Scroll to top

Friday, December 21, 2012

Kembali ke sekolah

Imej hiasan dari Google.

Kegembiraan kembali ke sekolah
Oleh FAROUQ ZAUJI


penerima manfaat yang terdiri daripada pelajar sekolah ini gembira dengan kelengkapan persekolahan masing-masing.

CUTI panjang persekolahan semakin sampai ke penghujung, sekali gus menandakan sesi persekolahan 2013 akan bermula tidak lama lagi. Sudah pastinya, memulakan sesi persekolahan baru adalah detik paling ditunggu-tunggu setiap yang ingin menempuhi alam persekolahan, tidak kira ini adalah tahun pertama mahupun meneruskan persekolahan baru.

Pada hari yang ditunggu-tunggu itu, mereka teruja untuk menyarung pakaian serba baru dan merupakan satu pengalaman yang menggembirakan bagi ibu bapa apabila melihat perubahan fizikal anak-anak.

Lantaran itu, persiapan ke sekolah telah bermula sedikit demi sedikit agar tidak menunggu saat akhir. Lazimnya persiapan persekolahan memerlukan sejumlah perbelanjaan yang besar, apatah lagi bagi yang mempunyai ramai anak bersekolah. Pada masa yang sama, ibu bapa perlu bijak merancang perbelanjaan.

Bagi mereka yang mempunyai kemampuan, penyediaan kelengkapan persekolahan anak-anak pasti bukan satu masalah. Situasi ini berbeza dengan golongan yang kurang berkemampuan, pastinya golongan ini akan merasa sedikit gusar dalam menempuhi bulan terakhir 2012. Ada yang beranggapan ini merupakan mimpi ngeri yang terpaksa dilalui setiap tahun.

Rata-rata mereka dibelenggu dengan kepayahan hidup dan kesusahan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka yang kebanyakannya mempunyai anak yang ramai untuk memulakan sesi persekolahan. Mereka terpaksa akur dengan situasi ini walaupun sudah puas berusaha, memandangkan kos yang terpaksa ditanggung bukan sedikit. Lantaran itu, golongan ini terpaksa mengharapkan bantuan daripada pihak yang prihatin bagi membolehkan sesi persekolahan ini dapat dilalui dengan sedikit keselesaan.

Ringankan beban

Melihat akan situasi ini, demi merealisasikan matlamat untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan, pihak Islamic Aid Malaysia (IAM) terus menghulurkan bantuan bagi membantu mereka.

Program kemanusiaan yang bertemakan program 'Kembali Ke Sekolah' merupakan antara program komuniti bagi membantu pelajar-pelajar di kalangan mereka yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan pembiayaan persediaan untuk kembali ke sekolah.

Program ini memberi fokus kepada anak-anak yatim miskin dan anak-anak golongan fakir miskin di kawasan luar bandar. Penyediaan kelengkapan persekolahan ini merangkumi uniform sekolah, kasut, beg sekolah dan juga alat tulis.

IAM bersama-sama rakan kemanusiaannya iaitu Etiqa Takaful Berhad telah menyediakan kelengkapan persekolahan sebelum bermulanya sesi persekolahan 2013. Program ini telah diwujudkan bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh keluarga yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah bagi menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka.

Ia telah memberi manfaat kepada lebih 1,000 orang pelajar peringkat sekolah rendah dalam persediaan untuk memasuki sesi persekolahan 2013. Manakala sebanyak lima siri penjelajahan telah dilaksanakan bermula hujung November lalu sehingga Disember. Ia melibatkan kunjungan ke Pahang, Perak, Kedah, Kelantan dan Johor bagi memenuhi tanggungjawab pengagihan sumbangan zakat Etiqa Takaful Berhad kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121221/ba_01/Kegembiraan-kembali-ke-sekolah#ixzz2FeQ75QOH

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com