereka terpasa belajar di dalam karavan atau kontena menyimpan barang. Mereka terpaksa belajar selama setahun di dalam kontena sama ada di dalam cuaca panas atau hujan beserta sistem kumbahan dan pembentungan yang daif. Dua tahun  badan bantuan Islam membina semula sekolah ini yang kini menampung 530 pelajar dalam satu sesi pengajian.
Kebanyakan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran dan menghadapi banyak masalah walaupun di dalam sekolah.Kebanyakan pelajar masih mengalami trauma dan kebimbangan serta sentiasa panik dan mudah hilang tumpuan. Tidak dapat dibayangkan bagaimana mereka ketakutan apabila mendengar pesawat Israel terbang di atas kepala mereka. Begitulah teruknya suasana proses pendidikan di Gaza dan diharapkan dengan kerjasama USM sedikit sebanyak dapat memperbaiki keadaan tersebut.


USM Tandatangan MoU Dengan Universiti Islam Gaza

KUALA LUMPUR: Universiti Sains Malaysia (USM) akan menyalurkan bantuan kepada Universiti Islam Gaza (IUG), Palestin termasuk membiayai pengajian penuntut yang tidak berkemampuan dan pembangunan sistem pendidikan tinggi universiti itu.

Bagi membolehkan usaha itu dilaksanakan, memorandum persefahaman (MoU)antara USM dan IUG dimeterai di sini, Selasa.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis MoU itu, Naib Canselor USM Datuk Omar Osman berkata keadaan Gaza kini yang sedang bergolak menyukarkan pihak universiti itu mendapatkan bantuan pendidikan.

Beliau berkata warga USM mengumpulkan kira-kira RM100,000 bagi Tabung Pendidikan Gaza sejak 20 Nov lepas untuk disalurkan kepada IUG untuk pembangunan pendidikan.

"Bantuan seterusnya akan dibuat secara berkala," katanya, sambil menambah bahawa 30 kakitangan USM telah melaksanakan potongan gaji bulanan sukarela untuk tempoh setahun sekurang-kurangnya bagi membiayai penuntut IUG yang tidak berkemampuan.

Omar berkata kos pembiayaian bagi seorang penuntut di Gaza dianggarkan RM4,500.

Beliau berkata dua penuntut USM akan menyertai misi Aman Palestin ke Gaza esok yang akan bertindak sebagai 'duta kecil' mendalami apa yang diperlukan IUG dalam membangunkan sistem pendidikan tinggi mereka.

USM akan turut melaksanakan program pertukaran kakitangan dengan IUG bagi berkongsi kepakaran dan ia mencakupi bidang penyelidikan terutamanya teknologi nano, teknologi solar dan astronomi.

Naib Canselor IUG, Dr Kamalain K Sha'ath berkata memorandum itu diharap dapat memberi banyak manfaat kepada kedua-dua pihak dan ia menjadi batu loncatan kepada pihaknya untuk menjalin lebih banyak kerjasama seumpamanya dengan negara lain.

Katanya, IUG merupakan universiti terbesar di Gaza berkapasiti 21,000 orang penuntut yang memerlukan banyak bantuan daripada luar.

 - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com