Scroll to top

Wednesday, April 2, 2014

Pengajaran BI perlu menarik


Jadikan pengajaran BI lebih menarik
2014/04/02 - 07:42:44 AM Johan Jaaffar

Tragedi MH370 mendedahkan kita pada kenyataan bahawa kita perlukan penguasaan Bahasa Inggeris (BI) untuk menghadapi media asing. Setiap gerak dan tindakan kita diteropong. Malaysia perlukan jurucakap yang trampil dan berwibawa. Menteri Pertahanan yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjaya menghadapi media antarabangsa yang skeptikal dengan cara yang tegas dan bersahaja.

Banyak masalah komunikasi diselesaikan apabila Hishammuddin mengambil teraju utama.

Banyak orang mengatakan penguasaan BI atau bahasa-bahasa utama dunia tidak diperlukan hari ini. Kita boleh menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing walaupun berdepan dengan media dunia. Banyak negara maju berbuat demikian. Tetapi hakikatnya, kita perlukan rakyat yang boleh menguasai sebanyak mungkin bahasa-bahasa utama dunia – BI, Arab, Mandarin, Perancis, Jepun, Jerman, apa sahaja. Dalam dunia yang semakin terbuka seperti sekarang, sesiapa yang menguasai bahasa lain mempunyai kelebihan. Dalam menangani krisis MH370 kita perlukan penerangan langsung agar fakta dan maklumat tidak hilang dalam terjemahan.


Penguasaan BI lemah

Pelbagai pihak menyentuh soal kelemahan BI di kalangan pelajar-pelajar kita. Mereka belajar BI dari sekolah rendah sehingga Tingkatan Lima tetapi tidak mampu menulis ayat BI yang betul atau bercakap dalam bahasa itu. Ada yang menyalahkan sistem pembelajaran BI. Ada yang mengatakan bukan BI sahaja yang lemah tetapi BM juga menampakkan kemerosotan yang jelas. Ada yang menyalahkan media sosial yang merosakkan bahasa. Krisis bahasa yang digunakan dalam media sosial membabitkan semua bahasa utama dunia.

Apakah pengajaran BI terlalu formal di sekolah hingga membosankan pelajar? Apakah benar pendidikan BI tidak lagi mengajarkan nahu atau ‘grammar’ di sekolah kita? Apakah penekanan pada aspek “komunikasi” sahaja menenggelamkan keperluan lain? Soalan yang boleh ditanyakan ialah mengapakah satu ketika dulu anak-anak kita boleh menguasai BI dengan lebih baik?
Sepatutnya kanak-kanak suka belajar bahasa. Sekiranya sejak awal mereka membenci bahasa, kita akan menghadapi masalah. Maka itu kaedah pengajaran cara lama harus dikaji semula. Mungkin ada baiknya kaedah pengajaran bahasa itu diguna pakai pada masa ini, dengan penyesuaian tentunya.

Pada tahun-tahun 50-an dan 60-an, guru-guru BI ada darjat dan kedudukan istimewa dalam masyarakat. Mereka dipanggil “Master”. Mereka biasanya mendapat pendidikan dari England untuk mengajar BI. Dan kaedah pengajaran mereka ialah menggabungkan disiplin pembelajaran dengan penekanan pada lagu kanak-kanak, puisi, drama dan sebagainya. Bagi guru-guru ini, BI tidak mati atau beku. BI hidup. Maka itu murid-murid sentiasa ingin belajar. Malah setiap mata pelajaran bertolak daripada BI, termasuk sains dan ilmu kira-kira (sebelum dikenal sebagai Matematik).

Sewaktu saya belajar BI bermula pada tahun 1960, saya didedahkan pada ‘nursery rhyme’ atau lagu kanak-kanak dari England. Lagu-lagu dan ungkapan ini menarik walaupun kami tidak faham makna sebenar dan latar belakangnya. Banyak watak-wataknya datang dari negara yang asing dan budaya yang berbeza.
Tetapi itu tidak mengurangkan minat kami untuk menghafal, melagukan dan menyebarkannya pada kawan-kawan.

Satu aspek yang sangat penting ditekankan ialah nahu. Nahu BI sukar dan kompleks. Maka itu sebahagian daripadanya harus difahamkan dengan betul dan dihafal. Frasa akan diajar secara cermat untuk memahami konteksnya – sama ada akan, sedang atau sudah berlaku. Dalam BI terlalu banyak ciri-ciri nahu, susunan kata, kosa kata, morfologi, struktur dan sebagainya yang perlu difahami untuk membolehkan kita menguasainya dengan baik.

Maka itu guru-guru BI kerap menggunakan puisi dan drama bagi membantu memahami kata-kata, frasa dan ayat-ayat yang digunakan oleh penulis yang baik. Shakespeare dianggap dramatis tersohor Inggeris. Karya-karyanya tidak mudah difahami. Tetapi ada versi mudah drama-dramanya yang boleh dilakonkan oleh pelajar pada masa itu. Maka itu kami diajar membawakan watak-watak utama dalam Macbeth, Hamlet, Romeo and Juliet dan sebagainya.


Beri pelajar keyakinan diri

Apa yang lebih penting ialah memberikan pelajar keyakinan diri dan keberanian untuk berdepan dengan khalayak. Ini membolehkan mereka punya keyakinan tinggi. Drama sangat penting dalam pengajaran bahasa. Drama patut digunakan sebagai alat pengajaran bahasa, bukan sekadar dihayati atau digunakan untuk memahaminya seperti dalam KOMSAS sekarang.

Kita harus kembalikan cara yang terbaik untuk mengajar BI walaupun cara itu dianggap lama dan ketinggalan zaman. Dalam pengajaran bahasa, tumpuan terlalu banyak pada latihan dan menjawab soalan mungkin tidak sesuai lagi. Kembalikan minat pada pengajaran bahasa. Ubah kurikulum pengajarannya bagi menjadikannya mata pelajaran menarik.

Kita perlukan anak-anak masa depan yang bukan sahaja dapat menggunakan bahasa kebangsaan yang betul dan baik tetapi juga berdepan dengan dunia dengan BI yang sempurna.

sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JadikanpengajaranBIlebihmenarik/Article/

No comments:

Post a Comment

Labels

Berita Pendidikan (135) Berita Pilihan MPKB 90/93 (47) Artikel Pilihan (35) Makluman Terkini (35) Petikan Akhbar (35) Berita Dalam Negara (34) Petikan Akhbar dari Sinar Harian Online (31) Artikel Islam (29) Berita Guru (28) Artikel Ilmuan Islam (26) Berita Sosial (23) Artikel Pendidikan (19) Artikel Ibadat (18) Ulasan Berita (18) Gambar Menarik (15) Artikel Pedoman (14) Berita Piala Dunia (14) Semak Tawaran/Permohonan (14) Berita Ekonomi (13) Berita Luar Negara (13) Berita MH370 (13) Petikan Akhbar dari Astro Awani (13) Petikan Akhbar dari UTUSAN Online (13) Permohonan Akademik (12) Berita Politik (11) Berita Semasa (11) Petikan Akhbar dari BH Online (10) Berita Agama (9) Berita Permotoran (7) Catatan Peribadi (7) Artikel dari UTUSAN Online (6) Berita Kemalangan (6) Berita Pekerja (6) Petikan Akhbar dari mStar Online (6) Artikel Ekonomi (5) Artikel IT (5) Berita Ibadah Haji (5) Huraian Hadis (5) Rencana Akhbar Online Pilihan (5) Artikel dari Kosmo! Online (4) Artikel dari Penulis Popular (4) Artikel dari myMetro (4) Berita Pemimpin Negara (4) Berita Perkhidmatan Awam (4) Berita Sukan (4) Pendapat (4) Petikan Akhbar dari Kosmo! Online (4) Petikan Akhbar dari The Malaysian Insider (4) Berita Artis (3) Berita Konflik Negara Islam (3) Berita Pelaksanaan Hudud (3) Berita Perundangan (3) Berita Teknologi Baru (3) Hari Raya (3) Petikan Akhbar dari Harakahdaily (3) Petikan Akhbar dari Malaysiakini (3) Artikel Bahasa (2) Artikel Dekorasi (2) Artikel Penulis Terkenal (2) Artikel Seni Islam (2) Artikel Teknologi (2) Artikel oleh Tokoh Ulama Tempatan (2) Berita Alam Sekitar (2) Berita Bajet Negara (2) Berita Cuaca (2) Berita Halalnya Produk (2) Berita Institusi Raja (2) Berita Jenayah (2) Berita Pemimpin Luar Negara (2) Berita Penderitaan Rakyat Palestin (2) Berita Roda (2) Berita Sensiviti Agama Islam (2) Churp Churp (2) Dasar / Konsep (2) Keputusan Peperiksaan Awam (2) Lagu Motivasi (2) Maulidur Rasul SAW (2) Mutiara Kata (2) Permotoran (2) Petikan Akhbar Online (2) Petikan Akhbar dari myMetro (2) Rencana Pendidikan (2) Rencana Penulis Terkenal (2) Software Piala Dunia 2010 (2) Takwim (2) Tema (2) Abdul Nasser b. Abdul Majeed (1) Ahmad Mohzir Abu Bakar (1) Aktiviti Luar PM 3 (1) Amin dan Gambar2 drpd Pesisir (1) Artikel Berkaitan MH370 (1) Artikel Budaya Masakini (1) Artikel Dunia Siber (1) Artikel Kerjaya (1) Artikel Kesihatan (1) Artikel Pelaksanaan Hudud (1) Artikel Pemakanan Sihat (1) Artikel Perjuangan Rakyat Palestin (1) Artikel Perundangan (1) Artikel Sarjana Tempatan (1) Artikel Sastera (1) Artikel Sukan (1) Artikel Ulama Tanahair (1) Artikel dari Buletinonline.net (1) Artikel dari Harakah (1) Artikel dari MyIbrah.com (1) Artikel dari Sinar Harian Online (1) Artikel dari Warga Kampus (1) Artikel oleh Tokoh Wartawan Tempatan (1) Azmi bin Sulaiman (1) Berita Bola Sepak (1) Berita Bukan Islam Biadab (1) Berita Dunia Siber (1) Berita Ibadah Puasa (1) Berita Insan Istimewa (1) Berita Institusi Pondok (1) Berita Kampus (1) Berita Kejadian Mengejut (1) Berita Keluarga Malang (1) Berita Kesan Negatif Internet (1) Berita Keselamatan Kanak-Kanak (1) Berita Pelajar Cemerlang (1) Berita Pelaksanaan GST (1) Berita Pelik (1) Berita Perubatan (1) Berita Sambutan Kemerdekaan Negara (1) Berita Sultan Perak (1) Berita Tanah Haram (1) Berita dari BERNAMA (1) Bersama Aminuddin dan Keluarga (1) Di Rumah Khishamuddin (1) Di Rumah Nasser Mamak (1) Festival Hari Guru 2010 (1) Forum (1) Free Viral (1) Gambar Pilihan (1) Jadual Gaji (1) Jadual peperiksaan awam (1) Jalaluddin Ayai (1) Jalaluddin Ayai Isteri Anak2 Biz (1) Kempen Anti Israel (1) Keratan Akhbar (1) Keratan Akhbar Online (1) Khutbah Jumaat (1) Lawatan En Khishamudin ke MPKB (1) MPKB ke IPGMKKB (1) Manan Md Zain (1) Masjid Pilihan (1) Nasser dan Khishamudin (1) Nostalgia Khishamudin (1) PBSM Dalam Kenangan (1) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 (1) PM3 Dlm Kenangan (1) PRK DUN Balingian (1) PRK DUN Kajang (1) Pedoman (1) Pendapat dan Teori Penulis Hebat (1) Petikan Akhbar Sukan Star TV (1) Petikan Akhbar dari Indahnya Islam (1) Petikan Akhbar dari islamedia (1) Program Perguruan (1) Promosi Pendidikan (1) Puan Azlina Haron (1) Rencana Kesihatan (1) Rencana Tentang Guru (1) Rencana Tentang MH370 (1) Rencana dari Harakahdaily (1) Rohana Jusoh Rosli Zuraida dan Hayati (1) Rohana binti Jusoh (1) Segmen Blogger (1) Selamat Hari Raya (1) Siti Norbaya Abd Majid (1) Soal Jawab Agama (1) Sumbangan Ikhlas (1) Surat Siaran / Pekeliling (1) Suriani binti Ariffin (1) Tokoh (1) Ucapan Hari Guru (1) Ucapan Raya (1) Video Tazkirah (1) Video Tema Piala Dunia 2010 (1) XPDC PM 1 1992 (1) Zainal b. Nordin (1) a (1)

Blog Archive

www.e-referrer.com