Scroll to top

Thursday, May 15, 2014

Persiapan akhir Festival Hari Guru


Beberapa kakitangan Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Utusan mengadakan perbincangan semasa menyusun persiapan sambutan Festival Hari Guru di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Mei - Bahang sambutan Festival Hari Guru 2014 anjuran Kumpulan Utusan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula esok mula dirasai dengan setiap jabatan dan sektor swasta sibuk melakukan persiapan terakhir hari ini.

Program yang masuk tahun keenam penganjurannya itu berlangsung selama tiga hari dengan 50 pempamer menyediakan 70 gerai pameran berkaitan pendidikan.

Antaranya melibatkan penyerta­an Bank Simpanan Nasional (BSN), syarikat penerbitan buku, Cerdik Pub­lications Sdn. Bhd., perniagaan alat tulis Tifamie Marketing, Global Factor Sdn. Bhd., 1Eeightyone Technology Sdn. Bhd., I Create Sdn. Bhd., Binaraya Pkink Sdn. Bhd. dan Grolier (M) Sdn. Bhd.

Selain gerai-gerai pameran, jualan dan demonstrasi produk turut diadakan oleh peserta pameran yang terdiri daripada agensi kerajaan, syarikat swasta termasuk institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari seluruh negara.

Pelbagai tarikan bermula dari pemberian cenderamata dan poto­ng­an harga produk sehingga 30 peratus untuk pembelian buku latihan dan buku rujukan selain tawaran belian buku serendah RM2 serta pengenalan produk baharu buku terbitan syarikat terbabit.

Tidak ketinggalan, BSN yang turut menawarkan kelulusan segera (60 minit) kepada warga pendidik yang memohon kad kredit 1Tea­chers Card BSN dengan tawaran caj kewangan tahunan serendah 8.88 peratus berbanding kad kredit lain pada caj sehingga 18 peratus setahun serta menyediakan hadiah misteri buat pengunjung bertuah.

Penyedia perkhidmatan produk pendidikan kanak-kanak, Grolier (M) Sdn. Bhd. pula menawarkan pemberian buku terjemahan berharga RM150 kepada pengunjung yang membeli-belah di gerai pameran syarikat tersebut.

Dalam pada itu, perasmian Festival Hari Guru 2014 bakal disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan esok diikuti ceramah motivasi oleh KRU Akademik serta Pencetus Ummah (PU) Rahmat dan PU Salman selain aktiviti pertandingan mewarna kanak-kanak yang diserikan dengan kehadiran watak animasi Upin dan Ipin.

Selain itu pada Khamis, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Ha­rian Kementerian Pendidikan, Datuk Mazlan Mohamad dijadual melancarkan Tutor.com.my dan sisipan pendidikan terbaharu Utusan Malaysia, Tutor sempena sambutan Festival Hari Guru kali ini.

Timbalan Perdana Menteri me­rangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka me­ngadakan lawatan ke pameran Festival Hari Guru pada hari Jumaat.

Sebelum ini, Festival Hari Guru anjuran Kumpulan Utusan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan diadakan di Terengganu, Pahang, Sarawak dan tahun lalu di Stadium Belia Sukan Paroi, Negeri Sembilan pada tahun lalu.

sumber : UTUSAN

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Artikel Islam (28) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (25) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari Astro Awani (9) Petikan Akhbar dari BH Online (9) Berita Agama (8) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Ibadah Haji (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Artikel dari Penulis Popular (3) Berita Artis (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Pemimpin Negara (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perkhidmatan Awam (1) Berita Perubatan (1) Berita Roda (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Internet Sumber Pendapatan Tambahan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com