Scroll to top

Saturday, April 5, 2014

Rutra Medic tawar peluang belajar di luar negara

Peluang pengajian di luar negara
Oleh NIZHA PERIASWAMY



PELAJAR perubatan boleh belajar dengan tenang tanpa memikirkan kos pengajian yang tinggi.

PENGUMUMAN keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pastinya memberi harapan baharu kepada ibu bapa dan pelajar itu sendiri.

Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang sudah pastinya akan memilih kursus-kursus popular seperti perubatan, undang-undang dan kejuruteraan.

Dalam hal ini, kos pengajian terutamanya kursus perubatan menjadi kebimbangan kepada ibu bapa dan pelajar kerana jumlahnya yang tinggi.

Bagaimanapun, syarikat Rutra Study Link Sdn. Bhd. (Rutra Medic) yang bertanggungjawab menyediakan platform kepada pelajar mengikuti pengajian perubatan dengan kos berpatutan.

Eksekutif Pemasaran Kanan Rutra Medic, Asmani Othman memberitahu, Rutra Medic yang beroperasi di Pusat Dagang Setia Jaya, Petaling Jaya, Selangor mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam menghantar lebih 100 pelajar melanjutkan pengajian perubatan setiap tahun sejak beberapa tahun lalu.


ASMANI menunjukkan risalah pengajian yang ditawarkan oleh Rutra Medic.

Katanya, ia dibuktikan apabila pihaknya berjaya melahirkan doktor yang berkelayakan selepas enam tahun pengajian.

“Rutra Medic memberi jaminan akan memastikan segala urusan pelajar di luar negara berjalan lancar. Perkembangan pelajar juga akan dimaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga di Malaysia.

“Lazimnya, kami menawarkan tiga kursus utama iaitu perubatan, pergigian dan farmasi. Kami menyediakan tempat pengajian di luar negara dengan kos berpatutan dan suasana fleksibel kepada pelajar mahupun ibu bapa itu sendiri,” kata Asmani.

Kelayakan

Bagaimanapun, Rutra Medic turut mengambil kira elemen kelayakan seseorang pelajar bagi memastikan impian mereka memperoleh keputusan cemerlang tercapai.


LAMAN web Rutra Medic menawarkan pelbagai maklumat tentang program pengambilan pelajar untuk pelbagai bidang pengajian.

“Di Rutra Medic, keputusan SPM dan STPM pelajar akan dinilai tetapi kelayakan tersebut tidak seketat di institusi pengajian tempatan.

“Selain itu, ibu bapa yang khuatir pengajian di luar negara boleh menelan belanja tinggi, mereka boleh menghubungi Rutra Medic untuk mendapatkan penjelasan,” ujar Asmani lagi.

Sambil menunjukkan beberapa senarai institusi pengajian tinggi terkemuka terutama dalam bidang perubatan di luar negara seperti Indonesia, Rusia dan India, Rutra Medic menjamin bahawa semua universiti berkenaan mempunyai reputasi tinggi.

Antara institusi perubatan yang diiktiraf kerajaan Malaysia termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat ialah Universiti Perubatan Moscow dan Universiti Perubatan Kursk di Rusia.

Kedua-dua universiti tersebut diiktiraf secara global dalam bidang perubatan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selain mengenakan yuran jauh lebih murah.

“Ibu bapa tidak perlu bimbang tentang medium pembelajaran kerana semua pengajaran dilakukan dalam bahasa Inggeris manakala bahasa Rusia diajar dalam kelas praperubatan untuk pemahaman ketika berada di negara tersebut.


PELAJAR-PELAJAR turut mewujudkan rangkaian perhubungan sosial dalam kalangan mereka.


Dipantau

Beliau menambah, semua pelajar akan dipantau oleh agensi tersebut yang mempunyai pejabat di negara berkenaan.

Selain Rusia, pusat pengajian yang menawarkan bidang perubatan dan mendapat permohonan tinggi ialah di Indonesia kerana kesamaan budaya dan bahasa.

Sehubungan itu, Rutra Medic menyarankan universiti terbaik dalam bidang tersebut di Indonesia ialah Universiti Gajah Mada di Jogjakarta dan Universiti Padjadjaran di Bandung.

“Kami menyenaraikan universiti terbaik dan diiktiraf secara global kepada para pelajar.

“Memandangkan keputusan SPM dan STPM telah diumumkan, pelajar-pelajar kini sudah boleh memohon dengan syarat asas iaitu lima kredit dalam SPM dan terlebih dahulu mereka akan terlibat dengan kursus praperubatan di dua kolej pilihan iaitu Kolej Suria di Sunway atau Kolej Geomatica di Setiawangsa,” jelasnya.

Dalam pada itu, semua urusan dokumen, visa dan tiket akan diuruskan oleh Rutra Medic selaku ejen.

Selain pengajian perubatan, Rutra Medic turut mengambil pelajar untuk jurusan farmasi, kejuruteraan aeronautikal, pergigian, media digital, pengurusan hospitaliti, bioperubatan, sains vertinari dan lain-lain.

sumber : Kosmo! Online

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com