Scroll to top

Saturday, December 22, 2012

Kerjaya maya lebih efisyen

Imej hiasan dari Google.

Ustaz Hasan: Kerjaya maya boleh elak fitnah
MASHITAH ABD RAHMAN
19 Disember 2012


Abu Hasan... 'paling utama kerjaya maya itu juga boleh melindungi wanita daripada fitnah'.

HIDUP masyarakat hari ini tidak dapat dipisahkan daripada teknologi. Hubungan yang begitu akrab ini turut mempengaruhi gaya hidup sehinggakan setiap maklumat boleh diakses dengan mudah dan bergerak dengan pantas walau di mana anda berada.

Tidak sempurna aktiviti seharian tanpa komputer, telefon pintar, ipad dan android. Gadget menjadi sebahagian daripada gaya hidup dan sentiasa ada di sisi serta menjadi teman setia setiap masa.

Komunikasi dua hala semakin mudah dan yang jauh semakin dekat seolah-olah tiada sempadan tidak kira di ceruk dunia mana anda tinggal. Tidak boleh diterima alasan hubungan atau talian tidak ada kerana kepintaran teknologi mengatasi segalanya.

Bagi yang yakin dengan kelebihan teknologi maya ini adalah masa yang tepat untuk merebut peluang menjana pendapatan secara talian. Banyak peluang yang boleh digali dan diketengahkan asalkan tahu dan pasti dengan apa yang anda inginkan dan lakukan.

Pilihan yang tepat

Mengupas mengenai kerjaya maya yang menjadi pilihan ramai terutama wanita, Penceramah dan pakar motivasi, Ustaz Abu Hasan Al Ash’ari berkata, kerjaya itu sesuai untuk wanita terutama yang bergelar suri rumah dan graduan yang masih menganggur.

Wanita yang mempunyai kelulusan tetapi dalam masa yang sama ingin menjaga dan menguruskan anak-anak sendiri kini mempunyai pilihan kerjaya secara maya kerana tidak perlu meninggalkan rumah dan anak-anak.

Paling utama kerjaya maya itu juga boleh melindungi wanita daripada fitnah kerana tidak perlu keluar rumah bertemu atau berurusan dengan bukan muhrim yang ada kalanya boleh menimbulkan pandangan atau syak wasangka daripada masyarakat sekeliling.

Bekerja dari rumah juga bermakna, mereka tidak perlu mengabaikan dan menjejaskan urusan anak-anak. Rumah tangga boleh diuruskan dan dalam masa yang sama urusan kerja boleh diselesaikan mengikut waktu yang dipersetujui di antara mereka dengan pelanggan
yang mendapatkan khidmat mereka.

Islam adalah agama yang hebat, membenarkan penganutnya melakukan apa sahaja pekerjaan asalkan ia halal dan jujur. Banyak hadis meriwayatkan mengenai perkara ini dan antaranya:

Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (Riwayat Ahmad).

“Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat ahmad)

Kejujuran itu penting

Sehubungan itu, tidak salah seorang wanita bekerja secara maya asalkan dia tahu apa yang dilakukan dan berlaku jujur walaupun berurusan dengan pelanggan yang tidak ditemui secara bersemuka.

Yang penting mereka menjalankan perniagaan dengan jujur dan tiada penipuan. Mereka perlu tahu tanggungjawab sebagai seorang penjual kepada pembeli dan tidak mengabaikan hak-hak seorang pembeli.

Ke semua anjuran ini di samping meningkatkan hubungan di antara manusia dan ALLAH SWT ia juga membentuk kekuatan spiritual seorang insan. Namun demikian, wujud amalan perniagaan yang disentuh secara direct di dalam al-Quran dan sunnah. Amalan-amalan boleh dikategorikan sebagai "etika perniagaan di dalam Islam." Di antara etikanya:

• Peniaga yang amanah

•Tidak menipu, jujur dalam berniaga

•Tidak memanipulasikan harga, dengan cari menimbunkan barang

•Tidak melakukan promosi berlebihan, bersumpah, dan sebagainya.

Jimatkan kos

Di samping itu, Islam memang menghalalkan usaha perdagangan, perniagaan dan atau jual beli. Namun tentu saja untuk orang yang menjalankan usaha perdagangan secara Islam, dituntut menggunakan tata cara khusus, ada aturannya yang mengatur bagaimana seharusnya seorang Muslim berusaha di bidang perdagangan agar mendapatkan berkah dan reda ALLAH SWT di dunia dan akhirat.

Aturan urusan perdagangan Islam, menjelaskan berbagai-bagai etika yang harus dilakukan oleh para pedagang Muslim dalam melaksanakan jual beli.

Dan diharapkan dengan menggunakan dan mematuhi etika perdagangan Islam tersebut, suatu usaha perdagangan dan seorang Muslim akan maju dan berkembang pesat lantaran selalu mendapat berkah ALLAH SWT di dunia dan di akhirat.

Etika perdagangan Islam menjamin, baik pedagang maupun pembeli, masing-masing akan saling mendapat keuntungan.

Ustaz Hasan berkata, bagaimanapun perniagaan secara maya ini tidak begitu menepati sunnah kerana tidak berlaku pertemuan di antara pihak penjual dan pembeli. Jadi tidak kenal rapat di antara satu sama lain. Namun tidak salah daripada segi Islam.

Selain itu, bekerja dari rumah juga menjimatkan wang atau kos kerana tidak perlu menyewa ruang pejabat dan menjadi bos sendiri. Namun tidak semua kerjaya sesuai dengan kerjaya maya.

“Pekerjaan paling sesuai adalah daripada segi perkhidmatan seperti pembuat kek, penulis, penterjemah dan menjual produk. Perkhidmatan kesihatan seperti doktor tidak sesuai dijalankan secara maya kerana melibatkan nyawa dan memerlukan pemeriksaan lebih rapi,”
jelas Ustaz Hasan.

* Sebahagian daripada fokus khas majalah NUR edisi Januari 2013. Dapatkan laporan lanjut, antara bertajuk "Potensi Kerjaya Alam Maya", "Kerjaya Secara Maya, bukan mudah!" dan "Tuah Tidak Datang Bergolek..."

sumber : Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com