Scroll to top

Thursday, April 10, 2014

Dasar pendidikan awal sebelum kedatangan penjajah



Dasar pendidikan barat telah meresap masuk ke dalam masyarakat Tanah Melayu setelah kejayaan British menguasai hal-ehwal pemerintahan yang sebelum ini dinaungi sistem kesultanan Melayu. Pendidikan merupakan elemen utama bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Pendidikan juga sangat penting kerana ia dapat mencetuskan perubahan dalam masyarakat. Keupayaan intelektual setiap masyarakat bagi sesebuah negara dapat mempengaruhi pembangunan sesebuah negara. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata malah ia merupakan saluran untuk menyampaikan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum untuk mencapai perpaduan. Di Malaysia, pendidikan sering menjadi agenda utama kerajaan sebelum dan selepas merdeka. Pelbagai program telah dirangka dan dilakukan oleh kerajaan bagi melahirkan warga negara yang berilmu pengetahuan seterusnya diharap dapat memajukan negara setanding dengan negara-negara maju yang lain.

Pendidikan juga dapat menyeimbangkan sosio-ekonomi di antara kaum dan kumpulan etnik di mana ia dapat dilihat melalui peluang-peluang pekerjaan, pendapatan, dan pegangan ekuiti (Robiah Sidin, 1994). Apabila keadaan ini tercapai, kestabilan ekonomi, politik, dan sosial akan berkembang maju. Pada zaman penjajahan British, punca kaum Melayu mundur dan miskin adalah disebabkan mereka tidak diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan. Ini menjadi penyebab utama perpaduan yang erat di kalangan masyarakat majmuk sukar untuk dicapai. Hal ini mempunyai kaitan yang rapat dengan dasar dan sistem pelaksanaan pendidikan yang berbeza antara kaum-kaum yang ada di Tanah Melayu ketika itu.

Pendidikan Awal di Tanah Melayu

Sebelum kedatangan British di Tanah Melayu, sistem pendidikan orang Melayu adalah berlandaskan kepada pelajaran agama Islam yang berteraskan kitab Al-Quran. Surau dan masjid menjadi tempat untuk menuntut ilmu dengan mengkaji ayat-ayat daripada kitab Al-Quran. Pelajaran yang diperolehi pada ketika itu ialah melalui kaedah menghafal ayat-ayat Al-Quran, menghafal doa-doa dan mempelajari perkara berkaitan agama Islam dengan merujuk kepada guru agama dan imam. Pada masa itu juga sekolah-sekolah pondok dan madrasah mula berkembang sebagai tempat untuk mendapatkan ilmu. Menurut Wilkinson, murid di pondok-pondok mula belajar perkataan-perkatan Arab dan selepas sudah menguasainya, mereka akan terus mempelajari dengan cara menghafal abjad arab supaya menjadi sebagai panduan membaca doa dan teks Arab (Mok Soon Sang, 2000).

Walau bagaimanapun, kedatangan penjajah asing ke Tanah Melayu sejak penjajahan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511, telah merubah landskap sistem pendidikan di Tanah Melayu. Selepas Portugis menjajah Melaka, agama Kristian telah diajar untuk orang Portugis dan penduduk Melaka yang beragama Kristian. Apabila Belanda mengambilalih Kerajaan Melaka daripada Portugis, mereka juga turut mengaitkan soal pelajaran agama Kristian. Apabila British mengambil Pulau Pinang, dan Singapura daripada raja-raja Melayu, serta daripada Belanda dan seterusnya campur tangan di negeri-negeri Tanah Melayu, mereka mula memperkenalkan empat jenis sistem pendidikan iaitu sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina, vernakular India dan sekolah Inggeris.

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com