Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) Kuala Kangsar, Perak meluaskan hasratnya menambah bilangan pelajar dari luar negara terutama Indonesia apabila mengadakan memorandum persefahaman (MoU) antara kolej universiti itu dengan Institut Agama dan Pendidikan Wilayah Acheh, baru-baru ini.
Program kunjungan tiga hari ke Aceh yang diketuai Rektor KUISAS, Prof Dr Jamil Hashim dengan wakil Kantor Wilayah Kementerian Agama Provinsi Acheh, Drs H Ibnu Sa’dan serta wakil Dinas Pendidikan Wilayah Acheh, Dr Teja Sekar Tanjung bagi membolehkan pelajar di institusi terbabit menyambung pengajian pada peringkat diploma dan ijazah di KUISAS.
Pada program itu, KUISAS turut mengadakan MoU dengan Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Al-Raniry membabitkan pertukaran program pengajian, pertukaran pelajar serta kerjasama lain termasuk dalam bidang akademik, penyelidikan, seminar dan latihan bagi kedua-dua buah institusi terbabit.
sumber : myMetro Online
No comments:
Post a Comment