Scroll to top

Saturday, May 31, 2014

Memartabatkan bahasa kebangsaan


BAHASA pertuturan Malaysia ialah bahasa Melayu. Bahasa yang telah menjadi lingua franca lebih 600 tahun dahulu - lebih lama daripada penggunaan bahasa Inggeris yang bermula pada pertengahan kurun ke-16.

Sejak lebih 50 tahun lalu bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa rasmi sejak merdeka.

Sepuluh tahun selepas merdeka, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Ne­gara, mengikut perkara 152.

Krisis baharu yang melanda ba­hasa Melayu ialah adanya rakyat negara ini meminggirkan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan kita.

Krisis ini berlaku kerana tang­gapan yang salah oleh masyarakat tentang kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa kemajuan negara ini.

Faktor kedua ialah kerana sikap orang Melayu sendiri. Ada segelintir orang Melayu yang berkuasa telah meminggirkan bahasa Melayu daripada rancangan pembangunan.

Jika keadaan ini berterusan, kita akan terus tertinggal dalam arus kemajuan, bankrap dalam bidang ilmu, teknologi, dan budaya serta akhirnya terkubur di negara sendiri.

Ada ibu bapa mendidik anaknya bertutur dalam bahasa Inggeris, kononnya jika tidak menguasai bahasa itu mereka sukar mendapat sebarang pekerjaan di negara ini.

Dalam dunia keusahawanan, orang-orang Melayu sendiri malu untuk bertutur dalam bahasa Me­layu dengan bangsanya sen­diri, kononnya takut dikaitkan ketinggalan zaman atau tertinggal dalam arus teknologi moden.

Bangsa kita tidak terdesak untuk mencipta ilmu dan teknologi baharu kerana ilmu itu dapat diperoleh dan dibeli daripada dunia lain - dari Barat atau Timur.

Janganlah kita menuding jari sekiranya bahasa Melayu di­pinggirkan kerana kita sendiri enggan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi, bahasa pencipta ilmu dan budaya atau bahasa tamadun tinggi.

Masyarakat kita sendiri lebih mementingkan bahasa Inggeris sebagai alat kemajuan, malah dalam perbualan seharian, kita lebih ber­minat menggunakan bahasa Inggeris walaupun penguasaan bahasa Inggeris kita tidaklah sebaik mana.

Dasar penswastaan yang tidak terhad dikatakan semakin mengetepikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di menara gading.

Walaupun pelajar-pelajar di sekolah menerima pendidikan bahasa Melayu selama tiga belas tahun namun mereka meninggalkan bahasa itu selepas tamat per­se­­kolahan untuk melanjutkan pengajian ke kolej swasta yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya.

Bagaimanapun, pendidik di negara ini memainkan peranan yang penting untuk memartabatkan bahasa Melayu serta meningkatkan mutu pendidikan bahasa Melayu.

Golongan pendidik hari ini telah melaksanakan konsep ba­hasa Melayu dalam kalangan ma­syarakat. Peranan pendidik adalah penting kerana mereka juga bertanggungjawab membimbing guru subjek lain.

Malah peranan pendidik juga lebih penting dalam memartabatkan bahasa Melayu kerana dalam kurikulum pendidikan bahasa, matlamat utama adalah untuk melahirkan pelajar yang berupaya menggunakan bahasa Melayu yang baik dan membanggakan.

Selain itu, dalam konteks yang lebih luas, nilai-nilai masyarakat yang positif perlu diterapkan melalui pendidikan bahasa.

Pelajar di institusi pengajian ting­gi perlu memainkan peranan proaktif untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Mereka perlu bergerak sederap bagi mengukuhkan lagi kedudukan bahasa Melayu dalam semua bidang ilmu.

Langkah-langkah yang dijalan­kan seperti meng­anjurkan Minggu Bahasa Melayu, Bulan Bahasa Kebangsaan akan menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap bahasa Melayu.

Pembabitan semua pihak yang peka terhadap keperluan dan perubahan patut diberikan pujian. Minggu Bahasa Melayu yang dianjurkan contohnya dapat mendaulatkan bahasa ibunda di samping memupuk kecintaan terhadap bahasa Melayu dalam kalangan generasi kini.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan badan utama yang memainkan peranan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia.

Melalui peranan dan usaha yang dimainkan, bahasa Melayu telah digunakan dalam pelbagai bidang, termasuklah undang-undang, ke­juruteraan, sains dan teknologi, ekonomi, perbankan serta insurans.

Usaha ini terbukti dengan ter­bitnya buku-buku pengistilahan dan glosari dalam bahasa Melayu yang mencakupi pelbagai bidang tersebut. Sebelum ini, kebanyakan istilah yang digunakan diambil daripada bahasa Inggeris.

Di samping itu, DBP hendaklah juga menjadi mentor dan meng­gerakkan semua aktiviti pembinaan dan pemantapan bahasa kebangsaan di seluruh negara.

DBP hendaklah sentiasa mena­sihat, menegur, dan membimbing pemimpin kerajaan, swasta, media cetak atau media elektronik supaya menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam semua urusan rasmi.

“Selain itu, peranan media massa juga tidak harus diketepikan. Media massa mempunyai tanggungjawab sosial bagi memartabatkan dan mendaulatkan bahasa Melayu.

Peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa Melayu amatlah dialu-alukan.

Sektor swasta haruslah peka dan menganjurkan lebih banyak kegiatan bahasa di luar Malaysia seiring de­ngan promosi perniagaan atau produk yang ditawarkan.

Kegiatan promosi dan pasaran secara sistematik akan memberikan pulangan yang memberangsangkan dalam perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi, sains, dan teknologi.

Papan-papan tanda dan iklan yang mempromosikan sesuatu je­nama haruslah menggunakan ba­hasa Me­layu yang betul.

Dengan cara ini, kita akan dapat mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Melayu bukan sahaja di negara kita malah di arena global.

Warga Malaysia mesti membetulkan kelakuan, sikap, tanggapan, dan semangat mereka terhadap bahasa Melayu.

Pertemuan raksasa dalam ka­langan orang Malaysia yang pelbagai latar belakang perlu diadakan untuk membincangkan segala masalah yang mengancam bahasa Melayu hari ini.

Sebagai kesimpulan, langkah-langkah yang konkrit dan pragmatik perlulah diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu - bahasa kebangsaan kita. Hakikat ini perlu disedari dan diakui oleh seluruh rakyat Malaysia.

Setiap warga yang pelbagai keturunan haruslah memanfaatkan masa untuk mempelajari dan menguasai bahasa Melayu dengan baik dan memartabatkan bahasa Melayu yang ternyata memberikan faedah yang besar kepada perpaduan, keharmonian dan teknologi Malaysia.


ABDULLAH ABDUL RAHMAN
Guru Besar,
SK Pasoh 1 (Felda), Simpang Pertang, Negeri Sembilan.

sumber : UTUSAN Online

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Artikel Islam (28) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (25) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari Astro Awani (9) Petikan Akhbar dari BH Online (9) Berita Agama (8) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Ibadah Haji (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Artikel dari Penulis Popular (3) Berita Artis (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Pemimpin Negara (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perkhidmatan Awam (1) Berita Perubatan (1) Berita Roda (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Internet Sumber Pendapatan Tambahan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com