Scroll to top

Saturday, December 22, 2012

Petua pikat suami

Imej hiasan dari Google.

Agar suami semakin sayang
WARTAWAN SINAR HARIAN
22 Disember 2012


Sungguh Islam telah memuliakan wanita sebagai isteri dengan menawarkan ganjaran syurga melalui suaminya. Oleh itu, perhatikanlah dan muliakanlah suamimu.

Sama ada terima atau kita menolaknya, sedar atau tidak, sebenarnya tahap kemuncak hidup seorang wanita ialah apabila dia berkahwin dan berkeluarga. Tidak dapat dinafikan lagi, malahan akan membawa kepada disindir dan diperlekehkan bila mana sampai di satu tahap umur, seorang wanita belum bernikah.

Inilah fitrah manusia. Zaman berzaman, peranan wanita sebagai isteri dan juga ibu tidak dapat dipisahkan. Makna kehidupan berumah tangga tidak akan lengkap tanpa wanita sebagai penyerinya.

Sabda Nabi Muhammad SAW, “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah isteri yang solehah.” (Hadis sahih riwayat Muslim di dalam Sahihnya). Saudariku, Satu perkara harus diketahui dan sentiasa diingati oleh para isteri ialah dalam satu hadis di mana Rasulullah bersabda:

“Apabila seorang wanita telah mengerjakan solat lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga kemaluannya, mentaati suaminya, nescaya akan dikatakan kepadanya. Masuklah ke dalam syurga dari pintu mana pun engkau suka.” (Hadis riwayat Ahmad, dihasankan oleh Al-Albani dalam Shahih at- Targhib wat Tarhib (1932).

Sungguh Islam telah memuliakan wanita sebagai isteri dengan menawarkan ganjaran syurga melalui suaminya. Oleh itu, perhatikanlah dan muliakanlah suamimu. Wahai penenang jiwa suami, Ummahatul Mukminin iaitu para isteri Nabi dan para sahabiyyah adalah ikutan terbaik dalam kita mencari model untuk menjadi isteri yang solehah.

Kita selusuri satu kisah dari seorang wanita yang mempunyai kedudukan yang mulia dalam kalangan bangsawan Quraisy, hartawan, dermawan juga pendamping Rasulullah yang setia di kala susah dan senang. Dialah Ummul Mukminin yang pertama iaitu Khadijah binti Khuwailid.

Lihat bagaimana reaksi Khadijah di waktu Nabi pulang ke rumah dalam keadaan takut, khuatir dan menggigil setelah turunnya wahyu pertama yang dibawakan oleh Jibrail alaihissalam di Gua Hira’. Melihat Rasulullah dalam kegelisahan, diselimuti dan ditenangkan suaminya yang mulia.

Setelah Nabi kembali tenang, Nabi menceritakan apa yang berlaku. Apa yang diungkapkan oleh wanita yang cerdas lagi matang ini? Dengan penuh keyakinan, Khadijah mengatakan, “ALLAH SWT akan menjaga kita wahai Abu Qasim, bergembiralah wahai putera bapa saudaraku dan teguhkanlah hatimu. Demi yang jiwaku ada di tanganNya, sungguh aku berharap agar anda menjadi Nabi bagi umat ini.

Demi ALLAH, Dia tidak akan menghinakanmu selamanya, sesungguhnya anda telah menyambung silaturahim, jujur dalam berkata, menyantuni anak yatim, memuliakan tamu dan menolong para pelaku kebenaran.” (lihat As-Sirah I/253 dan Tarikhi Ath-Thabari II/205 juga dalam Al-Ishabah VIII/200).

Subhanallah. Kata-kata yang amat menenangkan, memberi motivasi dan semangat di kala kesesakan jiwa. Inilah model yang perlu kita ikuti untuk menjadi isteri yang disayangi. Didiklah diri kita
dengan sifat sabar dan tenang. Gunakan akal untuk berfikir apa yang perlu dilakukan dan dikatakan, lebih-lebih lagi di saat suami berdepan masalah.

Jauhilah sifat emosional, keanak-anakan dan suka mendesak untuk mendengar masalah suami. Kita perlu faham yang ada kalanya suami kita perlukan ruang untuk bertenang dan berfikir apa tindakan yang perlu diambil untuk menangani kekusutannya.

Percayalah, suami akan berkongsi masalah dan cerita-ceritanya bersama kita bila mana wujud kepercayaan di hatinya yang isterinya seorang yang matang dan boleh diajak berbincang. Saudariku,
Jadilah isteri yang pandai berdikari dan tidak meminta-minta.

sebagaimana kehidupan Asma binti Abu Bakar, puteri kepada sahabat Nabi yang utama, iaitu Abu Bakar As-Siddiq. Semasa Zubair al-Awwam menikahi Asma, Zubair tidak mempunyai apa-apa harta kecuali kudanya. Kita sedia maklum di zaman Rasulullah terdapat hamba yang membantu dalam urusan seharian. Tetapi tidak ada pembantu bagi Asma.

Seorang wanita yang kuat lagi cekal, menguruskan dan memberi makan kuda suaminya, mencari air, mengadun roti, dan membuat urusan rumah tangganya sendiri. Sampaikan mengusung kurma di atas kepalanya dan berjalan sejauh kira-kira 2 kilometer dari kebun suaminya pun dilakukan sendiri.

Hingga akhirnya, Abu Bakar mengirimkan seorang pembantu untuknya. Atas kesabaran mereka, ALLAH kurniakan nikmat kekayaan yang banyak kepada pasangan ini. Teladanilah Asma dalam
menguruskan rumah tangga. Jauhi sikap mengharapkan orang lain apatah lagi suami untuk membuat kerja-kerja yang biasa dilakukan oleh isteri.

Suami mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mencari nafkah untuk keluarga. Tidak dinafikan, isteri juga tidak kurang besar peranannya dalam menguruskan harta suami dan anak-anak dengan baik. Elakkan dari meminta-minta apa yang tidak mampu disediakan oleh suami.

Ditakuti bukan sahaja menyebabkan suami kurang senang dengan kerenah kita, bahkan menjadikan kita orang yang tidak sabar dan tidak bersyukur dengan ujian yang ALLAH berikan. Sesungguhnya, ia merupakan bonus untuk kita jika suami sudi meringankan tangan membantu dalam urusan rumah tangga.

Bahkan satu anugerah yang sewajarnya disyukuri jika suami mampu untuk menyediakan pembantu untuk memudahkan tugasan isteri. Jika tidak, bersabarlah. Kerana ALLAH tidak akan menguji kita atas apa yang kita tidak mampu. “….Seseorang tidak dibebani lebih dari kesanggupannya…” (surah al-Baqarah: 233).

Para isteri yang mulia, Lihat pula bagaimana Ummu Sulaim melayani suaminya Abu Thalhah, dengan hidangan makanan yang enak, dandanan yang menawan dan layanan
yang sangat istimewa sewaktu suami pulang ke rumah.

Walhal, pada waktu itu hati keibuannya sangat hiba dengan kematian anak kesayangan mereka. Betapa bijaknya Ummu Sulaim menguruskan emosinya dan melayani suaminya hinggakan suaminya tidak sedar akan kematian anaknya yang disangka sudah sihat lantaran jawapan isterinya apabila ditanyakan keadaan anaknya yang sakit iaitu , “Dia (anaknya) dalam keadaan tenang.”

Kita teliti bagaimana cara Ummu Sulaim menyampaikan khabar duka kepada suaminya. “Wahai Abu Thalhah, bagaimana pendapatmu seandainya ada suatu kaum yang menitipkan
barangnya kepada suatu keluarga kemudian suatu ketika mereka mengambil titipan tersebut, maka bolehkah bagi keluarga tersebut untuk menolaknya?”

Abu Thalhah menjawab “Tentu sahaja tidak boleh.” Berkata isterinya lagi, “Bagaimana pendapatmu jika keluarga tersebut keberatan tatkala titipannya diambil setelah dia sudah dapat memanfaatkannya.”

Abu Thalhah berkata : “Bererti mereka tidak adil.” Ummu Sulaim berkata, “Sesungguhnya anakmu adalah titipan dari ALLAH dan ALLAH telah mengambilnya, maka tabahkanlah hatimu dengan meninggalnya anakmu.”

Subhanallah! Sungguh, kebijaksanaan isteri dalam menguruskan emosi dan menggunakan cara komunikasi yang berkesan memberi impak yang besar kepada suami. Sajikan telinga suami dengan cerita yang enak bilamana suami di rumah atau lebih baik diam kerana sogokan perkhabaran tentang kerenah anak-anak, isu jiran memiliki barangan baru mahupun kehabisan barang dapur itu tentunya merimaskan suami yang keletihan.

Para Muslimah yang diredai, Jiwa isteri yang matang dan memahami persoalan dengan pemahaman yang baik dapat memberikan keputusan, motivasi dan nasihat yang tepat kepada
suami tercinta.

Dalam peristiwa setelah termeterai perjanjian Hudaibiyah antara kaum Muslimin dengan pihak Quraisy, Rasulullah memerintahkan para sahabat untuk menyembelih korban dalam usaha menyempurnakan haji pada tahun itu yang tertahan akibat halangan dari kaum Quraisy.

Berulang kali Nabi mengeluarkan perintah tetapi tidak diikuti oleh para sahabat yang rata-rata kecewa dengan perjanjian yang dianggap merugikan kaum Muslimin. Nabi dengan perasaan
sedih dan kecewa menemui isterinya Ummu Salamah dan menceritakan hal tersebut.

Ummul Mukminin yang bijak ini telah memberikan pandangan supaya Nabi keluar dan jangan berkata sepatah kata pun dengan sahabat sehingga Rasulullah menyembelih untanya dan kemudian bertahalul (bercukur). Nabi menerima usul dan menjalankan sebagaimana nasihat isterinya.

Melihatkan apa yang dikerjakan Rasulullah, maka para sahabat pun mengikutinya. Masya-ALLAH. Nasihat yang terbaik dari isteri telah memudahkan urusan suaminya dan menjadikan dirinya semakin dihargai suami.

Saudari yang dikasihi, Bersyukurlah dengan nikmat suami yang ALLAH kurniakan kepada kita. “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan (nikmat) kepadamu,
tetapi jika kamu mengingkari, maka pasti azab-Ku sangat berat.” (Surah Ibrahim, ayat 7).

Tuntutlah ilmu, berusaha mengubah diri menjadi lebih baik dan berdoalah mohon bantuan dari ALLAH untuk menjadi yang terbaik. Teguhlah di atas jalan Nabi, para Ummahatul Mukminin dan
para sahabat. Semoga kita menjadi isteri yang berjaya meraih cinta suami dan diredai ALLAH.

Disediakan oleh:
natashamokhtar@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com